Monday, September 22, 2014

Azmin Dilantik MB, Bagaimana Ketegasan Mahu Wan Azizah?

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dikatakan bakal mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok pada pukul 10 pagi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 September, 2014.  Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dikatakan bakal mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok pada pukul 10 pagi. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 September, 2014. 
 


Malang Wan Azizah !
MASIH belum dapat dipastikan apakah tindakan PKR sekiranya Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu apabila menerima lantikan Sultan Selangor.

Mohamed Azmin Ali bakal dilantik sebagai menteri besar Selangor yang baharu, kata sumber melalui The Malaysian Insider sebentar tadi.  Sumber yang rapat dengan Adun Bukit Antarabangsa itu mengatakan, Azmin dijangka mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim esok pada pukul 10 pagi.

"Insya-Allah, kalau tiada halangan lain, Azmin akan menjadi menteri besar Selangor esok," kata sumber itu kepada The Malaysian Insider. "Pengumuman rasmi akan dilakukan tidak lama lagi."

Selain itu, gambar raptai upacara mengangkat sumpah menteri besar Selangor yang baharu sudah tersebar di laman sosial WhatsApp. Bagaimanapun, tidak kelihatan gambar Adun yang bakal dilantik sebagai menteri besar Selangor di dalam gambar tersebar itu.

Media melaporkan minggu lalu Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah mengadakan pertemuan berasingan dengan Azmin dua Adun PAS Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi untuk menilai kesesuaian mereka sebagai menteri besar.

Walaupun Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang mempunyai sokongan majoriti 30 daripada 56 Adun PKR dan DAP Selangor, beliau tidak dipanggil Sultan Selangor untuk ditemuduga. Ini dilihat sebagai penolakan jelas Istana Selangor terhadap Adun Kajang tersebut untuk memegang jawatan tertinggi negeri terkaya itu.

Namun, PKR minggu lepas berulang kali mengeluarkan kenyataan mengatakan mereka tetap dengan pendirian hanya mencalokan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor. Tidak dapat dipastikan apakah tindakan PKR sekiranya Azmin menerima lantikan Sultan Selangor itu. Khalid yang merupakan Adun Pelabuhan Klang dipecat sebelum ini kerana enggan memberikan laluan kepada Dr Wan Azizah untuk menjadi menteri besar Selangor.

Hari ini merupakan hari terakhir Khalid memimpin negeri terkaya Malaysia itu. Beliau yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rizab simpanan Selangor kini melebihi RM3.3 bilion dengan nilai pelaburan lebih RM60 bilion sejak beliau menjadi Menteri Besar pada Mac 2008.

Katanya, ia adalah hasil daripada tatakelola kerajaan yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab dan berintegriti, lapor Selangor Kini. Khalid berkata hasilnya banyak peluang pekerjaan dapat disediakan bagi belia dan golongan menganggur dengan infrastruktur di bandar dan di desa ditambah baik atau dinaik taraf.

Menurut sumber sebelum ini lagi, Azmin dilaporkan telah menemui Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi pada Khamis lalu bagi memaklumkan bahawa beliau 'ditemuduga' oleh Sultan. Kerana tidak mahu wujud salah faham dalam konflik yang semakin 'berbelit', Anwar dikatakan menerima berita ini dengan positif dan bersetuju dengan "masa untuk berubah'.  

Ertinya sudah ada titik-titik pertemuan dalam kemelut dalaman mengenai calon MB antara Presiden (Wan Azizah) dan Timbalannya (Azmin), walaupun masih belum dapat dipastikan apakah tindakan PKR. (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails