Friday, September 26, 2014

Exco PAS Kurang. Tahniah, Satu Lagi Pengorbanan PAS!



KUALA LUMPUR: PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang biarpun ianya di luar jangkaan. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memahami 'kesukaran membuat pilihan' oleh Menteri Besar.

"Apapun kita yakin beliau (menteri besar) telah berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya.
"Apa yang lebih penting bagi kita ialah, ini satu lagi pengorbanan yang PAS perlu lakukan untuk melihat krisis di negeri Selangor selesai, dan Pakatan boleh bergerak ke hadapan," katanya kepada Harakahdaily.

Mustafa menegaskan, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh mana-mana pihak. Tegasnya, musuh sebenar Pakatan adalah BN dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.  

Pagi tadi, menteri besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.

Adun PAS terdiri daripada Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Templer). Zaidy adalah muka baru manakala exco yang tidak dikekalkan ialah Ustaz Sallehen Mukhyi (Sabak) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang). Sebelum ini, komposisi exco ialah 4 PAS, 3 PKR dan 3 DAP.
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semasa sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 26 September, 2014.
Mengenai pengurangan kuota exco PAS, Azmin menjelaskan keputusan dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak dan dipersetujui pemimpin tertinggi PAS.

"Ini setelah mengambil kira pandangan terbaru dan pandangan semua pihak dan ianya disampaikan kepada semua parti berkenaan dan itu muafakat yang dicapai semalam," katanya.

Beliau menafikan keputusan dibuat kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar yang dikemukakan PKR dan DAP sebelum ini sehingga dianggap mengkhianati permuafakatan PR.

"Itu bukan isu. Kita mahu maju ke hadapan dan perkara itu sudah dibincangkan sejak beberapa hari lalu," katanya.

Ditanya mengenai portfolio yang diberikan setiap exco, katanya perkara itu akan dibincangkan dan diputuskan hujung minggu ini.

"Kita akan jumpa pemimpin parti untuk muktamadkan portfolio masing-masing," katanya.

Katanya walaupun nama terbabit dikemukakan dan diperkenankan Sultan petang semalam, tetapi pihaknya masih mahu membuat rundingan dengan setiap parti sebelum memutuskan untuk mengumumkannya pagi tadi.

"Sebelum buat pengumuman saya kena yakinkan senarai nama akhir itu kepada tiga parti sebelum umumkan. Itu yang saya buat malam tadi," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Komposisi exco itu menunjukkan kuasa PAS dalam pentadbiran negeri berkurangan walaupun kerusi DUN PAS di Selangor adalah 15, lebih banyak berbanding PKR 13 kerusi, manakala DAP 15. Tahniah atas pengorbanan PAS, yang menunjukkan PR bertambah matang. Kadang-kadang mengalah itu suatu kemenangan.  Gelombang kopi di dalam cawan mulai tenang. Al-hamdulillah!

Siap sedia untuk gempur terus BN. Jahannam BN! (IH)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

2 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

PAS hanya layak jadi pemegang bendera dan guling-guling atas jalan raya atau jadi nelayan sahaja.....!
Semakin terhakis perjuangan asal PAS...alahai! ! !

Anonymous said...

Jgn takut menyanggah Ulamak yg cakap flip flop dan penyokong penyokong yg kuat menegak benang basah.
Berpegang pada janji yg tu membawa kemenangan pada Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails