Friday, September 26, 2014

Pakatan S'gor: Tanda-tanda Retak Sudah Terbayang.. Ini Buktinya?

http://1.bp.blogspot.com/-DEoctYWuwaA/URBidi0ZlmI/AAAAAAAAh9k/BFvkBEAiOSY/s1600/khalid-ibrahim-anwar-ibrahim-di-majlis-pkr.jpg

Barisan Exco Selangor : PAS 'kena main'....?

Sehingga berita ini ditulis 10.45 pagi Khamis belum ada reaksi rasmi dari PAS lagi.Juga belum diketahui samaada ia satu formula yang dipersetujui PAS.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali sudah potong satu kerusi Exco Kerajaan Negeri dari PAS.Dulu PAS ada empat Exco dan kini tinggal tiga sahaja. Sebaliknya beliau tambah jumlah Exco dari PKR dari tiga dulu jadi empat.

DAP kekal dengan tiga Exco. Azmin umum barisan Exconya dalam satu sidang akhbar di Shah Alam pagi ini.Majlis angkat sumpah jawatan 3 petang ini. Dua Exco PAS lama yang digugurkan ialah Sallehin Mukhyi dan Dr Halimah Ali. Yang kekal ialah Iskandar Samad dan Dr Yunus Hairi manakala baru ialah Zaidy Talib ADUN Templer Park.

Exco PKR lama yang kekal ialah Elizabeth Wong dan Dr Daroyah Ali. Dua muka baru ialah ADUN Batu Caves,Amiruddin Saari yakni orang kanan Azmin dan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Ahmad yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan.

Jawatan Nik Azmi yang sebelum ini Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri akan diambil alih oleh ADUN dari PAS. Yang gugur ialah Rodziah Ismail yang dulu dikatakan penyokong Tan Sri Khalid IBrahim.

Tiga Exco DAP lama yang kekal ialah Datuk Teng Chang Khim, Ean Yong Hian Wah dan V. Ganabatirau. Jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri kini disandang oleh Hannah Yeoh dari DAP.

Azmin berkata barisan Exconya ini telah mendapat perkenaan Sultan Selangor. Para pemerhati menilai PAS jelas ' turun pangkat' dalam komposisi baru ini.

Sebelum ini memang ada desakan dari kalangan pimpinan PKR agar kuota Exco PAS dipotong kerana pendirian parti itu tidak sokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dalam isu Menteri Besar baru ini.

Pimpinan PAS sebaliknya mahu mereka kekal dengan empat Exco. DAP pula marah kerana empat Exco PAS tidak letak jawatan selepas Khalid dipecat dari PKR. PAS kata mereka bertindak demikian kerana hendak menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.- 26/9/2014 (Agenda Daily)

Komen Weblog Ibnu Hasdyim: PAS Selangor difahamkan mengadakan mesyuarat pagi tadi dipercayai ada kaitan dengan pengumuman terbaru komposisi exco negeri Selangor oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali. Mesyuarat tersebut turut dihadiri wakil PAS Pusat dan juga wakil Pejabat Presiden PAS.

MB Baru Azmin mula dicabar. Apa akan berterusanlah muqaddimah keretakan PR Selangor?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?
E-Buku IH-93: Kemelut MB S'gor Tanda Kematangan Berpolitik?

23 comments:

Anonymous said...

tak kemarok jawatan mb, tp pelahap jawatan exco...

Unknown said...

Kebanyakan komen, penulisan akhbar, blog dsb mengambarkan secara negatif apa yang diputuskan oleh MB. Tak habis2 sentimen negatif. Cuba la berfikiran positif dan mendoakan semuanya berjalan lancar. Fikirkan program utk rakyat pula. Dunia je semua ni.

Anonymous said...

Ha ha ha..

Kalu PAS nak bakor PR..sonang ajo...lantik Din Ayan jadi Naib Speaker ha ha ha.

Anonymous said...

parti kencing rakyat ni bangsa muka tak malu..macamla bangsat ni yang banyak kerusi di selangor ni..nyesal aku pangkah parti JUBUR..

juhari said...

Mmg lah x kemaruk...tp jgn lah smpai dpt betis nk paha...mcm belanda dpt tanah...fikirla h sama...pas rela atas semangat setia kwn menyerahkn jawatan mb...jwtan exco pun nk rmpas...ape cer ni...aku rasa lebih baik bg umno jaga selangor...

Anonymous said...

Bagi undi tak percaya,kasi bubar DUN

Anonymous said...

PAS kena terima hakikat yg mereka tikam Pakatan dari belakang. Nama MB yg mereka hantar adalah dari PAS. Nama Azmin seperti pihak Istana kata pilih bukan dari nama yg dihantar oleh mana-mana pihak. Mereka pertahankan 4 exco masa TSKI adalah untuk menjahanamkan pakata agar TSKI boleh terus berkuasa. Saya adalah ahli PAS tapi sedih dengan tingkah laku pimpinana PAS. Moga PAS sedar kesilapan yang lalu.

Anonymous said...

Jgn ngaku ahli PAS kalau hentam PAS.. ngaku je macai pkr..

maae said...

Pas ? piis puss.. asyik kena main jer depan belakang. Tahaluf siasi ? Ini Iah mimpi di siang hari...

Berbudi pada tanah ada juga hasil nya. Ini tidak. Konon berbudi kepada kawan setia, sepakatan tidak lain di jadikan batu loncatan...

Berhijrah lah kepada kebaikan kadar segera...

Aliyya Najihah said...

Cepatnya Mesyuarat!!Tan nak tunggu seminggu lagi ke, Supaya semua orang dapat Hadir.....

trowluck said...

akur la perintah sultan..perkenan sultan..heheheh..kena batang hidung sendiri balik...


XUMNO said...

Orang PKR jangan rasa seronok sangat. Mesti ingat PKR cuma ada 13 kerusi + 2 kerusi barua=15. Pas yang tunggal 13 + Khalid = 14. Silap haribulan kerajaan Azmin cuma boleh bertahan hingga hujung tahun ini. Sekarang siapa yang tidak tunai janji Majlis Presiden PR bila bentuk kerajaan Selangor dulu? Siapa mengkhianati PR? Pas kena kaji semuala bersahabat dengan parti2 munafik ini.

Anonymous said...

TUUU Laaa

Gua sudah Cakap Blogger Ibnu Hashim nie penyokong Kuat PKR HaramJaddah..

Sudah.. Bubar ajer DUN, buat undi semula di Selangor

Kita tengok, PAS dapat kekal undi ker PKR yang akan Hilang Kerusi..

Anonymous said...

Sembang apa lagi..pengkalan kubor dah masuk kubur...pru 14 nanti....tunggu ler balasan...tinggal mata putih..hampehhh

Anonymous said...

Bila lagi PAS nak keluar PR? Bolehlah geng UG berpesta bersama umno- Hidup Melayu.

Islam buang ketepi demi menantu dan kroni.

Anonymous said...

"Jgn ngaku ahli PAS kalau hentam PAS.. ngaku je macai pkr.."

Aku nak smash sikit kenyataan di atas tu... untuk pengetahuan Fasal 16 berkenaan Hak-hak Ahli bahagian 1 (d) Setiap ahli PAS berhak memberikan pendapat dan pandangan kepada parti.

Walaupun dilihat seperti melanggar Fasal 16 3 (e) Memperkuat kedudukan dan menjaga kehormatan parti samada di dalam atau di luar negeri. Namun perkara ini telah dilanggar oleh kebanyakkan pihak sama ada pemimpin mahupun ahli-ahli biasa di dalam muktamar yang lalu.

Anonymous said...

PAS yang munafik bertahaluf dalam PR . Dah tu nak kata ore lain pulok munafik ... PAS ni parti agamawan patut bersyukur dengan rezki yang ada , kata tak pelahap .... ni apa cerita ! nak jadi munafiklah tu ... kan YB Azmin tu SULTAN yang lantik ..... ingat !!! jangan engkar ...!

Anonymous said...

Aku pon ahli pas.. tapi aku sokong pada yg betul.. walak pada islam.. sokong ikut tajuk.. ada fakta.. bukan sokong pakai kepala lutut.. jangan ingat ustaz yg serban melilit tak boleh jadi kaki pembelit.. kalau ustaz silap kita kena betulkan.. ada faham ka..

Anonymous said...

Ni mamat siber umnu.. kat mana mana pun ade.. he he.. tukang jaja fitnah ye..

Anonymous said...

dah tahu puak suka uturn ni akan jadi pencacai aljub dan alsabunok. mengapa diikut

Anonymous said...

Boleh bgtau tak pas tikam mcmana?

Anonymous said...

Pru 14..Kita tumbangkan ketum dan rakan rakannya. ...

Anonymous said...

Baik lagi sahabat dgn. Umno, kurang2 agama dan bangsa diperhatikan. ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails