Wednesday, September 24, 2014

Isteri Tok Guru Nik Aziz Turut Berkempen.. Undilah PAS!



TUMPAT: Bukan hanya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang aktif berkempen dan berceramah, sebaliknya isteri beliau Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak juga berbuat demikian.

Hampir setiap hari, beliau turun bersama muslimat ke peringkat UPU, dari rumah ke rumah untuk bertemu pengundi dari dekat. Beliau berbuat demikian atas dasar tanggungjawabnya sebagai isteri pimpinan dan demi untuk kemenangan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Seawal jam 9.00 pagi, beliau yang ditemani beberapa pengiring, telah menghadiri program di Pengkalan Kubor, termasuk ke beberapa buah kampung yang berlainan setiap hari.

“Alhamdulillah, syukur dapat bersama muslimat dapat tunaikan tanggungjawab bersama,” ujarnya ketika ditemui di Kampung Bendang Pak Yong semalam.

Para pengundi begitu teruja menerima kehadiran beliau yang mesra dengan panggilan Datin Che Yah dari dekat. - HARAKAHDAILY 24/9/2014
http://detikperubahan.files.wordpress.com/2012/10/sami2.jpg

Kempen PRK Pengkalan Kubor bakal tamat tengahmalam ini sebelum proses pengundian berlangsung Khamis.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails