Sunday, September 21, 2014

Aktiviti Silang Budaya Bukan Iktiraf Agama -Dr Mujahid



BATU PAHAT: Aktiviti silang budaya yang dianjurkan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat dibolehkan selagi tidak bercanggah dengan syarak.

Pengerusinya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, Islam menuntut untuk meraikan pelbagai budaya dan atas dasar PAS menganjurkan sidang budaya ini.

"Antara aktiviti yang kami buat program dialog, makan malam kedamaian dan bertemu serta berdialog dengan ketua-ketua agama," katanya.

Malah katanya melalui aktiviti ini mereka di kalangan kaum Cina dan India dapat memahami pandangan PAS.

"Tetapi tidak bermakna kita mengiktiraf agama mereka cuma menghormati dan memahami budaya mereka," katanya dalam sesi penggulungan ucapan dasar Presiden pada Muktamar PAS kali ke-60 hari ini.

Sehubungan itu katanya, soal prejudis di antara kaum tidak akan timbul sekiranya telah memahami budaya kaum  masing-masing.

Menegaskan aktiviti menziarah kematian mereka yang selain beragama Islam, Mujahid berkata ziarah itu tidak lebih atas nama kemanusiaan.

Aktiviti Silang Budaya telah dilaksanakan sejal 2008 dan aktiviti ini meliputi ziarah dan dialog antara kaum.

"PAS  pusat mengalu-alukan kawasan dan negeri untuk terlibat dalam aktiviti Silang Budaya. Antara negeri yang terlibat Kedah, Selangor dan Pulau Pinang," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar. - HARAKAHDAILY 20/9/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails