Wednesday, September 24, 2014

Pas Bidas Tindakan Gantung Poster Pasma

Poster yang digantung memburukkan imej Pas. 
PENGKALAN KUBOR - Pas mengutuk tindakan pihak yang memasang poster ceramah yang dianjurkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) sempena kempen PRK Pengkalan Kubor.

Timbalan Pengarah Jawatankuasa Operasi Pas PRK Pengkalan Kubor, Mohd Zaki Ibrahim berkata, Pas tidak menjemput Pasma dan anggotanya mengadakan ceramah di Pengkalan Kubor.

“Poster kononnya (mengenai program) dianjurkan Pasma yang tertulis 'ceramah perdana' ini menjadi bahan kempen oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Hari-hari terakhir kempen digunakan pihak tertentu untuk memburuk-burukkan pimpinan Pas,” katanya pada sidang media di Markas Operasi Pas, semalam.

Katanya, poster berniat jahat itu bukan sahaja diletakkan dalam kawasan PRK malah di luar Dun Pengkalan Kubor.

“Poster ini turut digantung dalam kawasan Wakaf Bharu, Tumpat.
“Setakat ini, dua poster diturunkan pemantau Pas dan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya.

Menurutnya, selain daripada poster itu, terdapat juga mesej yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp yang menawarkan program mengisi minyak secara percuma dari Pas.

“Jelas wujud cubaan memburuk-burukkan Pas dan saya lihat ini adalah taktik kempen kotor musuh Pas.
“Saya harap pihak lawan dapat menggunakan bahan kempen yang beretika supaya kita dapat kekalkan suasana harmoni,” katanya.--sinar harian. 


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?
E-Buku IH-94: Ke Arah PasMa, Selamatkan Pakatan?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails