Tuesday, September 23, 2014

Khalid Ibrahim Yang Dikagumi..



Abdul Khalid bersalaman dengan kakitangannya pada Sambutan Perpisahan Menteri Besar Ke-14 di Bangunan Kerajaan Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Isnin. 
-fotoBERNAMA
 
"SAYA berkhidmat lebih 30 tahun di Selangor, bawah beberapa menteri besar, saya tak pernah lihat majlis perpisahan sebegini," kata Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohamed Khusrin Munawi yang merasa bertuah dapat bekerja bersama Khalid. Beliau juga meluahkan kekaguman beliau melihat sambutan majlis perpisahan ini.


Pada hari terakhirnya sebagai menteri besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap menunjukkan beliau lebih banyak bekerja dari berpolitik. Bersama dalam majlis yang dimeriahkan lebih 200 kakitangan kerajaan negeri, Khalid menasihatkan mereka supaya bekerja keras tanpa memperdulikan drama orang politik.

"Biarkan orang politik berperang. Biarlah ahli politik berlakon dan berdrama. Kita terus kerja.
"Biar drama mereka jadi lawak jenaka yang akan dikenang selamanya," kata beliau dalam acara di lobi Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam hari ini.

Khalid meluahkan kegembiraan beliau berjaya menyelesaikan hampir keseluruhan penstrukturan industri air minggu lalu.

Justeru, beliau mahu penggantinya memastikan rakyat Selangor mendapat hak mereka menerusi saham milikan dalam aset itu dengan nilai RM14 bilion.

"Inilah cabaran buat pemimpin akan datang, sekiranya beliau tidak melaksanakan amanah ini pastinya rakyat akan menghukumnya dalam pilihan raya," katanya.
Bagaimanapun ADUN Pelabuhan Klang itu mahu kakitangan kerajaan negeri tidak sedih dan beliau sebagai wakil Rakyat dan penduduk Selangor akan membantu bagi memastikan kebajikan mereka.

Khalid yang juga MP Bandar Tun Razak berkata, sekarang ini bukanlah masanya untuk mengucapkan selamat tinggal dan mengenang.

"Bukan maaf, bukan sedih yang harus ditangiskan sebaliknya apa yang perlukan lakukan ialah menjaga kebajikan setiap keluarga di Selangor, itulah amanah kita.
"Saya sangat bertuah kerana telah diberi kepercayaan untuk jalankan tugas sepanjang lima tahun ini untuk jalankan tugas dengan telus dan bertanggung jawab.
"Kalau salah kita betulkan, kekalkan status Selangor sebagai negeri termaju," katanya.
Khalid menyerahkan surat peletakan jawatannya hari ini dan akan disertai pekerja rapat beliau di pejabat menteri besar dan beberapa GLC negeri.

Antaranya ialah setiausaha politik dan akhbarnya, pegawai media serta bekas setiausaha politik dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI Faekah Hussin.

Apa Jasa Khalid, Antaranya?
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata rizab simpanan Selangor kini melebihi RM3.3 bilion dengan nilai pelaburan lebih RM60 bilion sejak beliau menjadi Menteri Besar pada Mac 2008.

Katanya, ia adalah hasil daripada tatakelola kerajaan yang telus, berkeupayaan, bertanggungjawab dan berintegriti, lapor Selangor Kini.

Khalid berkata hasilnya banyak peluang pekerjaan dapat disediakan bagi belia dan golongan menganggur dengan infrastruktur di bandar dan di desa ditambah baik atau dinaik taraf.

“Bekalan air bersih yang sentiasa diselenggara dan diberi percuma sehingga 20 meter padu setiap bulan, ratusan juta ringgit disalurkan bagi kemajuan pendidikan di Unisel dan Kuis, di sekolah agama rakyat, kelas fardu ain dan al-Quran dan institusi tahfiz.
“Tidak dilupakan, RM10 juta disalurkan saban tahun kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil,” katanya dalam ucapan perpisahan sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata hampir empat juta rakyat menikmati pelbagai bantuan kebajikan disalurkan menerusi dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), yang nilainya sudah mencecah lebih RM1.65 bilion.

“Lebih 20 program, skim dan insentif dikhususkan bagi kebajikan golongan rakyat berpendapatan rendah bawah RM2,500 sebulan dan berpendapatan sederhana tinggi bawah RM5,000 sebulan dilaksanakan menerusi dasar MES yang dilancarkan pada Jun 2008,” katanya.

Beliau berkata setelah tamat penggal pertama menerajui kerajaan negeri beliau sangat berpuas hati dengan sikap 'bekerja bersama saya' dalam hal menggembleng usaha dan tenaga menjayakan dasar MES.

“Majoriti rakyat menunjukkan rasa puas hati terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.
“Buktinya, kira-kira 1.3 juta daripada lebih 1.7 juta pengundi memberi kemenangan kepada wakil rakyat Pakatan Rakyat seterusnya mengekalkan Kerajaan Negeri di Selangor selepas Pilihan Raya Umum Ke-13,” katanya lagi.
(IH)

2 comments:

Anonymous said...

Rocky the great brown flesh vibrator says: Innalillaa..hwrj.. aku ikhlas doa utk TSKI agar Allah menganugerah kesihatan yg lebey baek. Setakat ni, TSKI adalah MB yang TERBAEK dlm konteks kebajikan rakyat (aku rasa MB2 PR laen pon tak boley lawan termasok TGNA) walo dia ade kelemahan tapi jika ditulis tiap satu, tak terlawan MB2 laen yg asyek fikir nak isi akaun bank di Carribean! Baru sekarang org2 politik (termasok UMNO) sedar betapa perlunya Negara adanya pemimpin mcm TSKI!!!!

BM said...

inilah kelebihan PR.

ramai pemimpin yg baik tp kita sudah tentu memberikan rakyat pemimpin yg terrbaik yg ada.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails