Saturday, September 27, 2014

Yang DiPecat K'jaan P/Pg, Dikaitkan Dengan Dr Mujahid?


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzwiMwHzONScPi9jnUNBYUNZAtBsESfJDy4Re-IgM_GvPhw_lvikzT21Sf-RL_b_UY_crY-eodR9MJFrIFdD8fkDG40ONBGn2XbWBVQdQuxoBnUqyTl3xBv2ppagms1eZgxP55FDFL-8Q/s200/dr_mujahid+copy.gif

MP PAS Temerloh Nasrudin Hassan membidas tindakan kerajaan Pulau Pinang "mengeluarkan" ahli majlis PAS Iszuree Ibrahim daripada jawatankuasa tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang sekaligus membeku peruntukan terhadapnya.

Nasrudin percaya tindakan itu diambil ekoran "teguran dan kritikan" bendahari PAS Pulau Pinang itu dalam muktamar PAS terhadap polisi pembangunan khususnya melibatkan kepentingan umat Islam di negeri itu.

Katanya lagi, ucapan Iszuree bukan atas kapasiti peribadi sebaliknya mewakili PAS Pulau Pinang dan difahamkan teks ucapannya disemak oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Dr Mujahid Yusof.

"Malangnya tindak balas dari Kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Saudara Iszuree "dipancung" gara-gara kritikan yang membina itu.
"Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar "harga yang tidak sedikit"," kata Nasrudin.

Dalam kenyataannya, beliau itu mendakwa tindakan itu dilihat seperti kerajaan PAP Singapura yang mendiamkan pengkritik mereka dengan tekanan dan tindakan undang-undang.

"Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik," katanya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Kesal dengan tindakan itu, Nasrudin tetap mempertahankan Iszuree yang menurutnya membangkitkan masalah yang sekian lama berlaku di negeri Pulau Mutiara itu.

Bukan fitnah

"Saudara Iszuree bukanlah memfitnah apatah lagi mengkhianati kerajaan sebaliknya beliau menggunakan forum muktamar tahunan PAS bagi membangkit isu ini agar ia menjadi perhatian PAS Pusat.
"Di mana secara kebetulannya pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ialah timbalan presiden PAS.
"Malangnya belum sempat PAS Pusat mengambil apa-apa langkah wajar, saudara Iszuree telah dimangsakan," kata Nasrudin.

Nasrudin turut mempersoalkan sama ada kerajaan DAP di negeri itu mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum mengenai masalah penempatan dan tanah yang dibangkitkan oleh Iszuree yang menurutnya mempunyai asas dan fakta.

Pemimpin muda PAS itu juga berkata beliau maklum dan pernah turun padang berhubung isu itu sewaktu menjadi ketua Pemuda PAS dan Lajnah Tanah PAS Pusat sangat maklum mengenai masalah itu.

Sehubungan itu, Nasrudin menggesa supaya PAS Pusat campurtangan mengenai hal ini dan mendesak PAS negeri membela Iszuree dalam hal tersebut.

"Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan kerajaan Pulau Pinang ke atas bendahari PAS negeri.
"Sewajarnya Pas Pulau Pinang mengambil tindakan yang bertanggungjawab bagi membela saudara Iszuree yang telah dizalimi oleh DAP," katanya.(MK)

6 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

percayalah PAS akan ditekan dan ditindas oleh DAP yang anti-Islam sehinggalah PAS menuruti keinginan nafsu serakah DAP.
apakah PAS akan bertahaluf siyasi lagi setelah DAP menyatakan mereka sememangnya benci akan perjuangan PAS(untuk Islam)?

maae said...

Wahai PAS !!! Jaga lah maruah Melayu yang sudah tegadai ! Apa guna tahaluf siasi jika kafir harbi tidak mematuhi dengan rasa tanggung jawab ?

Sampai bila hendak di kahak kan ?

Anonymous said...

Wahai PAS cukuplah jgn jadi spt UMNO bila diberi kuasa malas nak buat kerja lepas tu buat fitnah. Nasrudin Hassan rahsia dia & Nik Abduh jumpa org Najib apa cerite mu.

Anonymous said...

wow gile kedudukan gak puak hellfire nie, hahahah jumpa geng najib sembang sambil ngeteh dok salah pon,

Aliyya Najihah said...

Iszuree ni spesis melayu UMNO yg berhasad Dengki bodoh Dan Malas . Tempatnya boleh diganti oleh ahli Pas yg Cerdik .betul tak Tun.

Anonymous said...

Isu lain ko kait dgn hal lain apahal ni kepentingan lslam dab melayu di p pinang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails