Wednesday, September 24, 2014

4 Exco PAS Inilah Yang Tolak Kerjasama Dengan Umno



KUALA LUMPUR: Bagi pihak 4 orang Exco yang menurut amalan perlu meletakkan jawatan bersama-sama Tan Sri Khalid Ibrahim, PAS Selangor mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh semua pihak.

Begitupun, Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar A Samad mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana kemelut politik yang melanda Negeri Selangor telah berakhir.

"Kami juga mengucapkan tahniah kepada YAB Tuan Mohamed Azmin Ali yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru," ujarnya dalam satu kenyataan seperti di bawah.

Kami mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kemelut politik yang melanda Negeri Selangor telah berakhir. Kami juga mengucapkan tahniah kepada YAB Tuan Mohamed Azmin Ali yang telah dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Mesyuarat PAS Pusat pada 17 Ogos lepas telah bersetuju untuk mencalonkan YAB Tuan Azmin sebagai salah seorang calon Menteri Besar Selangor. Oleh yang demikian, PAS Selangor yakin kami akan dapat sama-sama bekerja dengan beliau demi kebaikan dan kemajuan rakyat negeri Selangor.

Kami berharap di bawah pentadbiran beliau, prestasi cemerlang yang dicapai di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim akan dapat diteruskan. Semoga Allah SWT akan menganugerahkan beliau kekuatan dan petunjuk untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang berat ini.

Kami juga mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Khalid yang telah sentiasa meletakkan kepentingan rakyat di tempat yang paling atas dan telah membawa banyak pembaharuan ke negeri ini. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran yang setimpal kepada beliau.

Kami juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana Pakatan Rakyat masih mentadbir Negeri Selangor. Terdapat saat dan ketika sepanjang satu setengah bulan yang lepas di mana kerajaan negeri hampir tumbang.

Tetapi 4 orang Exco PAS di atas arahan PAS Pusat telah terus bersama di dalam kerajaan dan sekaligus telah berjaya menyelamatkan kerajaan negeri. Pada hakikatnya 4 orang Exco ini telah menghalang dari berlakunya satu pilihan raya negeri.

Walaupun kesemua 4 Exco ini dari PAS tetapi mereka telah membawa semangat dan prinsip Pakatan Rakyat ke dalam kerajaan sepanjang tempoh tersebut. Mereka juga telah mempertahankan kepentingan-kepentingan Pakatan Rakyat di dalam kerajaan.

Contohnya mereka telah memastikan perkhidmatan Ahli-Ahli Majlis PKR dan DAP diteruskan dan semua program-program yang dirancang oleh Exco yang diberhentikan perkhidmatan dapat berjalan dengan lancar. 4 orang Exco ini juga dengan tegas menolak sebarang kerjasama dengan Umno apabila menyatakan akan meletakkan jawatan jika Umno dibawa masuk ke dalam kerajaan.

Walau bagaimanapun sekarang bukanlah masanya untuk memandang ke belakang tetapi untuk melangkah ke hadapan dan berusaha untuk mengembalikan keyakinan penuh rakyat terhadap Pakatan Rakyat. Masanya untuk kembali meletakkan perjuangan memartabatkan rakyat di pentas utama.

Bagi pihak 4 orang Exco yang menurut amalan perlu meletakkan jawatan bersama-sama Tan Sri Khalid, PAS Selangor mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh semua pihak. - HARAKAHDAILY 23/9/2014

9 comments:

Anonymous said...

memang pengkhianat serta tiada etika dalam persahabatan dan skrg mau ampu MB baru supaya terus dpt nikmati habuan bulanan exco ribu-riban tu..

Kuda Perang said...

Hanya orang2 bodoh dan jahil politik sahaja yg akan beranggapan serupa anon di atas..

Unknown said...

Lu ingat mb baru ni bodoh n remote control mcm w.zizah.Dia nilai nnti prestasi mereka.syabas kpd exco2 ni.

maae said...

ISTIDRAJ - gambaran Pas dan Pkr dalam kemelut sekarang.

Berkilau di sangka intan. Berkerlip di sangka berlian. Maka yang berkilau- kilau dan berkerlip-kerlipan itu sungguh mengasyikkan, walhal itu semua sudah di peringatkan, hanya penipuan syurga dunia semata-mata !

Jika hari ini tidak baik dari semalam, jika solat tidak mencegah kemungkaran, MAKA fitnah dan tomahan, menghina, mencaci, maksiat dan kemungkaran menjadi amalan. Allah SWT tambahkan lagi penyakit hati yang memungkiri.



Anonymous said...

anon 6.30...sapa yg mengampu???dr awal PAS dh recomen Azmin jd mb..PKR ada????mati2an nk bini diremotekn.skang ni time anwar n konco plak nk kene ampu azmin..nk remote xleh..kita tgk apa plak drama lpas ni..rafizi!!apa jlan cite lpas ni..nk tau jgk..

yg buat langkah kejang smpai terkijang tu tnpa pgetahuan PAS sgt la beretika??pemimpin yg amanh dipect sbb xikut telnjuk org nun sgt la beretika??langkah sendri dh kejang pastu pi tuding pihak len sgt beretika ke??ada depa minta maaf x?

mentg2 PAS tu parti Islam mu label presiden ngan 'maksum/x maksum' yg hny layk bg Rasul yg maksum.pemimpin hang tu 'maksum' ke????????

Anonymous said...

Strategi Presiden yg minta 4 exco PAS duduk dgn TSKI agar TSKI terus berkuasa dan perancangan Zuhdi utk bersama UMNO dapat dijayakan tapi 2 ADUN PAS tiba2 tidak menyokong TSKI harapan geng ZUhdi, Attakiri, Nasruddin, Zaharuddin gagal dan menyebabkan Tuan Presiden murka. Malah Presiden menunda mesyuarat AJK agar dia dapat tawan Selangor tapi Allah sebaik-baik perancangan. Tanya Azmin MB baru apa yg TGHH minta dia lakukan iaitu belot pada PR pada 13hb Ogos.

Anonymous said...

azmin jd mb ganti jijah adlh perncgan Allah..xtau apa jd kt selangor kalo mbnya seorg remote.skurg-kurg PAS ada menmakn Azmin,PKR ada??semua dh tau apa sbb TGHH x bg Azmin sokong jijah sbb dlm 30 adun yg sokong jijah,parti mana yg bnyk sekali adunnya?jd kalo ada perselisihn berkaitn agama n bangsa u still think cik jijah can handle it?dlm parti pun x dpt handle.jwbnya cik jijah cuma buka kipas jepun n cuma lontrkn senyumn manisnya spy hatinya tdk terguris

Anonymous said...

tp ak still bole bg peluang kt jijah..utk liht prestasi dia mentadbir..rafizi,anwar..cuba buat drama skrip azizah utk jd ketua menteri penang dlu..lge,ko nk bg x peluang jijah buktikn kebolhn tadbir dia

Anonymous said...

he he he... teringat satu kisah di internet tentang anak manja melalak minta bapanya ke Shah Alam untuk membeli Mercedes Benz remote control

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails