Tuesday, January 02, 2018

Tafsir Al-Kafirun Masakini.. Perlu Undi Presiden PAS Jadi PM?


Hasil carian imej untuk undi siapa
Tafsiran surah Al kafirun mengikut Keadaan Semasa

Surah Al Kafirun di turunkan di Mekah oleh Allah sebagai tindakbalas atau jawapan kepada cadangan kaum kuffar Mekah yang mencadangkan kepada Rasulullah SAW...bahwa cara yang terbaik untuk menjaga hati dan ketenteraman dalam masyarakat "majmuk" ialah dengan membuat perjanjian seperti berikut... 

" Pada tahun ini kami semua (puak kafirin) bersetuju menyembah Tuhan Muhammad SAW (Allah)... dan tahun berikutnya kamu pula (kaum muslimin) menyembah tuhan yang aku sembah (berhala) . 


Hasil carian imej untuk undi siapa

Cadangan tersebut telah di kemukakan oleh para pembesar puak kuffar kepada junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.....sebagai kaedah untuk meredakan keadaan semasa yang tegang kononnya.... 

Seperti biasa Nabi tidak akan menjawap selagi tidak turun wahyu dari Allah...Maka turunlah Jibrail menyampaikan Ayat-ayat yang termaktup dalam surah Al Kafirun tersebut...Aku tak mahu mengulas lebih lanjut mengenai Surah tersebut....sebaliknya aku nak menyampaikan amanat Ustaz tersebut tentang sebab-sebab Surah tersebut di turunkan dalam konteks keadaan semasa ia di turunkan dan kaitannya dengan keadaan kita hari ini.... 

Ustaz tersebut menambah bahwa sekarang ini dalam masyarakat kita ..khasnya orang yg mengaku org Islam samada sedar ataupun tak sedar telah dan sedang menghadapi keadaan semasa turunnya Surah Al Kafirun tersebut.... 

Hari ini terdapat orang Islam khasnya di negara kita...yang mengaku Islam...tetapi secara tidak sedar bersetuju dengan cadangan pihak kuffar agar gilir menggilir menyembah tuhan-tuhan mereka...walaupun tidak secara terang atau nyata....Logiknya memang ada.... 

Orang Islam takut untuk melaksanakan perundangan Islam kerana takutkan orang bukan Islam (penyembah berhala) ....Jadi hakikatnya bukan Allah yang golongan ini takut..sebaliknya penyembah berhala yang mereka takut dengan alasan seperti menjaga hati dalam masyarakat majmuk.... 

Hari ini ada orang Islam takut-takut untuk bercakap mengenai Islam kepada masyarakat Islam demi untuk menjaga ketenteraman awam kononnya.....isu tiga orang ratu cantik, ASN dan ASB, isu murtad dan sebagainya.. bla... bla.. bla.... Ramai orang Islam memilih pemimpin dari kalangan orang yang menyembah berhala.... 

Rasa-rasanya apa alasan yang wajar kita berikan di hadapan Allah kelak bila di tanya mengapa engkau memilih pemimpin (wakil rakyat/menteri) dari kalangan orang yang menentang Allah dan rasulnya????... 

Yakinkah kita bahawa Allah akan terima alasan kita yang antara lain?

  1. Demokrasi atau 
  2. Masyarakat majmuk atau 
  3. Jaga hati ..atau 
  4. Jaga ketenteraman awam 
  5. Ikut keadaan semasa atau 
  6. Kejahilan 
  7. Takde siapa yang bagi tahu ??? atau ???.. 
Fikir-fikirkanlah.... (TKO)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau saya (Blog IH) menafsirkan 3 kumpulan utama bertarung dalam PRU14 akan datang? Tidak termasuk calon bebas, kumpulan ini ialah..

  1. Kumpulan kerajaan dan rakan-rakan, UMNO/Melayu &BN.
  2. Kumpulan pembangkang DAP dan Melayu serpihan.
  3. Kumpulan Islam, PAS dan beberapa gabungannya..
Kalau kumpulan ke1 menang, biasa. BN perintah, Najib jadi PM. 
Kalau kumpulan ke2 menang, DAP akan menguasai pemerintahan, walau Melayu jadi PM. Termasuk Dr M, ('Lama dah..'), kerana DAP (rejim Lim) kuasai tadbiran. Contohnya sekarang, walaupun ramai pemimpin DAP Melayu tetapi nyata, dalam DAP Kit Siang/Guan Eng yang berkuasa.
Bagaimana kalau kumpulan ke3 ini pula yang menang atau separuh menang? Tentu ada peranan PAS atau kumpulan kepimpinan Islam (berbeda dengan kumpulan Melayu atau 'kaki rasuah' walaupun Cina pembangkaang atau tidak) dalam menentukan PM negara. 
Atau dari mereka dilantik sebagai PM.. PAS tentu akan mencalonkan Abd Hadi sebagai Perdana Menteri Malaysia. 
Tidak ada rekod rasuah di kalangan pemimpin PAS semasa memerintah negeri-negeri yang pernah dikuasainya. Contohnya mengenai rumah kediaman. Tidak ada MB-MB (Menteri Besar)nya yang seperti Khir Toyo di Selangor) atau Guan Eng di Pulau Pinang. 
Sekian.

4 comments:

Anonymous said...

Allah dan RasulNya tidak membenarkan umat Islam melantik orang kafir dan munafik seperti puak liberal menjadi pemimpin bagi umat Islam kerana puak kafir dan munafik tidak pernah redha terhadap agama Islam dan umat Islam.

Ingatlah semua ideologi ciptaan manusia sesat seperti sekularisme, liberalisme , pluralisme dll adalah bertentangan dengan ajaran Islam.

Oleh sebab itu, marilah kita semua menyokong dan mengundi ulama Islam dalam PRU14 dan menolak semua parti sekular, liberal dan kafir harbi.

john storm said...

Maknanya semasa pakatan rakyat dulu ulama salah tafsir surah tuh, atau surah tak leh pakai diwaktu itu..
ke camna.... ? Saya insan terkeliru....

Anonymous said...

Kerjasama dgn DAP haram, dgn MCA xpe. Jgn duk suka2 buat tafsiran ikut kepala otak biul kau la. Abis amanat hadi dh ditarik balik ke belum, klu belum adakah najib skrg dh buang perlembagaan penjajah. Sial lah parti pas ni, patut la Allah x bg perintah malaysia, sbb Allah dh tau segalanya isi hati dlm kepala tuang presideng. Puiii

mohd shahran said...

BILA SIBODOH BERCAKAP (PAS DIPIMPIN OLEH ORANG BODOH) AHLI MAIN MENGANGGUK MACAM LEMBU

PETALING JAYA: PAS berkata, tiada keperluan membincangkan cadangan menggunakan khidmat pakar bedah untuk menjalankan hukuman punitif potong tangan di bawah hudud, selepas saranan kerajaan Kelantan dikecam komuniti perubatan.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu FMT, perbincangan itu tidak relevan kerana tiada undang-undang sedemikian di Malaysia ketika ini.

“Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang belum lulus pun tiada peruntukan bagi melaksanakannya,” katanya merujuk RUU 355 yang dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Dewan Rakyat sejak Mei 2016.

“Apa yang penting sebelum bincang siapa yang akan laksana, kena pastikan peruntukan undang-undangnya wujud dahulu.”

Baru-baru ini, beberapa doktor terkemuka ketika mengecam cadangan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menggunakan khidmat pakar bedah memotong tangan pencuri, berkata tugas doktor ialah menyelamatkan nyawa, bukan sebaliknya.

“Dia patut tahu kerjaya perubatan kerjaya paling mulia di dunia dan salah dari segi moral untuk mencadangkan tindakan kejam seperti itu terhadap manusia atas nama agama,” kata Datuk Dr Ahmad Farouk Musa, seorang pakar bedah kardiotorasik dan kini mengajar di Universiti Monash Malaysia.

Dr Farouk yang turut mengetuai Islamic Renaissance Front berkata, kerajaan Kelantan sepatutnya memfokuskan masalah lain di negeri itu daripada bercakap mengenai rancangan yang belum dapat direalisasikan seperti hudud.

Padar bedah Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan pengulas politik, Dr M Bakri Musa turut menolak cadangan Nik Amar dengan menyifatkannya “bodoh”.

“Mereka berada dalam kedudukan memerintah dan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat, tetapi mereka sibuk dengan perkara seperti memotong tangan.”

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah turut bersetuju Kementerian Kesihatan tidak akan membenarkan doktor menjalankan hukuman punitif potong tangan.

“Pendirian kita pada 2015 kekal hari ini. Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia sangat jelas dalam perkara itu,” katanya kepada FMT Ahad lalu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails