Friday, January 05, 2018

Bagaimana Masjid Ini Melayan Vandalisme Perusak Masjid?


IHSAN… Pihak Masjid Al Salam di Forth Smith, Arkansas, Amerika Syarikat memaafkan tindakan seorang lelaki yang sengaja melakukan vandalisme di masjid berkenaan pada Oktober 2016 lalu.

Suspek dikenali sebagai Abraham Davis malah dibantu oleh ahli jawatankuasa masjid yang berbaik hati untuk membebaskannya daripada dipenjara selama enam tahun dan bayar wang denda AS$3,200 (RM12,852).
“Kami tahu orang ini melakukan perkara yang tidak baik dan mesti akan ada akibat tindakan pada mereka. Tetapi kami tidak mempunyai sebarang perasaan sakit hati terhadap sesiapa pun.
“Kami mendengar bahawa dia mengalami masalah kewangan. Kami tidak mahu dia dipenjarakan dalam tempoh masa yang lama seperti itu,” kata Presiden Masjid Al Salam, Louay Nassri.
Abraham dikatakan telah menulis beberapa perkataan yang tidak elok di cermin dan pintu masjid berkenaan dengan menggunakan cat semburan.
Kegiatan buruknya itu bagaimanapun telah berjaya dirakamkan oleh kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan masjid tersebut.



“Kita tukar situasi kurang baik menjadi situasi baik. Saya beritahu jawatankuasa masjid bahawa kita harus bantu untuk bayar jumlah denda Abraham.
“Ini kerana dia juga sebahagian daripada masyarakat kita,” kata Pengarah Urusan Sosial Masjid, Hisham Yasin dipetik daripada laman CNN Indonesia.
Pihak masjid juga telah melakukan kutipan dana bagi membantu membebaskan Abraham dengan membayar beberapa jumlah wang bagi ikat jamin kes pesalah itu.
“Bila kita tukar yang tidak baik menjadi kepada baik, ia sedikit sebanyak akan menunjukkan cerminan yang baik demi kepentingan agama Islam dan komuniti kita,” katanya lagi.
Sejak kejadian itu berlaku, tidak lagi berlaku sebarang diskriminasi di bandar tersebut kerana mereka telah mendapat banyak okongan daripada komuniti Muslim di Amerika Syarikat juga dari serata dunia.
Abraham juga telah meminta maaf secara terbuka di atas perbuatannya itu kepada pemimpin masjid berkenaan dengan cara menulis sepucuk surat.
“Saya telah menyakitkan hati kalian semua dan saya dihantui perbuatan saya sendiri. Selepas kejadian itu, kalian semua masih boleh lagi maafkan saya. Kalian adalah orang yang jauh lebih mulia dan baik daripada saya,” tulisnya.
Dengan berlakunya kejadian itu, lebih ramai lagi komutiti di Masjid Al Salam telah mengirimkan kata-kata yang indah kerana kebaikan yang dilakukan oleh ahli jawatankuasa masjid itu.(IH)
  Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails