Saturday, January 06, 2018

Suspek Rompak Kedai Emas Ditembak. Hudud, Wajar!

Hasil carian imej untuk Suspek rompak kedai emas ditembak Anggota polis melakukan siasatan di lokasi suspek rompakan kedai emas maut ditembak polis di Cheras, malam tadi. - Foto HAFIZ SOHAIMI


KUALA LUMPUR: Seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun kedai emas di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan, sejak 31 Disember lalu mati ditembak di Taman Connought, Cheras, di sini, malam tadi.
Suspek rakyat tempatan berusia 22 tahun sebelum itu dikesan memandu sebuah kereta jenis PERODUA Myvi dalam keadaan mencurigakan di kawasan Cheras oleh sepasukan polis dari Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, yang menjalankan rondaan selepas menerima maklumat, kira-kira jam 10.30 malam.
Sumber berkata, polis kemudian mengarahkan lelaki terbabit memberhentikan kenderaannya bagi tujuan pemeriksaan.
Hasil carian imej untuk Suspek rompak kedai emas ditembak SEORANG suspek kes samun kedai emas ditembak mati Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC), Bukit Aman bersama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 Ibu .
..Hasil carian imej untuk Suspek rompak kedai emas ditembak
Ketika hendak diperiksa, suspek dikatakan enggan memberikan kerjasama dan menembak ke arah polis dari arah kenderaan kenderaannya.
"Polis kemudian membalas tembakan suspek bagi mempertahankan diri berikutan kerana tindakan suspek yang mengancam keselamatan pegawai dan anggota," katanya.
Katanya, tembakan yang dilepaskan itu dipercayai mengenai suspek dan pemeriksaan polis di dalam kenderaan terbabit mendapati dia sudah meninggal dunia.
Hasil pemeriksaan awal polis di dalam kenderaan itu menemui sepucuk pistol digunakan suspek.
Sumber itu berkata, hasil semakan mendapati suspek yang berasal dari Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang itu mempunyai rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis atas beberapa kesalahan termasuk memiliki senjata api dan cubaan samun.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kata pepatah Melayu, siakap cenohong gelama ikan duri, cakap pembohong lama-lama jadi pencuri. Dari pencuri, merompak berlaku pembunuhan dan kerosakan di atas muka bumi. 
Dalam Islam ada jalan penyelesaian, iaitu melaksanakan undang-undang jenayah atau hudud yang merujuk kepada sumber Islam Al-Quran dan Al-Hadis dalam sistem perundangan Islam. Bukan sumber Lord Ried undang ciptaan manusia, yang gagal membentuk insan berakhlak mulia.
Bagaimana untuk mewujudkan sistem perundangan Islam? Kena lahirkan negara Islam. Bagaimana untuk lahirkan negara Islam di Malaysia? Kena sokong atau undi parti Islam yang ulama sebagai pemimpinnya.
Dalam PRU 14 akan datang, UNDILAH PAS, yang mungkin akan meletakkan Hj.Abdul Hadi seorang ulama yang diiktiraf dunia sebagai Perdana Menterinya. Insya Allah!!

7 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah tuan Ibnu Hasyim. Kita semua mahu kerajaan Islam ditubuhkan di Malaysia untuk membela agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat di negara ini kerana kita sudah bosan dan meloya melihat kegagalan kerajaan sekular mentadbir negara ini.

Sekarang rakyat hidup dalam ketakutan dan rumah dipasang grill besi seolah-olah manusia tinggal dalam penjara kerana penjenayah tidak takut pada undang-undang sekular.

Penipuan, kecurian, rompakan, rogol , pembunuhan, pemerasan dan penindasan menjadi perkara biasa. Setiap hari manusia ditipu, dirogol, disamun diperas ugut dan ditindas. ADAKAH NEGARA KITA YELAH MENJADI NEGARA JAHILIAH?

Bahkan ribuan jemaah umrah pun ditipu oleh munafik berhati iblis yang tidak takut pada kerajaan sekular.

Dan puak kafir harbi dan puak munafik liberal bebas menghina, memburuk-burukkan dan memfitnah agama Islam dan menafikan hak umat Islam termasuk kaum Melayu.

Memgapa kebiadapan puak kafir harbi dan puak munafik ini berlaku sedangkan Perlembagaan Persekutuan menjamin hak agama Islam dan hak umat Islam? Ini jelas menunjukkan kegagalan kerajaan sekular !

Anonymous said...

Saya akan undi PAS!

Puaka Rimba said...

Cakap senang lah. Modal air liur je. 25 tahun memerintah Negeri Kelantan , Membangun bersama Islam konon. indah khabar dari rupa. Akhlak pemimpin lobai pun bukan boleh dijadikan contoh. Besar Serban dari otak. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Macai 9:47 am mempunyai otak bersaiz biji kacang menulis komen bodoh bertingkat.

Kuasa kerajaan PAS negeri Kelantan adalah sangat terhad sedangkan kerajaan pusat BN mempunyai kuasa membuat dasar negara.






Anonymous said...

Rekod pemimpin PAS adalah bersih dari rasuah.

Sebaliknya boss roket banglo terlajak diskaun sedang mengalami penyakit lutut dan tangan terketar-ketar sejak didakwa di mahkamah kerana dakwaan rasuah dll.

Faez mz said...

Saya sokong undang-undang Islam ditegakkan tetapi bukan tidak logik untuk undi PAS yg bertanding untuk menang 42 kerusi, nak tegakkan undang-undang Islam macamna kalau nak dirikan kerajaan pun tidak boleh. Kecuali Pas bekerjasama dengan PH dan cuba untuk menegakkan kedaulatan Islam. Kehendak tidak sama dengan tindakan, boleh percaya ke?

Anonymous said...

Anda adalah seorang naif jika anda mengharapkan musuh Islam untuk berkerjasama menubuhkan negara Islam. Nabi Muhammad s.a w. tidak pernah berkerjasama dengan musuh Islam.

Parti Islam tidak akan bekerjasama dengan parti munafik liberal dan parti kafir harbi kerana mereka telah menghina , memfitnah dan menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam di negara ini.

Untuk menubuhkan kerajaan Islam, parti Islam akan bertanding di seluruh negara.

Semoga umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya menyokong dan mengundi parti Islam pimpinan ulama dalam PRU14 untuk membentuk kerajaan Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails