Wednesday, January 03, 2018

K/Siang Calon Sebenar PM Pakatan Pembangkang


Pakatan Harapan (PH) layak digelar sebagai “Pakatan Sementara”, PS. Kenapa? Kerana banyak yang dilakukan atau dicadangkan hanya bersifat sementara sahaja.
Banyak contoh boleh diberikan tetapi yang paling utama adalah mengenai calon Perdana Menterinya. Dulu nama Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dipersetuju secara bersama untuk menjadi Perdana Menteri peralihan sementara proses membebaskan Anwar Ibrahim dilakukan.
Namun bulan lepas, tiba-tiba muncul pula nama Mahathir Mohamad yang dinamakan sebagai calon Perdana Menteri sementara manakala Wan Azizah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Itu pun bersifat sementara sehingga Anwar dibebaskan. Pendek kata semuanya hanya bersifat sementara belaka. Manakala nama Muhyiddin Yassin pula langsung tiada dalam senarai. Bukan sahaja Perdana Menteri, untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri pun nama Muhyiddin tidak dicadangkan.
Berbeza ketika beliau di dalam UMNO, di mana Muhyiddin diangkat sebagai Timbalan Perdana Menteri namun kini Muhyiddin semakin tenggelam. Muhyiddin sudah jadi lebai malang kini.
Bagaimanapun hakikatnya, seperti yang didedahkan oleh bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat, Lim Kit Siang yang mahu menjadi Perdana Menteri walaupun penasihat DAP itu menafikannya.
“Kami (ahli parti) sudah beberapa kali mendengar Kit Siang meletakkan harapan mahu mengetuai negara dari dahulu lagi.
“Sekarang saya bimbang memikirkan apa yang akan terjadi jika dia berjaya mencapai cita-citanya itu.
“Dia (Kit Siang) bukan sahaja tidak bertolak-ansur, dia juga diktator. Cuba lihat apa yang dia dan anaknya lakukan terhadap mereka yang menentang,” dedah Tan pada awal Disember lalu.
Kit Siang tidak pula menyaman Tan. Malah anaknya, Lim Guan Eng pada 31 Disember lalu enggan mengulas cadangan mencalonkan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri sementara bagi pakatan pembangkang sekali gus menambahkan lagi spekulasi berkenaan.
Selain Tan, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim turut mencabar Kit Siang menjawab tuduhan untuk menjadi Perdana Menteri. Menurut Tunku Aziz, sebab itu Kit Siang enggan melepaskan jawatan tertinggi dalam DAP supaya boleh mengawal parti terbabit
Itu dari segi calon Perdana Menteri. Dalam isu cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pun sama, pembangkang hanya bersifat sementara sahaja.
PH bercadang untuk memansuhkan cukai itu tetapi tidak menamakan cukai yang akan menggantikannya.
Namun betul ke pembangkang mahu memansuhkannya? Dulu mereka kata akan melaksanakan sifar GST. Paling tidak boleh dilupakan apabila PH bercadang menghapuskan kutipan tol pada pembentangan bajet alternatif pakatan berkenaan pada 2018 lalu.
PH baru sebut mengenai pemansuhan kutipan tol namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah pun melaksanakannya.
Berkuatkuasa 1 Januari lalu, sebanyak empat plaza tol telah menghentikan kutipannya iaitu di Batu Tiga dan Sungai Rasau (Shah Alam), Bukit Kayu Hitam (Kedah) dan Lebuh Raya Penyuraian Trafik Timur Johor (EDL) (Johor Bahru), seperti yang terkandung dalam inisiatif Belanjawan 2018.
Boleh dikatakan apa yang diumumkan oleh kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran Najib telah melaksanakan apa yang dikatakan. Setiap janji telah dikotakan, bukan bersifat sementara sebaliknya bersifat kekal.
Tengoklah negeri yang diperintah PH seperti Pulau Pinang dan Selangor. Kerjasama DAP dengan PAS di Pulau Pinang selepas PRU12 hanya sementara sahaja, lepas dapat kuasa, terus DAP tendang PAS.
Sama juga di Selangor, Khalid Ibrahim hanya jadi Menteri Besar sementara sahaja sebelum ditendang keluar dan digantikan dengan Azmin Ali.
Kerjasama PKR, DAP dengan PAS di Selangor sekarang pun sementara juga, lepas PRU14 ini siaplah PAS kena tendang lagi macam di Pulau Pinang.
Ada jaminan apa yang akan berlaku di Putrajaya kalau Mahathir jadi PM sementara? Mahukah DAP dan PKR tengok sahaja? Pasti bergaduh besar selepas itu. Keadaan negara akan tidak stabil.
DAP yang ada banyak kerusi di parlimen tetap mahu Kit Siang jadi PM. Pakatan pembangkang yang sebegini tidak kekal lama, sementara sahaja sebelum bergaduh dan berperang sesama mereka.
Justeru pilihlah parti yang boleh memberikan keselesaan berkekalan, bukan bersifat sementara macam Pakatan Harapan. – Beruang Biru (Stv)
Lihat sebelum ini..

3 comments:

Anonymous said...

Seorang ulama wahabbi dari Perlis sibuk menyokong MahaFiraun yang bersekutu dengan parti kafir harbi roket menyerang ulama Islam dan parti Islam yang berusaha membela hak agama Islam dan umat Islam. Puak kafir harbi memang suka ulama wahabbi ini menyerang parti Islam!

Malangnya ulama wahabbi ini berdiam diri setiap kali MahaFiraun dan pengampu-pengampunya menghina, memburuk-burukkan dan menentang ajaran Islam seperti Hudud dll. Sikap pilih kasih atau double standard ulama wahabbi ini menyebabkan kita merasa bimbang.

Dia juga seolah-olah takut nak kritik pemimpin parti yang berkuasa secara terbuka jika mereka melakukan salah lakudll. Teguran dan kritikan secara terpilih boleh menyebabkan orang ramai berfikir ulama wahabbi initidakbersikap neutral. Adakah kerana dia terlalu sayangkan jawatannya?

Sepatutnya ulama wahabbi menyokong perjuangan Islam. Kita berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan hidayahNya kepada ulama tersebut.

Anonymous said...

Sesiapa yg simpati kepada DAP akan mendapat sokongan PAN. Mufti ini takut menegur DAP yg pro Oktoberfest tapi membelasah sesiapa yg anti liberal dan sekular.

Rakyat Malaysia wajib bersama PAN dan nakhoda kami yakni DAP

Yang Benar

JEFF AYAHPAN HULU YAM

Anonymous said...

Di waktu rejim roket berkuasa di Prk, siapakah yang menjadi boneka @ khadam roket sehinggakan kaum roket mendapat hak milik tanah hampir 1000 tahun?

Rejim roket juga sibuk merobohkan kampung Melayu-Islam dan gerai perniagaan Melayu-Islam di negeri yang diperintah oleh rejim roket.

Pemimpin-pemimpin kafir harb roket juga sibuk menghina, memfitnah dan menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Umat Islam termasuk kaum Melayu dapat apa? Menang sorak, kampung tergadai?

Kita melihat parti kafir harbi roket mempunyai pengaruh dan peranan dominan dalam pakatan parti liberal-kafir harbi yang menyebabkan peimpin roket menjadi boss dan parti-parti liberal menjadi lembu dedak yang dicucuk hidung.

Maka kita tidak terkejut jika pakatan tersebut menang PRU , pemimpin kafir harbi akan menjadi pm atau pm boneka roket dilantik untuk menjadi pak turut roket.

Umat Islam termasuk kaum Melayu dapat apa jika pakatan liberal-kafir harbi menang?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails