Thursday, January 04, 2018

S'pura Alat Israel, Haram Filem Palestin Kutuk Israel..

Singapura Haram Filem Palestin Kerana Kutuk Israel


KONFLIK Israel-Palestin akibat pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara haram Yahudi itu kini merebak ke Singapura.

Terbaharu, negara itu yang diketahui pro-Israel bertindak mengharamkan tayangan sebuah karya untuk Festival Filem Palestin Singapura hari ini dengan alasan konon kandungannya tidak seimbang atau berat sebelah pihak.
Menurut laporan stesen penyiaran milik pemerintah, Channel NewsAsia, perintah sekatan diwartakan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) sekali gus mengejutkan pelbagai pihak terutama penganjur festival itu.
Filem Radiance of Resistance yang berdurasi 60 minit itu malahan menerima kategori ‘Tidak Dibenarkan buat Semua Rating‘ (NAR) kerana menurut IMDA konon jalan ceritanya mempunyai “naratif yang tidak seimbang”.
Rating tersebut bermakna bahawa filem berkenaan langsung tidak boleh ditayang ataupun diedar di seluruh Singapura. Ia julung kali dilakukan kerana amat jarang untuk sesebuah filem asing mendapatkan rating NAR.
Lazimnya biar bagaimana seram, ganas atau erotik sesebuah karya termasuk dari luar negara, ia masih lagi boleh ditayangkan dengan suntingan pada babak tertentu serta diberi rating khas iaitu PG, PG13, NC16, M18 atau R21.
“Naratif tidak seimbang dalam filem ini dikenal pasti pihak panel berpotensi untuk memecahbelahkan kaum dan agama yang berbeza di Singapura,” menurut IMDA dalam laman sesawangnya dipetik oleh media tempatan.
Diarahkan penerbit AS yang pernah memenangi banyak anugerah, Jesse Roberts, filem genre dokumentari dalam bahasa Arab itu mengisahkan kehidupan perit dua remaja perempuan tinggal di bawah penjajahan tentera Israel.
Menggunakan latar belakang kawasan penempatan dikenali sebagai Nabi Saleh, di wilayah Palestin, filem tersebut turut memaparkan peranan mereka sebagai generasi baharu gerakan Palestin yang tidak menggunakan kekerasan.
Bagaimanapun menurut kenyataan IMDA, filem tersebut konon meneroka ketegangan antara Palestin-Israel “tanpa memberikan pandangan yang seimbang” daripada sudut perspektif oleh dua remaja Arab Muslim berkenaan.
“Dalam memainkan peranan dua remaja perempuan itu untuk menjadikan sebagai teladan dalam konflik tersebut, filem ini menghasut aktivis untuk meneruskan bantahan terhadap pihak yang dituduh penindas,” dalih IMDA.
Sebelum memberikan rating NAR, panel IMDA menyatakan ia menepati garis panduan yang menyatakan filem itu mewujudkan salah faham atau keadaan tidak harmoni antara kaum, sekali gus dilarang untuk semua jenis rating.
Singapura jalin diplomatik dengan Israel sejak dipisahkan daripada Malaysia pada 1965, namun bulan lalu ketika Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu, ia mengundi tolak Baitulmaqdis sebagai ibu kota rejim Zionis itu.
Dalam pada itu, The Projector, ruang panggung wayang yang sepatutnya menayangkan Radiance of Resistance, juga dilaporkan terpaksa batal tayangan filem unik berkenaan dan memohon maaf atas perkara tidak dijangka tersebut.
Sebelum ini pada 2014 lalu, sebuah dokumentari genre politik berjudul To Singapore, With Love oleh penerbit filem Singapura Tan Pin Pin, juga menerima nasib yang sama apabila diklasifikasikan sebagai NAR oleh pihak IMDA.
Filem itu, bercerita kehidupan malang beberapa ahli politik Singapura hidup dalam buangan di Malaysia, dianggap konon “berat sebelah” dan tidak memberi pandangan seimbang kepada penonton. – Agensi.

  

Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

1 comment:

Anonymous said...

Singapork telah menjalin hubungan diplomatik dan kerjasama tentera dengan IsraHell sejak 1965.

Angkatan tentera Singapork menerima bekalan senjata dari IsraHell dan dilatih oleh jurulatih tentera Israel maka tentera Singapork dibentuk mengikut model tentera pengganas Israel.

Maka kita tidak merasa hairan melihat rejim Singapork betsimpati dan menyokong rejim pengganas merompak , menindas dan membunuh umat Islam Palestin di Palestin.

Dan kita tidak terkejut rejim pengganas IsraHell dan Mossad menjadikan Singapork sebagai pusat operasi mereka dengan kerjasama puak liberal dan kafir harbi untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Muslim di Msia dan Indonesia dan menubuhkan kerajaan liberal yang menyokong IsraHell.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails