Friday, January 05, 2018

Khidmat Angkutan Awam Khas Bagi Wanita, Sesuai Menurut Islam?



SELEPAS bermacam-macam berita menyeramkan yang kita dengar tentang pengalaman hitam penumpang kenderaan awam seperti Uber mahupun Grab, kini kaum Hawa tidak perlu risau lagi.

Denise Tan, seorang suri rumah sepenuh masa telah mengambil keputusan untuk mewujudkan perkhidmatan pengangkutan awam khas untuk golongan wanita tanpa berasa bimbang tentang kejadian yang tidak diingini.
Perkhidmatan Riding Pink itu dikhususkan hanya kepada kaum wanita sahaja demi menjaga keselamatan mereka terutama jenayah seksual atau samun.



“Kami mula merekrut pemandu wanita pada September tahun lalu melalui laman sosial Facebook dab jumlah itu meningkat dalam tempoh masa hanya tiga minggu,”katanya dipetik daripada portal The Star.
Riding Pink secara rasminya telah beroperasi pada 10 Oktober 2016 lalu dan sepanjang tempoh tersebut, mereka telah berjaya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Setakat penghujung tahun 2016 lalu ujar Denise, mereka telah mempunyai seramai 60 orang pemandu sepenuh masa dan 40 pemandu separuh masa.
Dalam masa sama, perlkhidmatan Riding Pink turut digunakan oleh ramai ibu bapa sebagai langkah keselamatan kerana sudah mengenali si pemandu itu sendiri.
“Sesetengah ibu bapa akan minta pemandu yang sama untuk ambil anak mereka. Jika mereka menetapkan setiap Rabu pada jam 1 petang dan pemandu itu menyenangkan, kami akan menempah slot itu untuknya.
“Jika pemandu itu kebetulan mempunyai masalah, kami akan segera mencari pengganti untuknya,” kata Denise lagi.
Kebanyakan wanita sememangnya gemar menggunakan perkhidmatan Riding Pink kerana bagi mereka, ia lebih tepat serta tahap keselamatan mungkin akan terjamin.
Semestinya Riding Pink akan mejadi pilihan remaja selain perkhidmatan tempahan pengangkutan awam lain. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Ianya, suatu perkhidmatan yang baik kerana dikhususkan hanya kepada kaum wanita sahaja demi menjaga keselamatan mereka terutama jenayah seksual atau samun. Suatu perkhidmatan yang sesuai dengan kehendak agama Islam iaitu mengasingkan lelaki dengan perempuan supaya tidak timbul masalah-masalah sosial yang berkaitan.


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails