Friday, January 19, 2018

Azmin Sekat Peruntukan, PAS S'gor Mahu Menghadap Sultan?



AIDCNews -18/01/18 -Jika benar Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak pernah menyekat peruntukan tahunan yang disediakan kepada ahli parlimen dan ADUN PAS di negeri itu, kenapa perlu Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ini kerana apabila Pesuruhjaya PAS Selangor mempertimbangkan cadangan untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bermakna Azmin telah membuat arahan menyekat peruntukan terhadap PAS walaupun dinafikan MB Selangor sebelum ini.
“Sebelum ini Timbalan Presiden PKR Azmin Ali nafi dia sekat dan potong peruntukan tahunan bagi Ahli Majlis, ADUN dan anggota parlimen dari PAS di Selangor.
“Kalau ianya tidak berlaku mengapa perlu Pesuruhjaya PAS Selangor YB Ustaz Sallehen Mukhyi nak menghadap Tuanku Sultan Selangor untuk mengadu tindakan zalim, tidak beretika dan tidak berhati perut tanpa berperikemanusiaan ini?
“Mohon Azmin Ali henti berpolitik murahan sekadar membuat penafian sedangkan realitinya adalah sebaliknya,”kata Hanisya Abdul Hamid dalam Facebook.
Sebelum ini, The Malaysian Insight melaporkan Kerajaan Selangor pimpinan Azmin telah membekukan peruntukan tahunan kepada wakil rakyat PAS dan turut menyingkirkan seorang wakil dalam kerajaan tempatan.
Memetik laporan Sin Chew Daily portal itu melaporkan tokoh PAS yang disingkir itu ialah Pengarah Pilihan Raya PAS negeri Roslan Shahir Mohd Shahir yang telah dipecat dari jawatannya dalam Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
keputusan itu dibuat oleh Menteri Besar Azmin Ali sendiri sejak beberapa hari lalu, lapor portal itu.
Laporan memetik kenyataan sumber itu juga menyebut, tiga ahli exco PAS dalam kerajaan Selangor bagaimanapun dikekalkan untuk memastikan kelancaran pentadbiran.
Tambah laporan itu, keputusan terbaharu Azmin itu adalah tindak balas ke atas tindakan Kerajaan PAS Negeri Kelantan yang tidak melantik wakil rakyat PKR sebagai penyelaras di negeri tersebut.

Apa hukum labur dalam dagang 'Bitcoin'?

14 comments:

Anonymous said...

Alah... yang penting peruntukan terus dapat pada rakyat dan rakyat berpuas hati. Hal politik jangan lah melibatkan Sultan.

PAS kata main politik matang tapi mengadu pada Sultan bila tak dapat peruntukan macam politik budak-budak.

Peruntukan Khalid pun pernah kena tarik. Khalid tak kisah pun sebab lagi bagus PKR yang buat kerja..

Azmin mungkin bimbang sebab PAS dah pokai. HARAKAH pun tak untung. Duit peruntukan mungkin tak semua pergi ke rakyat.

Ini kerana PAS juga pernah didakwa salah guna duit tabung Memali..

PKR Kelantan ada ke mengadu pada Sultan apabila PAS Kelantan tidak melantik PKR sebagai penyelaras Negeri?

Ingat di Selangor PAS bersama-sama mereka tadbir negeri. Bermakna kena hormat dengan keputusan Azmin sebagai MB. Jika PAS ingkar dengan tindakan Azmin tiba lah masa PAS istihar keluar dari Kerajaan yang di terajui PKR.

Anonymous said...

PAS sudah bernafsu pada wang ringgit. Ingat kuat lah sangat iman orang PAS ni..

Dah tak pegang jawatan lagi, tentulah tak bagi pada ahli PAS tersebut.

Tak kan pasal tak dapat jawatan nak jumpa mengadu nasib pada Sultan.

Sebaliknya PAS hendaklah menyuruh 3 exco nya letak jawatan sebagai protes..

Puaka Rimba said...

Apa!. Tabung Memali untuk anak yatim dan balu tragedi pun DIA ORANG SAKAU!.. BUKAN KE ALLAH SUDAH PERINGATKAN DALAM AL QURAN. SEMAKIN SESAT PUAK LOBAI CIKAI NI. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Wahai cybertrooper ternakan Pakatan Wayang, semua dakwaan kamu tanpa sebarang bukti adalah fitnah. Maka kamu adalah penjaja fitnah yang sangat terdesak.

Sekali lagi kita tanya mana bukti.

Anonymous said...

Pemimpin PAS Selangor patut mengadu pada Najib,barulah betul pasti dapat banyak dedak punya. kah...kah..kah.....

Anonymous said...

Woi cybertrooper Pakatan Wayang bodoh bertingkat, berhentilah mendunggukan diri kamu.

Setiap ahli parlimen dan DUN berhak mendapat peruntukan dari kerajaan.

Jika peruntukan untuk ahli parlimen dan DUN PAS disekat, kerajaan negeri melakukan kezaliman kerana meniru rejim pengganas IsraHell.

Anonymous said...

Salah tempat leboi PAS ni patut minta peruntukan dari Lanun Bugis. Cash is King itukan jenama Lanun Bugis .

Anonymous said...

Woi cybertrooper Pakatan Wayang sedarlah kamu telah dan sedang memgemis dedak cap roket sebagai upah memfitnah parti Islam dan ulama Islam.

Kamu tidak malukah menjilat sifu banglo terlajak diskaun? Muka tembok.

Anonymous said...

Aku merasa kesian melihat komen bodoh tulisan cybertrooper Pakatan Wayang yang sedang mabuk air daun ketum.

Anonymous said...

Kalau macam itu semua DUN PAS lah tak dapat peruntukan ya.?

Mana letak maruah PAS?

Supaya rakyat tak jadi mangsa PAS jadi lah pembangkang..

Anonymous said...

7 37

Dua-dua PAS sapu..

Ingat PAS tak jumpa Najib ke.. apa lagi dah dekat PRU..

Azmin ink saja nak jadikan isu.. supaya orang benci PKR..

Lagi pun PAS nak bagi tahu dia orang dengan Sultan ada hubungan baik..

Anonymous said...

Orang Memali tidak di beritahu jumlah sebenar kutipan derma tersebut.

Yang kutip, yang kira, yang bagi dan yang kebas.. itu lah orang nya..

Anonymous said...

Siber trup upahan ph saja buat kecoh dulu dengan umno skrg diarah dengan ph lagi banyak fitnah lagi pas maju sebab dah terang ph takda isu dan bukan nak bantu rakyat lagi pun ph amalkan politik suku agama suku sebab dap marah.

Anonymous said...

Lanun yang paling bahaya ialah Sifu Banglo Pirate of Carribean. RM300 juta untuk kertas kerja sahaja. Dahsyat punya lanun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails