Saturday, January 20, 2018

Marina Mahathir Gagal Pertahan Ideologi Feminisme SIS.


AIDCNews -19/01/18 -Ahli Lembaga Pengarah Malaysia sekular Sisters in Islam (SIS), Datin Paduka Marina Mahathir gagal mempertahankan ideologi feminisme ketika berhujah dengan penyelidik Muslim Debate Initiative (MDI), Zara Huda Faris.
Dalam forum anjuran Malaysia Progresif United Kingdom (MPUK), Marina dilihat kehilangan hujah sehingga berkali – kali mengatakan ‘saya bersetuju sepenuhnya dengan Zara Faris!’.
Namun tidak dapat dipastikan apakah yang dipersetujui Marina kerana Zara Faris dalam hujahnya telah meruntuhkan asas ideologi feminisme di mana katanya ideologi Islam dan feminisme tidak selari, malah saling bertentangan.
Zara Faris berkata pertubuhan yang bertopeng dengan jenama Islam sama ada di peringkat antarabangsa seperti Musawah (persamaan gender) atau SIS (Malaysia) adalah pertubuhan yang menganut fahaman ideologi sekular-liberal Barat.
“Sesetengah kumpulan feminis seperti SIS dan Musawah, mereka tidak menghidupkan Islam, tetapi meminta supaya Islam diterjemah semula, dibangkang atau direformasikan untuk diselarikan dengan kepercayaan sekular liberal Barat.
“Feminis secara terbuka mengatakan mereka mahu menyeragamkan Islam dengan konsep keadilan moden, teori feminis, hak kemanusiaan dan etika Barat.
“Bermakna mereka bukan menafsir ayat Al Quran, tetapi menokak tambah sekular liberal, dengan kata lain missionari.
“Mereka tidak menghidupkan semula kefahaman Islam yang asal dan tidak menginspirasikan mujaddid dalam Islam, feminis bagaimanapun cuba mencabut keluar mekanisme keadilan dalam Islam dan mereka juga tidak membantu Muslim keluar dari kemunduran akibat penjajahan..
“Sebaliknya feminis dilihat cuba menyempurnakan projek penjajahan dengan meniru bulat-bulat ideologi Barat. Ini bukan penyeragaman, tetapi perkahwinan paksa dan pemurtadan, “katanya.

7 comments:

Anonymous said...

https://www.blogger.com/comment.g?blogID=3721270538691005963&postID=7703824007570831570&bpli=1
Kuala Lumpur: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam (SIS) perlu menghormati fatwa pengharaman pertubuhan itu sebagai fahaman sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebarang pandangan dan hukum yang digariskan oleh majlis agama negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan di negara ini hendaklah dihormati bagi mengelakkan percanggahan ajaran dan pegangan Islam.

“Apa-apa yang berkaitan pandangan ke atas hukum agama, hanya pihak majlis agama Islam dan fatwa sahaja yang berhak mengeluarkan hukum dan didengari pandangan mereka.

“Berhubung fatwa terhadap SIS, majlis agama dan fatwa sudah memutuskan perkara itu, jadi jika mereka tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka boleh membawanya kepada mahkamah, itu urusan biasa dalam masyarakat kita,” katanya selepas Majlis Pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), semalam.

Beliau mengulas mengenai pengharaman SIS oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor baru-baru ini berikutan kesesatan pertubuhan itu kerana berpegang kepada liberalisme dan pluralisme agama.

Pada 31 Oktober lalu, SIS memfailkan semakan kehakiman ‎terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai fahaman sesat.

SIS menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa‎ Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor.

SIS dalam permohonannya mahu ‎membatalkan pengisytiharan fatwa itu, sebaliknya mahu diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak terikat dengan fatwa itu.
Hormati fatwa

Anonymous said...

PAN PULA MENENTANG FATWA SELANGOR DAN MENGHINA INSTITUSI UGAMA DI SELANGOR

https://www.menara.my/sisters-in-islam-sis-sebaris-dengan-ulama-dzulkefly-ahmad-pengarah-strategik-pan/


Sisters In Islam (SIS) Sebaris Dengan Ulama-Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategik PAN

Kuala Lumpur: Sisters In Islam (SIS) yang difatwakan sesat di Selangor, boleh duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan ulama-ulama yang ada di Malaysia khasnya dalam isu yang berkaitan dengan proses perundangan Islam. Hal ini ditegaskan oleh Pengarah Strategik Parti Amanah Negara, Dr. Dzulkefly Ahmad, apabila ditanya salah seorang peserta program sama ada beliau setuju dengan pandangan Prof. James Piscatori yang berpendapat bahawa SIS dan ulama harus diterima sebaris. “SIS or IRF (Islamic Renaissance Front), whoever has arguments, they must present it”, katanya yang mengklasifikasikan kumpulan ngo tersebut sebagai ‘ahli zikr’, yang ada ketikanya pandangan mereka sebagai ‘pakar’ lebih layak daripada pandangan golongan ulama sendiri. SIS atau ulama sama-sama mempunyai hak dan legitimasi dalam hal ehwal Islam khasnya dalam hal yang berkaitan dengan undang-undang, maka ianya adalah keputusan yang dibuat manusia dan maka ianya terbuka kepada interpretasi dan salah pandangan. “Terbuka kepada semua, asalkan mereka benar-benar ada sesuatu untuk disuarakan” tegasnya lagi.

Read more at: https://www.menara.my/sisters-in-islam-sis-sebaris-dengan-ulama-dzulkefly-ahmad-pengarah-strategik-pan/

Anonymous said...

Betina munafik liberal yang menjadi pemimpin Siters in Sins yang menghina dan menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam adalah anak MahaFiraun Tongkang kepala bapak sekular liberal yang menghina dan menentang ajaran Islam dan pernah membunuh ulama Islam dan orang kampung ysng tidak bersalah.

Dan sekarang mahafiraun tongkang menjadi boneka parti perkauman DA-Pig yang memusuhi Islam dan umat Islam.

BAPA BOREK ANAK RINTIK. LIKE FATHER, LIKE DAUGHTER . SESAT DAN MENYESATKAN.

Anonymous said...

Pembetulan:

Sisters in Sins

Anonymous said...

APA LAGI PAN BUAT SELEPAS MENENTANG FATWA SELANGOR MENGENAI SISTERS IN ISLAM

http://www.tv14.my/2016/11/10/pan-marah-cukai-arak-naik-bebankan-peminum/

PAN MARAH CUKAI ARAK NAIK, BEBANKAN PEMINUM

ENTAH di mana silapnya ‘kecerdikan’, seorang wakil PAN hari ini mengatakan cukai minuman keras tidak sepatutnya dinaikkan kerana dikhuatiri membebankan golongan bukan Muslim.

Ahli Parlimen PAN Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud mengatakan perkara demikian ketika membahaskan Bajet 2017 yang diadakan di Dewan Rakyat Hari ini.

“Saya melihat cukai terhadap rokok sedang meningkat. Bagi alkohol pula, ia dibenar untuk bukan Muslim, jadi jika kita naik cukainya ia akan membebankan mereka,” katanya yang dipetik Free Malaysian Today.

“Saya mencadangkan bagi tempoh jangka panjang, minuman beralkohol dan produk tembakau dijual berasingan di premis tertentu,” tambahnya lagi.

Menurutnya, cadangan tersebut adalah bagi memudahkan penguat kuasa menjalankan pemantauan jika kedai menjual minuman keras bukan berada di kawasan majoriti Islam.

Dari sudut normanya, benar, peningkatan cukai minuman keras sememangnya akan membebankan golongan peminum arak yang terdiri daripada golongan bukan Muslim.

Namun jika difikir lebih jauh, cadangannya itu sebenarnya secara tidak langsung memudahkan orang Islam membeli arak dengan harga standard yang murah di pasaran.

Maka golongan belia yang sekadar ingin ‘cuba-cuba’ membeli arak berkemungkinan menjadi peminum tegar disebabkan harganya yang tidak lagi ‘dibebankan’ dengan cukai sedia.

Terdahulu, Siti Mariah dalam ucapannya meminta kerajaan menjelaskan jumlah diterima daripada “cukai dosa”, iaitu termasuk cukai dan duti eksais daripada alkohol, tembakau dan perjudian.

Anonymous said...

CUKUP CUKUPLAH PAN MENGHINA UGAMA ISLAM DENGAN MENENTANG FATWA SELANGOR DAN ISU2 MENGENAI CUKAI ARAK YG TINGGI

Anonymous said...

Parti kuali pimpinan Mike Hempas Mikrofon adalah parti musang berbulu ayam kerana kerana mendakwa konon parti kuali adalah parti 'Islam' tetapi pada waktu yang sama parti kuali menjadi khadam kepada sifu banglo terlajak diskaun dan tuang punahsihat parti DA-Pig yang memusuhi agama Islam dan menindas umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails