Saturday, January 20, 2018

Terowong: Ada A/Politik Terima Habuan Juta RM. Ini Dia..


Skandal Terowong P.Pinang: Ada Ahli Politik 'Masyuk'

MAKAN besar.. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati ada ahli politik dipercayai menerima habuan jutaan ringgit, dalam kajian projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Sumber berkata, beberapa individu penting yang dipercayai terbabit dalam projek prasarana mega bernilai RM6.3 bilion itu, akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak SPRM dalam tempoh terdekat.
“Ada beberapa ahli politik yang menerima ratusan ribu ringgit, malah ada yang disyaki mencecah jutaan ringgit disebabkan ‘jalinan kerjasama’ itu. Setakat ini kita sedang mengesan, bagaimana salah laku itu berlaku.
“Kita hendak tahu bagaimana pembayaran dibuat. Namun, kita percaya, ia kemungkinan berkaitan pemberian dua lot tanah bernilai tinggi, yang menjadi cara untuk pembayaran kepada kajian projek mega itu,” kata sumber.
Bagaimanapun, sumber tersebut enggan mendedahkan siapa ahli politik yang dipercayai terbabit menerima habuan itu tetapi tidak menolak kemungkinan mereka itu adalah individu yang berkepentingan dalam projek berkenaan.
Akhbar tempatan semalam melaporkan, pihak SPRM memperoleh beberapa maklumat baharu, namun tidak dapat didedahkan kerana bimbang ia mampu menjejaskan proses siasatan terperinci yang sedang berjalan.
Sebelum ini, pakar mendedahkan kos kajian kebolehlaksanaan terowong dan tiga lebuh raya di Pulau Pinang itu dipercayai bernilai hingga RM80 juta, berbanding RM305 juta dibayar melalui pertukaran tanah di negeri itu.
Dalam perkembangan yang berkaitan, sumber tersebut berkata, pihak SPRM kini dalam proses untuk merekodkan segala keterangan daripada beberapa saksi penting untuk mengukuhkan lagi kertas siasatan.
Katanya, beberapa individu penting yang dipercayai terbabit dalam projek mewah tersebut juga akan dipanggil untuk memberikan keterangan kepada SPRM dalam tempoh terdekat.
“Saksi yang akan direkod ini mampu jawab bagaimana salah laku dan pembayaran itu berlaku,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi, enggan mengulas lanjut.
Bagaimanapun ujar beliau, setakat ini SPRM sudah pergi sekurang-kurangnya 42 lokasi, membabitkan pelbagai syarikat perunding serta beberapa agensi kerajaan di Pulau Pinang dan Lembah Klang.
Malahan jelas Azam lagi, lebih 76 saksi sudah pun dipanggil untuk memberi keterangan mereka bagi membantu siasatan SPRM yang giat dijalankan terhadap projek raksasa kontroversi berkenaan.
Setakat ini, hanya dua individu bergelar datuk, ditahan bagi membantu siasatan itu dan masing-masing sudah dibebaskan dengan jaminan pihak mahkamah semalam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA



4 comments:

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin rasuah menjadi idola pujaan macai-macai dedak ternakan sifu banglo terlajak diskaun. Dari mana datangnya dedak cap roket jika bukan dari sumber rasuah? 66 skandal ! Wah dahsyat !

Anonymous said...

Bagi macai-macai yang tidak bermoral ternakan sifu banglo terlajak murah, dedak yang paling sedap ialah dedak rasuah cap roket hasil dari 66 skandal roket.

Eloklah tu, sifu makan daging, macai majsn tulang. Selepas itu sibuk menyalak menghina dan memfitnah dan menghina ulama Islam dan parti Islam.

Anonymous said...

Projek 80 juta.. Pertukaran tanah 305 juta.. panggil saksi 76 orang..


Nak ambil tindakan dalam masa terdekat..

Jual tanah FELDA hanya dalam beberapa minggu dah hantar laporan kepada AG..

Beli tanah murah, kena siasat... Beli tanah mahal juga kena siasat..

Nampak sangat sengaja nak calarkan imej Kerajaan Pulau Pinang..

Dulu kes Polis lindungi Tauke Judi, saksi lari punya pasal kes senyap macam itu.

Tak terfikir ke mereka yang terlibat melarikan diri...

Ini cuma helah di guna kan untuk BN berkempen menjelang PRU.. Supaya rakyat tak sokong Tun Mahathir jadi PM.

Anonymous said...

Wah Pakatan Wayang pimpinan sifu kafir harbi menjerit pong pang pong pang menekan kerajaan menangkap pemimpin kerajaan.

Bahkan Pakatan Wayang telah mencipta cerita dongeng konon pemimpin parti Islam makan dedak. Malangnya penjaja fitnah ini gagal menunjukkan sebarang bukti.

Apabila sifu banglo dan kroninya terlibat dalam 66 skandal, semua pemimpin Pakatan Wayang berpura-pura tidak tahu walaupun skandal tersebut berlaku di depan mata mereka sendiri.

Inilah kes gajah depan mata tak nampak. Wah sikap hipokrit Pakatan Wayang tahap maksimum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails