Monday, January 15, 2018

Kisah Seorang Wanita Di Lorong Sempit.. Raba Buah Dada.



JAKARTA – Amat malang nasib seorang pejalan kaki wanita di Depok, wilayah Jawa Barat, apabila buah dadanya diraba secara tiba-tiba oleh seorang penunggang motosikal, pada Khamis lalu.

Insiden mengejutkan itu namun berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) pada pukul 2.29 petang di Jalan Kuningan Datuk, iaitu lorong sempit di jalan utama bandar raya dekat Margonda Raya.

Lapor portal Tribunnews, mangsa berusia 22 tahun itu mendakwa dia pada mulanya menyangka suspek cuba meragut telefon bimbitnya ketika dia sedang berjalan menuju ke sebuah bank.

Namun sebaliknya berlaku apabila suspek lelaki terbabit hanya bertindak meramas penuh buah dada kanannya ‘seketika’ yang agak montok sebelum berjaya memecut pergi.

Terkejut dengan tindakan biadab lelaki itu, mangsa kemudian cepat-cepat mengambil gambar motosikal suspek dengan menggunakan telefon bimbitnya.
Ekoran itu, mangsa telah melaporkan kejadian kepada pihak polis dan mengharapkan rakaman CCTV insiden itu dapat disebarkan agar suspek segera ditangkap.

Polis Kota Depok berkata mangsa telah memaklumkan nombor pendaftaran motosikal suspek dan siasatan telah dijalankan.

“Kami akan mengumpulkan bukti untuk memburu pelakunya,” kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kota Depok Putu Kholis Aryana.

Sementara itu, seorang penulis laman saman sesawang Coconuts turut mendakwa mengalami gangguan seksual sebanyak 13 kali ketika menjalankan uji kaji sosial dari rumahnya ke pusat beli-belah; tidak berapa jauh di bandar Jakarta.

Kajian sosialnya itu mendedahkan bahawa golongan wanita sering berdepan risiko setiap kali keluar ke tempat awam, tidak kira cara penampilan biarpun tidak berpakaian seksi. 

Mereka sering diganggu oleh lelaki yang 'di dalam hatinya ada penyakit'. Begitu kira-kira dalam istilah agama. Itu sebabnya agama menentukan peraturan-peraturan bagi wanita yang keluar bersendirian tanpa mahram, apa lagi melalui lorong sempit dan sunyi.

Sedikit Imbasan 
Tips Merawat Penyakit Hati 
Agar Jiwa Lebih Tenang


Hati adalah sebahagian organ dalaman badan. Dengan hati jugalah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang. Jika baik hatinya, maka sudah pasti seseorang itu memiliki sifat terpuji. Dan begitu juga sebaliknya, jika mempunyai hati yang penuh niat jahat, maka sifat keji akan mempengaruhinya.

Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana. 

 Oleh itu kita perlu menjaga sebaiknya hati agar tidak dipeengaruhi anasir jahat hingga boleh merosakkan akhlak seseorang. Antara penyakit hati adalah susah untuk mengerjakan solat. Jika yang wajib ini tidak diikuti, sudah pasti perkara baik lain juga agak sukar dilakukan.

Hati yang mati juga tidak akan tahan akan ujian yang menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan. Oleh itu, sebelum penyakit hati ini bertambah teruk mari kita merawatnya.

1. Perbanyakkan bacaan Al-Quran


Perbanyakaan membaca Al-Quran dan lebih elok jika memahami maksudnya setiap ayat. Boleh juga amalkan membaca Yasin setiap malam kerana surah ini mempunyai aura menenangkan jiwa.

2. Bangun untuk solat malam


Antara solat yang boleh dilakukan seperti sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa dan mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup. Amalan ini adalah antara amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat.

3. Memperbanyakkan puasa


Selain puasa di bulan Ramadhan, puasa sunat setiap Isnin dan Khamis juga banyak faedahnya. Selain dapat pahala, ia juga akan mengawal emosi kita agar tidak menjurus kepada masalah hati. Mislnya nafsu makan, nafsu marah, nafsu seks dan sebagainya.

4. Perbanyakkan zikir

Zikir mulis seperti Subhanallah, Astagfirullah, Alhamdulillah atau Lailahaillah juga boleh diamalkan setiap masa. Zikir bukan sahaja setakat dibibir tetapi buarlah smpai di hati.

5. Kurangkan bercakap


Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.

6. Sering mengingati Allah SWT


Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan  membaca Al-Quran juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.

7. Jangan bergaul dengan orang ada penyakit hati


Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati,  kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah SWT.


Wassalam.


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa

9 comments:

Anonymous said...

Mat Sabu pun biasa selfie amoy langgar dada waktu Bershit

Anonymous said...

Setakat jaga hati dengan baca Al Quran, Zikir, Puasa.. untuk jangan meraba.. tak payah lah..

mahligai seni said...

SEGALA BENDA NAK DIKAITKAN DENGAN PEMBANGKANG SELAIN PAS. MEMANG JAHAT PUAK PAS NI. FIKIRAN MEREKA HANYA TERARAH KEPADA PIHAK LAIN, PADA HAL DALAM PAS BERLAMBAK ORANG YANG JAHAT.

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2018/01/12/amanah-johor-tuntut-18-kerusi-dun-jika-tidak-pru-diboikot/

Amanah Johor Tuntut 18 Kerusi DUN, Jika Tidak PRU Diboikot..

AIDCNews -12/01/18 –Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Johor menuntut pimpinan Amanah pusat bertegas dalam soal pembahagian kerusi dan mendesak Amanah di peringkat negeri dibenarkan bertanding paling minima 18 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketuanya Muhammad Taqiuddin Cheman berkata jika jumlah calon DUN untuk Amanah gagal diperolehi, beliau bimbang akar umbi parti akan memboikot PRU 14 di Johor.

“Jika berlaku agihan kerusi DUN yang tidak seimbang, ia berisiko mengundang keadaan tidak terkawal ahli di bawah.

“Kita khuatir tindakan boikot gerak kerja pilihan raya akan berlaku dan menatijahkan kesan buruk terhadap harapan rakyat,”katanya dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Presiden Amanah, Mohamad Sabu hari ini.

Muhammad Taqiuddin berkata tindakan memboikot itu bukan suatu perkara yang dipandang mudah kerana Amanah Johor telah memboikot Konvensyen PH Ahad lalu apabila tidak berpuas hati parti itu hanya dibenarkan bertanding hanya dua kerusi Parlimen di peringkat negeri.

“Jika agihan kerusi masih tidak menyebelahi Amanah Johor, Timbalan Presiden, Tuan Haji Salahuddin Ayub dan Pengerusi Johor, YB Haji Aminolhuda Hassan harus mengambil tanggunjawab sepenuhnya,”katanya lag

Anonymous said...

Salah-satu punca penyakit hati ialah dalam diam kena kan orang. Kalau berjanji dia mungkir. Kalau bercakap dia berbohong. Kalau di tegur naik darah tinggi.

Tabiat ini akan menjadi sel virus yang meresap dalam hati. Bila dah parah teruk, baca lah apa pun, zikir lah sebanyak mana pun, solat lah selagi boleh.. penyakit hati ini tidak akan sembuh selagi Allah tak bagi musibah ke atas orang itu.

Tanda orang yang ada penyakit hati ia lah suka bersendirian dan dalam banyak hal suka berkecuali.

Wallahualam.

Anonymous said...

Jika RCI ditubuhkan semasa Tun Mahathir menjadi PM ataupun ketika ini Najib sebagai PM atau bila-bila masa sekalipun, hasilnya nanti adalah tetap sama, iaitu semuanya adalah berpunca daripada ketaksuban Ibrahim Libya serta penyokong-penyokongnya berpegang kepada amanat Hadi mereng. Setelah beberapa anggota polis ditembak mati oleh puak militan yang diketuai oleh Ibrahim Libya akibat terlalu taksub kepada amanat Hadi mereng, adalah mengikut SOP polis untuk bertindakbalas sehingga orang yang telah bertindak ganas terbunuh, tetapi Hadi mereng selamba rock saja makan elaun ahli parlimen dan juga ADUN, ponteng pula tu. Kalau ditakdirkan Ibrahim Libya hidup semula, orang yang pasti dicari dan dilukunya adalah Hadi mereng!

Anonymous said...

Mahligai bangang ternakan DA-Pig,

Mana bukti? Seperti biasa kamu gagal menunjukkan sebarang bukti maka jelaslah kamu seorang munafik penjaja fitnah.

Anonymous said...

Macai gila 1:20am ternakan DA-Pig bercakap seolah-olah RCI telah ditubuhkan dan keputusan telah dibuat. Memang sah macai bodoh bertingkat ini yang cuba berlagak hakim memang mengidap penyakit mental tahap 4.

Jika RCI ditubuhkan, MahaFiraun sudah pasti dihumbang ke dalam penjara kerana melakukan pembunuhan ke atas ulama Islam dan orang kampung.

Mengapa MahaFiraun tongkang takut menubuhkan RCI? Takut kerana salah.

Anonymous said...

Video Hadi angkat sumpah mempertahankan perlembagaan yang dulu dikatakan kafir, tapi Hadi selamba rock macam tertelan pil kuda mempertahankan pula perlembagaan itu untuk rembat duit elaun MP secara ponteng sidang. Dengan Hadi mempertahankan perlembagaan kafir itu, maka jelaslah bahawa Ibrahim Libya mati buta setelah tertipu dengan amanat Hadi mereng.
Sila tonton video tersebut di
https://www.youtube.com/watch?v=UXSlFrayKsw

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails