Friday, January 19, 2018

UMNO Dalam PH, Bagaimana Tun M Rancang?


PARTI Pribumi Bersatu Malaysia dalam bahasa Inggerisnya mereka tulis Malaysian United Indigenious Party (MUIP)
Orang tidak sedar 'Pribumi' itu terjemahan bahasa 'orang putih' yang selalu orang pakai selain 'Indigenious' adalah 'Native', yang bermaksud orang asal.
Sebenarnya asalnya mahu diletak Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia. Yang terjemahannya Inggerisnya adalah United Malaysian Natives Organization. Ringkasnya UMNO! Kerana mereka sungguh sungguh sayangkan UMNO.
Tetapi mereka menyamar dulu sementara jatuhkan lawan politik mereka, Najib, dengan memperkudakan parti parti politik yang terdesak mahu mencari sokongan orang Melayu kerana PAS tetap tegas tidak mahu bersama mereka.
PRU14, jika Najib gagal, ahli UMNO akan desak beliau letak jawatan. Pemimpin baru yang gantikan Najib akan isytihar mahu membuka lembaran baru dengan mempelawa bekas pemimpin UMNO yang berada dalam PPBM agar pulang ke pangkuan UMNO.
Itulah yang diperkatakan ahli UMNO di bawah. Yang di luar UMNO yang bersama dengan Mahathir, mahupun yang masih ahli UMNO tapi mahu beri tekanan supaya Najib meletak jawatan. Mereka berpakat. Yang dalam akan sabotaj dengan mengundi 'UMNO' Mahathir.
Sudah PRU14, Mahathir akan mula tunjuk wajah sebenar yang akan memulakan perselisihan dan pergaduhan dengan parti lain dalam Pakatan Harapan.
Dia akan mulakan dengan bergaduh dengan DAP. Beliau cukup benci DAP sejak dari dulu sepertimana ahli UMNO yang lain yang sejak dari kecil diasuh memusuhi DAP.
Dia akan menghasut bekas ahli UMNO dalam PKR untuk bersamanya menentang DAP dengan membangkitkan rasa tak puas hati sikap DAP yang tamak dan mahu tentukan banyak perkara hingga mencampuri urusan yang berkait sensitiviti orang Melayu.
Dengan mula kembali bermusuh dengan DAP, dia tahu akan dengan cepat mengembalikan sokongan ahli UMNO kepada beliau.
Atas alasan tiada persefahaman lagi, Mahathir sendiri yang akan merundingkan 'kepulangan beramai ramai' ahli PPBM dan sebahagian PKR ke dalam UMNO.
PH yang awal-awal lagi telah mengagihkan bilangan kerusi paling besar kepada PPBM sebenarnya telah hilang 52 kerusi PPBM itu kepada Barisan Nasional. Itu belum lagi termasuk bilangan kerusi di Sabah yang paling besar akan diperuntukkan kepada parti pimpinan mantan Naib Presiden UMNO, Shafie Apdal yang bila dijumlahkan nanti begitu besar bilangannya mengatasi parti PKR, PAN, DAP.
Akhirnya, pelan besar Mahathir untuk menyelamatkan Barisan Nasional akan tercapai.
Hampa dan kecewalah rakyat yang gigih berjuang inginkan perubahan. Mereka yg berkorban di era Reformasi.
PAS yang menjadi 'musuh politik tradisi' UMNO ini telah cukup masak dengan psikologi politik UMNO. PAS yang ditubuhkan pada tahun 1951 sudah berdepan dengan UMNO sejak pilihan raya 1959. Malah sebelum itu lagi perjuangan Islam yang dibawa parti yang asal sebelum tertubuh PAS iaitu Hizbul Muslimin diharamkan penjajah British yang rapat dengan UMNO.
Lagikan Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah berikrar tidak akan kembali kepada UMNO dengan ungkapan 'sudah bakar jambatan', akhirnya pulang beramai beramai dipimpin oleh beliau sendiri ke dalam UMNO.
Inikan pula Mahathir yang punya begitu banyak kepentingan berkait masa depan politik dan perniagaan anak anak beliau, rakan rakan rapat beliau dari kalangan rangkaian ahli ahli perniagaan kroni beliau.
Jika rakyat betul-betul tidak mahu budaya kerosakan yang di bawa oleh UMNO terus merosakkan negara sehingga akhirnya rakyat menjadi susah, tiada guna kita jatuhkan UMNO Najib tetapi akhirnya yang naik berkuasa adalah UMNO Mahathir pula yang sudah terang lagi bersuluh acuan yang sama.
Banyak kerosakan yang berlaku adalah hasil didikan UMNO era Mahathir. Kepimpinan UMNO hari ini mengikut teladan yang ditunjukkan Mahathir sendiri.
PAS menyeru perubahan dengan meletakkan Islam memimpin. Ia satu jaminan yang akan memberi kesejahteraan bukan sahaja kepada orang Melayu, malah juga orang Cina , India, Iban, Kadazan serta semua kaum lain. – HARAKAHDAILY 19/1/2018

Apa hukum labur dalam dagang 'Bitcoin'?

7 comments:

Anonymous said...

Jangan lah kamu buruk sangka. Allah minta orang yang beriman supaya jangan buruk sangka pada orang lain.



Bagaimana kamu boleh baca tujuan dan niat Mahathir sedangkan ianya petnacnagan. Setiap perancangan parti mana-mana sekali pun ada lah sulit.

Anonymous said...

HUJAH DARI ISMA. NGO ISLAM MODERAT Yg DAPAT MENJAWAB PERSOALAN ORAMG MACAM HANG

http://www.ismaweb.net/2016/04/17/sensiviti-agama-dan-perlembagaan-puak-liberal-pilih-kasih/

Sensiviti Agama Dan Perlembagaan: Puak Liberal Pilih Kasih

liberal
Isu baru-baru ini berkenaan dengan Dr. Zakir Naik menjadi topik hangat perdebatan di antara golongan Islamis dan liberal. Namun, ia bukan sekadar isu berkenaan Dr. Zakir Naik, akan tetapi insiden baru-baru ini hanyalah satu titik – yang mana apabila dihubung kaitkan dengan insiden-insiden bahkan sebelum kedatangan Dr. Zakir Naik lagi – menyerlahkan pembuktian kepada kita tentang dua perkara;1) Dalam isu sensitiviti agama dan Perlembagaan, puak liberal memilih kasih.
2) Puak liberal bukan sekadar menjadi sensitif, bahkan berlebih-lebih.

Pada tahun lepas, kita sedia maklum terdapat aktiviti kristianisasi yang berlaku di tempat awam secara terbuka melibatkan dua warga asing yang mendekati orang Islam di sekitar Selayang. Isu ini menjadi viral apabila seorang pemilik akaun Facebook menceritakan pengalaman beliau didekati oleh dua warga asing ini dan disyarah tentang Jesus dan Kristian.

Anehnya, tiada langsung puak liberal yang mahu bersuara berkenaan insiden tersebut, apatah lagi menyatakan kekesalan atas dasar sensitiviti agama dan Perlembagaan kerana menyalahi undang-undang tempatan yang melarang penyebaran agama lain terhadap orang Islam.

Ironinya, puak liberal jugalah yang – pada bulan yang sama sebelum insiden ini berlaku – menghalang penganjuran satu forum di UiTM dengan tajuk ‘Ancaman Gerakan Kristianisasi’ dan mereka berlebih-lebih dalam memberi reaksi seolah-olah orang Islam mahu menimbulkan prejudis terhadap orang Kristian yang menjadi rakan karib, rakan sekerja mahupun jiran tetangga. Di sini mereka mengabaikan perkataan ‘ancaman gerakan’ dan selepas dari itu menimbulkan persepsi yang salah terhadap orang awam yang akhirnya agama Islam dan orang Islam yang terkena tempiasnya.

Ini belum kita mengambil kira insiden-insiden sebelum ini yang berlaku yang tidak langsung mencerminkan sensitiviti terhadap agama Islam dan Perlembagaan seperti tuntutan COMANGO, mencabar enakmen negeri yang mengawal perilaku orang Islam dalam hal pemakaian dan perbuatan menyamai wanita, mencampur tangan urusan penukaran agama ke dalam Islam dan mempertahankan pendirian untuk menukar agama keluar dari Islam, mencabar kedaulatan dan bidang kuasa Mahkamah Syariah, mempersoalkan tindakan kerajaan menghalang penerbitan buku-buku yang bercanggah dengan cara fikir Islam seperti terbitan oleh pemikir liberal dan Syiah dan lain-lain insiden yang boleh dibangkitkan kembali.

Walaupun insiden-insiden ini berlaku, tanpa segan silu dan tanda hormat puak liberal terus mencabar dan memperlekeh nilai dan garis panduan yang ingin dipertahankan.

Anonymous said...

http://m.utusan.com.my/berita/politik/rafizi-dakwa-anak-dr-m-tauke-arak-1.440415

Rafizi dakwa anak Dr. M tauke arak

47
KUALA LUMPUR 4 Feb. – Rakaman video yang memaparkan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli (gambar) dalam ceramah yang seolah-olah menghina keluarga terutama anak-anak kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai tauke arak kini tular dalam laman sosial sejak beberapa hari lalu.


RAFIZI RAMLI
Dalam video berdurasi hampir 30 saat itu, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan mendakwa, kedua-dua anak Dr. Mahathir iaitu Mirzan dan Mokhzani sebagai sangat kaya hingga mampu membeli kilang arak di Filipina.


Beliau turut men­dakwa hasil daripada kilang arak itu digunakan oleh kedua-duanya untuk membeli stesen-stesen minyak Esso dan menukarkan jenama kepada Petron.

“Jangan beli minyak di Petron selepas ini. Beli minyak di Petron samalah kita bagi duit dekat Mirzan dan Mokhzani.

“Samalah kita mengkayakan tauke judi dari Malaysia, tauke arak dari Malaysia,” katanya.

Video tersebut menjadi tular ketika Dr. Mahathir yang merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sedang berusaha untuk membentuk kerjasama dengan parti pembangkang terma­suk PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tarikh sebenar rakaman video tersebut.

Anonymous said...

Hujah ISMA? Hmmm ...

Anonymous said...

Bukan ke UM tu lidah rasmi UMNO?

Gunakanlah segala sumber rujukan asalkan dapat menyokong pendapat anda!

Anonymous said...

Mengapa guna dakwaan Rafizi tetapi tidak gunakan dakwaan tersebut dengan membuktikan dakwaan tersebut benar ?

UMNO dengan desakan dari PAS tidak bermasalah mendapatkan butiran dari sumber yang sah mengenai penglibatan anak-anak Mahathir dengan kilang arak.

Sah lah dakwaan tersebut tidak benar dan kini di gunakan terus oleh orang PAS sebagai fitnah !

Anonymous said...

Takkan Anwar Ibrahim Bohong!!!!!

http://keadilandaily.com/mobile/?post=32408

NASIONAL
Anak Mahathir beli syarikat minyak pakai duit arak - Anwar
Jul 7 2012 / Keadilan Daily
(Norutul Ilham)

KUALA LUMPUR 7 Julai: Esso Malaysia yang ditukar nama sebagai Petron, dibeli anak Dr Mahathir Mohamad menggunakan sumber kewangan San Miguel Corporation - sebuah syarikat arak terkemuka.

"Jadi, kalau pergi stesen Petron, samalah pergi ke syarikat anak Mahathir, Mokhzani," kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian depan lebih 2,000 orang di Padang Kampung Selayang Indah, Selayang baru, malam tadi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails