Monday, November 18, 2013

Nuridah Mahu Muslimat Lebih Dnamik, Haraki..


 
 
KL: Calon Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh menjadikan matlamat untuk memposisi muslimat parti ini supaya lebih dinamik dan berketrampilan.

"Pencalonan yang diterima dihormati dan saya menawarkan diri sebagai alternatif kepada perwakilan untuk membantu usaha melahirkan Muslimat PAS yang berjiwa haraki.

"Pemahaman muslimat untuk menggerakkan proses perubahan yang lebih baik penting demi mendukung kejayaan parti," katanya ketika dihubungi Harakah.

Sehubungan itu, beliau berazam untuk memberikan perhatian serius bagi membantu kejayaan cemerlang PAS pada PRU14 nanti.

"Hasrat untuk melihat muslimat yang dinamik atau haraki ini akan dapat dicapai sekiranya jati diri Muslimat dan seluruh ahli PAS sebagai pejuang kebenaran dan kebajikan secara berkesan sentiasa diberi penekanan.

"Kita teruskan apa yang baik selama ini malah dimantapkan lagi dengan usaha memperkasa dan mengurus organisasi parti agar layak menerima anugerah Allah di dunia dan akhirat," ujarnya.

Peluang yang diberi juga, tambahnya, akan diguna sebaik mungkin untuk berkhidmat kepada parti untuk menggembleng tenaga muslimat dalam segenap aspek kehidupan. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails