Thursday, November 21, 2013

Akademi Seni Islam Antara 3 Usul Muslimat


SHAH ALAM: Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat kali ke-53 meluluskan lima usul untuk dibentangkan di dalam Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung esok hari di Stadium Malawati.

Lima usul tersebut termasuk satu usul dibahaskan iaitu usul keselamatan negara yang diusulkan oleh Muslimat PAS Kawasan Temerloh dan Maran.

Muslimat PAS Temerloh meminta Muslimat Pusat agar mendesak Kementerian Dalam Negeri mengkaji semula modul penguatkuasaan undang-undang dengan memberi penekanan aspek asas-asas agama, nilai murni, dan moral ke arah mewujudkan kawalan sosial secara menyeluruh.

Sementara itu dua usul telah diterima tanpa bahas iaitu usul mewujudkan Akademi Seni Islam yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Kelantan.

Perwakilan Muslimat Kelantan menegaskan penubuhan Akademi Seni Islam ini wajar disegerakan memandangkan ramai golongan artis dan selebriti yang terlibat dalam nyanyian dan lakonan telah berhijrah untuk mengamalkan Islam dengan lebih sempurna melalui bimbingan dalam satu platform dakwah.

Usul mempertahankan dan memperkasakan kepimpinan ulama yang dikemukakan oleh Dewan Muslimat PAS Gombak turut diterima tanpa bahas. 

Muslimat Gombak menyedari bahawa usul ini dipertimbangkan sewajarnya bagi menjamin kesinambungan dasar-dasar dan hala tuju PAS selari dengan prinsip-prinsip Islam sebagaimana yang dinyatakan di dalam al-Quran dan as-Sunah.

Dua usul lagi yang diterima sebagai cadangan iaitu mencadangkan agar Kementerian Pelajaran Malaysia agar mengkaji semula fesyen uniform sekolah menengah kebangsaan, sekolah rendah dan menengah jenis kebangsaan daripada fesyen skrit kepada seluar panjang dan juga daripada baju kemeja putih kepada warna lain yang lebih sesuai.

Usul ini dikemukakan oleh Muslimat PAS Kawasan Balik Pulau.

Dan usul yang diterima sebagai cadangan kedua daripada Muslimat PAS Kawasan Batu Gajah menggesa agar Kementerian Kerja Raya menubuhkan Akta Peguatkuasaan Undang-undang atau etika berpakaian bagi mewajibkan semua papan tanda iklan atau katalog yang menggunakan model wanita supaya berpakaian sopan dan tidak mencolok mata umum kepada wanita bukan Islam dan mewajibkan wanita Islam dipakaikan tudung dan menutup aurat. (Hrkh)

6 comments:

Anonymous said...

Aku tidak melihat perbuatan memijak bendera Amerika dan Israel ini suatu yg mencerminkan keindahan akalbudi dan akhlaq Islam yg mulia. Bahkan ia menunjukkan kekontangan wibawa dan lemahnya jiwa....Muliakah Islam dgn cara begini? Kenapa tidak bangunkan asas pendidikan yg baik utk menunjangi politik, ekonomi, teknologi dan industri, sosial, perkhidmatan dll yg membawa kpd fiddunya fasanah wa fil akhirati hasanah?

Anonymous said...

Musuh2 hanya mentertawakn saja perbuatan sebegini krn akhirnya kain yg dipakai, makanan yg dimakan, ubat-ubatan yg diambil, teknologi yg diguna, semuanya dari mrk jua. Segelas milo atau semangkuk nestum pun kita xmampu hasilkan...di mana silapnya?

Anonymous said...

Menzahirkan emosi sebegini bukan perlakuan terpuji....emosi yg terencat!

Anonymous said...

Pijak bendera emosi? Israel bukan saja pijak tapi bunuh, rogol, rampas tanah, perkudakan PM kamu, kamu tak emosi?

Kamu yang dayus! Apa kamu buat sekarang, kalau tak suka orang pijak bendera?

Anonymous said...

Aku sedang mendidik generasi rabbani InsyaaAllah. ..generasi yg akan mampu berinteraksi dgn persekitaran dgn acuan islam...yg menyumbang kpd kemajuan dunia bukan sekadar pengguna shj.

Anonymous said...

sekurangnya ada tindakan dan berani buat ....dari tak buat apa2 dan hanya pandai cakap melayu porahhhh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails