Sunday, September 08, 2013

Australia Tukar Kerajaan 'Boleh Dipercayai, Berwibawa'

Perdana Menteri baru Australia yang dipilih, Tony Abbott memberi ucapan di Sydney pada Sabtu. Pemimpin daripada kerajaan campuran Liberal-Nasional itu memenangi pilihan raya Australia menewaskan parti Buruh yang dipimpin oleh Kevin Rudd, sekali gus membawa parti konservatif ke puncak pemerintahan buat pertama kali dalam enam tahun. Foto AFP 

 
Tony Abbott. Foto AFP
SYDNEY: Pemimpin baru Australia, Tony Abbott pada Sabtu berjanji untuk membentuk kerajaan yang "boleh dipercayai, berwibawa" selepas memperoleh kemenangan dalam pilihan raya negara sekali gus mengakhiri enam tahun pemerintahan kerajaan parti Buruh.

"Saya boleh memberitahu anda bahawa kerajaan Australia telah berubah," kata Abbott kepada para penyokongnya di sebuah hotel di Sydney.
"Untuk hanya kali ketujuh dalam tempoh 60 tahun, kerajaan Australia telah berubah.
"Dan sejak dari hari ini, saya mengaku bahawa Australia adalah di bawah pengurusan baru dan Australia sekali lagi terbuka untuk perniagaan."

Walaupun kiraan kerusi belum dimuktamadkan tetapi Perdana Menteri dari parti Buruh, Kevin Rudd mengakui kekalahan awal pada Sabtu dan Abbott berkata gabungan Liberal / Nasional secara jelas memberi kemenangan menerusi tambahan 13 kerusi yang memperlihatkan sebuah kerajaan majoriti.

"Saya kini tidak sabar-sabar untuk membentuk kerajaan yang cekap, yang boleh dipercayai, tetap dan teratur dalam menyampaikan komitmen kami," katanya.

Abbott berkata, kerajaan beliau akan menjadi sebuah kerajaan yang "mengatakan apa yang dimaknakan dan bermaksud apa yang dikatakannya, sebuah kerajaan yang tiada kejutan atau alasan, sebuah kerajaan yang memahami batas-batas kuasa serta potensi". - AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails