Friday, September 13, 2013

Beranak Dalam Asrama.. Tarbiah UMNO?

Gambar hiasan..
SETIU - Guru dan pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini gempar apabila seorang pelajar dipercayai bersalin di dalam bilik asrama sekolah berkenaan, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Ab Rahman Raja Mohamed berkata, kehadiran bayi lelaki itu disedari penyelia asrama kira-kira jam 8 pagi di dalam sebuah bilik asrama perempuan sekolah berkenaan. Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaan di dalam sebuah bilik, penyelia itu terkejut apabila mendapati seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun terbaring lesu bersama bayi yang masih bertali pusat.

“Penyelia itu segera memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengurusan sekolah, sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.
“Ketika ditemui, bayi lelaki dalam keadaan sempurna itu masih bernyawa, tetapi mengalami kecacatan otak dan keadaannya ketika itu agak lemah sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu dan tiba di HSNZ kira-kira jam 1.15 petang untuk rawatan lanjut,” katanya.

Ab Rahman berkata lagi, bagaimanapun bayi malang itu disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.40 petang kerana kecacatan tersebut. Menurutnya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada unsur jenayah atau kecederaan akibat dera pada bayi itu sebelum mayatnya diserahkan kepada keluarga untuk urusan pengebumian.

Katanya, ibu bayi itu masih dirawat di Hospital Setiu dan pihaknya akan mengambil keterangannya sebaik pulih bagi membantu siasatan.

"Ibu bapa pelajar terbabit sudah dimaklumkan mengenai kejadian ini. Buat masa ini, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit,” katanya.

Difahamkan, pelajar terbabit amat sedih dengan berita kematian anaknya selepas polis memaklumkan bayinya tidak dapat diselamatkan dan dia mengandung dipercayai hasil hubungan sulit dengan teman lelakinya. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Lihatlah sistem perundangan Malaysia, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan jalan membuang mayat secara sulit. Mana dia undang-undang larangan najis zina? . Mana dia didikan melalui perundangan seperti yang digariskan Islam? Inilah tarbiah kerajaan pimpinan UMNO. Malu nak sebut negara Islam.. puuiih!!

2 comments:

Anonymous said...

Menggambarkan undang2 ciptaan manusia lebih hebat daripada undang2 Allah yg dijelaskan dlm Al-Quran.

Jadi geng yang tidak mengiktiraf undang2 dlm Quran termasuk yang menyokong ( x BN) dari kalangan umat mengaku Islam, macam mana kalian nak jawab soalan di alam qubur.."siapa imam kamu ". Boleh jawab " Al-Quran imaami ( Quran imam saya ).

Inilah yg diperjuangkan oleh jemaah gerakan islam supaya umat islam tak disesatkan oleh UMNO.

Unknown said...

insyallah kalau buat hudud kes2 macam ni dpt dicegah.wallahualam...dunia akhir zaman

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails