Thursday, March 11, 2021

Kelebihan &Hadiah 'Masyarakat Majmuk' Menurut PAS Kepada CPHM..

 

Masyarakat majmuk satu kelebihan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Masyarakat majmuk di Malaysia adalah satu kelebihan dan umpama sebuah ganjaran atau hadiah untuk memperkenalkan Islam, kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ini kerana, katanya Islam sendiri bersifat sejagat dan tidak bersifat khusus kepada mana-mana kaum atau bangsa.
Beliau berkata demikian semasa menjawab persoalan yang dikemukakan wakil Christian for Peace and Harmony in Malaysia (CPHM), Jason Leong pada program Webinar Dialog Presiden PAS bersama NGO dan YouTuber Chinese di Harakah TV, hari ini.

Jason bertanya sama ada kepelbagaian kaum di Malaysia merupakan sebuah kelebihan atau penghalang untuk PAS memperkenalkan keharmonian mengikut matlamat parti politik PAS iaitu membentuk sebuah negara sejahtera.

Sementara itu, mengulas mengenai situasi sekiranya berlaku konflik atau krisis dalam kalangan bukan Islam, kata Abdul Hadi, Islam menerima titik persamaan kemanusiaan.

Jelasnya, titik persamaan manusia seperti makanan, pakaian, pendidikan, tempat tinggal, pengangkutan, dan kemudahan hidup tidak ada diusik.

“Perkara ini kita tidak perlu usik, kerana perbezaan kaum dan agama, jadi tidak boleh usik. Dengan sebab itu kita benar berpolitik, berniaga, berpelajaran, ia keperluan hidup, titik persamaan mesti diraikan, itu dibenarkan.

“Adapun titik perbezaan, halal dan haram, ini kita tidak boleh paksa orang bukan islam, apa yang penting diberi kebebasan kepada pihak lain mengikut ajaran agama mereka dalam masa sama menjaga sempadan sensitiviti hubungan kaum, itu perlu dijaga.

“Sebagai contoh, Al-Quran mengajar kita, walaupun orang Islam mengajar Tuhan itu satu sahaja, tidak ada Tuhan lain, selain Allah. Ada ayat Al-Quran melarang orang-orang Islam memaki Tuhan bukan Islam, kerana nanti dia akan memaki Allah.

“Kalau orang maki ibu bapa kita, kita marah, begitulah kita tak boleh maki ibu bapa orang, itu sempadan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 9/3/2021

IHtv
IHtv
21 subscribers

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails