Monday, May 23, 2022

Kit Siang, Loke Siew Fook, seperti biasa DAP kokok berderai..

 

1. 'Panggil Kit Siang rakam percakapan lepas siasatan polis lengkap'

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman belum merakam percakapan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang didakwa membuat satu ciapan mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Setakat ini, polis sedang melengkapkan siasatan berhubung kes itu sebelum mengambil tindakan selanjutnya.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata selepas siasatan polis lengkap, pihaknya akan memanggil Kit Siang untuk dirakam percakapan.

"Buat masa ini beliau (Kit Siang) masih belum dipanggil bagi dirakam percakapan.

"Selepas siasatan dilengkapkan kita akan memanggil beliau untuk tujuan itu," katanya di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan satu siasatan dijalankan JSJ Bukit Aman terhadap ciapan dimuat naik Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Imej tangkap layar ciapan terbabit turut tular melalui aplikasi WhatsApp sejak ia dimuat naik.

Ciapan berkenaan mengandungi kenyataan 'Will The Houses Of The Prime Minister and Ministers of Malaysia Be Set On Fire by Angry Protestors As Happened in Sri Lanka Last Week (Adakah rumah perdana menteri dan menteri Malaysia akan dibakar oleh penunjuk perasaan seperti berlaku di Sri Lanka, minggu lalu).


2. DAP masih kokok berderai ekor bergelumang.. 

KENYATAAN AKHBAR DAP
Isu bekalan ayam: Kerajaan perlu bertindak segera

Kenyataan Media oleh Setiausaha Agung DAP dan Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook di Kuala Lumpur pada Isnin, 23 Mei 2022.

Isu bekalan ayam terputus yang berlaku beberapa hari ini di seluruh negara tidak seharusnya berlaku dan kegagalan kerajaan menangani isu ini tidak boleh diterima sama sekali.

Kekurangan bekalan ayam dipercayai berpunca daripada pengeluaran yang berkurangan daripada penternak disebabkan tekanan kos dedak ayam yang terlalu tinggi.

Memandangkan ayam merupakan sumber makanan utama kepada semua lapisan masyarakat di kalangan rakyat Malaysia, kerajaan perlu bertindak segera untuk memastikan bekalan ayam di pasaran sentiasa mencukupi dengan menyelesaikan masalah tekanan kos di kalangan penternak dengan segera.

DAP berpendirian ... 

dan seterunya...

Tetapi tiada tindakan bermanfaat diambil.. Itulah DAP! Apa lagi sewaktu memerintah dan DAP jadi Menteri Kewangan yang ghuyup..


Tolak DAP dalam PRU 15 akan datang.


Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Katanya dah quit politik. Tapi dok membakar lagi. Macam perangai atok. Hodoh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails