Thursday, May 26, 2022

Tembakan & letupan bom berlaku di Takbhai, Thailand, malam tadi.

 

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memantau sempadan negara. - Foto hiasan BERNAMA

TUMPAT: Satu kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di daerah Takbhai, Thailand, dekat di sini, malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.40 (waktu Malaysia) dan dipercayai berlaku berhampiran di wilayah Narathiwat yang menyasarkan pihak berkuasa.

Berdasarkan beberapa video yang tular, ia memaparkan situasi tegang dengan dentuman bom dan tembakan bertalu-talu, sehingga menimbulkan huru-hara.

Dikatakan serangan itu dibuat terhadap pasukan tentera Thailand dan beberapa tangkapan sudah dibuat.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, yang ditemui di sini, turut memaklumkan kejadian itu yang berlaku dekat Tumpat.

Beliau enggan mengulas lanjut kerana tembakan berlaku di dalam wilayah Thailand. (BH)

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails