Friday, May 27, 2022

Tampung sumber protein negara. Infra Quest sumbang RM2.5 juta.

 


1. Kelantan tampung permintaan sumber protein negara

KOTA BHARU: Kelantan memperuntukan sebanyak RM1 juta bagi meningkatkan lagi pengeluaran ikan air tawar bagi menampung permintaan sumber protein di negara ini.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, peruntukan tersebut diagih melalui Jabatan Perikanan Negeri untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan sektor perikanan air tawar.

Katanya, program tersebut mengutamakan peningkatan pengeluaran hasil dan kualiti penternakan akuakultur.

“Jabatan Perikanan menyalurkan pelbagai bantuan termasuk bantuan bencana bagi membantu mengurangkan kos operasi yang ditanggung penternak akuakultur.

“Selain itu pemulihan kolam terbiar dan meningkatkan pengeluaran benih ikan air tawar di Machang dan bantuan input makanan ikan kepada penternak dan nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan program Jelajah Perikanan ‘Jom Makan Ikan Air Tawar’ di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Mohd Mohtar Mahamud.

Pada majlis itu seramai 29 penternak menerima bantuan input ternakan dan peralatan akuakultur serta bantuan perolehan sistem ternakan dan input ternakan kepada peserta Zon Industri Akuakultur di Danau Tok Uban.

Selain itu kerajaan turut menyampaikan bantuan perlatan menangkap ikan kepada nelayan darat dan nelayan pantai serta bantuan bencana di bawah Program Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA).

Ahmad juga berkata, program tersebut bagi mempromosikan penggunaan ikan air tawar di samping meningkatkan hasil jualan penternak serta pengusaha produk berasaskan ikan air tawar. – HARAKAHDAILY 26/5/2022

2. Infra Quest kendali 345 menara telekomunikasi sumbang RM2.5 juta kepada kerajaan negeri. 

KOTA BHARU: Anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), Infra Quest Sdn Bhd menyumbang RM2.5 juta kepada kerajaan negeri melalui Tabung Serambi Mekah

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, syarikat tersebut menjadi antara penyumbang terbesar dalam bentuk tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada rakyat.

Katanya, Infra Quest ditubuh pada 23 Januari 1997 merupakan agensi penyelaras bagi menguruskan, merancang serta menyelenggara infrastruktur telekomunikasi di Kelantan.

“Infra Quest mempunyai tahap kecekapan operasi yang agak tinggi. Syarikat ini antara penyumbang tegar dalam bentuk CSR kepada kerajaan negeri dan rakyat.

“Ini termasuk sumbangan sebanyak RM1.5 juta bagi membeli asrama pelajar di Mesir. Selain itu menyumbang RM 1juta di bawah Tabung Bencana Covid-19,” katanya pada majlis Sambutan Jubli Perak Infra Quest Sdn Bhd di sebuah hotel di sini malam tadi.

Program tersebut dirasmikan Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob.

Ab Aziz juga berkata sejak peringkat awal penubuhannya, Infra Quest hanya mempunyai 29 menara telekonumikasi, namun sekarang mengendalikan 345 menara termasuk teknologi terbaru Rapid Deployment System (RDS).

Bahkan kata beliau dalam tempoh 25 tahun syarikat itu memperolehi keuntungan terkumpul melebihi RM100 juta.

“Infra Quest bermula dengan hanya 10 kakitangan, hari ini mempunyai kekuatan seramai 20 pegawai yang mempunyai pelbagai kepakaran, sehingga mampu menjana pendapatan hampir RM50 juta setahun,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/5/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kelantan tampung  RM1 juta untuk sumber protein negara. Infra Quest anak syarikat PKINK sumbang RM2.5 juta kepada kerajaan negeri. Tanda kerajaan prihatin rakyat.

Justeru PRU 15, Undilah PAS dan parti-parti kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails