Thursday, May 26, 2022

Zuraida keluar Bersatu, PN tidak terjejas -Presiden PAS

 


1. PAS, PN tidak terjejas Zuraida keluar Bersatu

KUALA TERENGGANU: PAS menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Ampang, Dato’ Zuraida Kamaruddin keluar parti daripada Bersatu sebagai mencerminkan amalan demokrasi di negara ini.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, amalan negara demokrasi itu membolehkan mana-mana individu menyertai mana-mana parti politik.

Malah, katanya PAS dan Perikatan Nasional (PN) tidak terjejas kerana parti itu mendapat sokongan rakyat.

“(Ini) negara demokrasi, boleh ikut mana-mana parti. Tak (terjejas), kita dapat sokongan rakyat. Bergantung kepada rakyat.

“Pemimpin boleh pergi dan boleh datang,” ujarnya ditemui ketika menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Terengganu di Dataran Khairunnisa, Jalan Sultan Omar, di sini hari ini.

Hari ini Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Peladangan dan Komoditi dilapor mengumumkan keluar daripada Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Sebelum ini Zuraida merupakan bekas pemimpin PKR. Parti Bangsa Malaysia dilancarkan pada 21 Disember tahun lalu yang diketuai Ahli Parlimen Julau, Larry Sng.

Ditanya kemungkinan ada lagi pemimpin akan menyertai parti PBM Tuan Guru Abdul Hadi berkata, perkara yang akan datang manusia tidak mengetahuinya.

“Pada dasarnya kita sudah ada perbincangan, (kita) ada formula. Kita akan usahakan pada PRU15 dapat pertahankan PN dan MN. Agenda Perpaduan Ummah kita utamakan.

“Berdasarkan prestasi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Melaka dan Johor, prestasi PN meningkat 100 peratus. Kita yakin boleh menang, Insya’Allah,” katanya.

Justeru, kata beliau dengan penuh komitmen PAS akan berusaha pertahankan PN dan MN.

Sementara itu dalam perkembangan lain Tuan Guru Abdul Hadi berkata, PAS bukan sahaja mahu mengekalkan hubungan baik dengan Umno Selangor, sebaliknya hubungan serupa di negeri-negeri lain.

Katanya, PAS masih mempertahankan hubungan dalam Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional.

“Bukan sahaja di Selangor, tempat-tempat (negeri) lain. Kita masih pertahankan PN dan MN, dua-dua sekali. Kita usahakan kerjasama itu,” tegasnya. – HARAKAHDAILY 26/5/2022

2. Letak jawatan menteri, keluar BERSATU sertai PBM 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin. - Foto fail NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

KUALA LUMPUR: Datuk Zuraida Kamaruddin hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta keluar BERSATU untuk sertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, beliau memutuskan menyertai PBM kerana tertarik dengan perjuangan parti baharu berkenaan. "Insya-Allah, saya akan berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatan saya sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

"Saya juga akan berbincang mengenai peranan dan hala tuju PBM demi mengukuhkan lagi kerajaan Keluarga Malaysia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan Perdana Menteri," katanya dalam kenyataan, hari ini.   

Zuraida kini berada di Turki memenuhi undangan Persidangan Perintis Ketujuh Gabungan Wanita Global untuk Al-Quds dan Palestin serta dijangka berucap pada majlis pembukaan. Beliau dijangka ke Athens, Greece bagi memenuhi undangan Misi Perniagaan dan Pengembangan Pasaran Kayu Malaysia bersama Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC) dan dijangka pulang ke tanah air pada 2 Jun ini.

Sebelum ini, di bawah pentadbiran Pakatan Harapan diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Zuraida dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menjelaskan peletakan jawatan itu, katanya beliau akan terus menyokong kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri walaupun kini menyertai PBM. Ini kerana sokongan kepada kerajaan sekarang adalah selari dengan pendirian PBM.

"Saya sudah membuat pertimbangan yang mendalam untuk menyertai PBM dan mempercayai dengan perjuangan parti itu serta tertarik dengan enam prinsip terasnya iaitu keterlibatan pelbagai kaum; pemberdayaan wanita; pemerkasaan anak muda; pembangunan ekonomi; peningkatan pendidikan dan kemajuan sains teknologi sebagai elemen untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

"Saya melihat banyak potensi dalam PBM, terutamanya pada masa rakyat Malaysia sudah bosan dengan politik lama yang membantutkan kemajuan negara.

"Insya-Allah, penyertaan serta pengalaman saya ke PBM nanti akan dapat membantu mengangkat parti ini ke peringkat yang lebih tinggi terutama menjelang pilihan raya umum yang akan datang," katanya.

Menurut Zuraida, penyertaan beliau ke parti itu akan mengisi kelompongan kepimpinan wanita dalam negara.

"Sejak penubuhannya, PBM dilihat semakin kuat dan kini mempunyai beberapa orang Ahli Parlimen dan ADUN dalam barisannya," katanya yang turut berterima kasih atas sokongan padu diterima sepanjang perkhidmatan di dua kementerian.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad; Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ismail Sabri atas kepercayaan mereka melantik saya sebagai Menteri Kabinet.

"Sepanjang saya berkhidmat di kedua-dua kementerian, saya telah berusaha memberikan yang terbaik dan membawa perubahan positif kepada rakyat dan kehidupan mereka," katanya.

Menurut Zuraida, beliau sudah berkecimpung dalam politik selama 24 tahun, termasuk 14 tahun terakhir ini sebagai Ahli Parlimen Ampang.

"Sepanjang pembabitan dalam politik, saya amat bersyukur kerana dapat menyumbang kepada kebajikan rakyat khususnya pengundi di Ampang dan di kedua-dua kementerian yang saya telah diberikan amanah untuk berkhidmat," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Siapa Datuk Zuraida Kamaruddin? 

Sebelum ini, beliau menumpang di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) yang diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Yang akhirnya Zuraida dilantik sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kini Zuraida pilih PBM atau Parti Bangsa Malaysia. Sudah tentu dia mewarisi perjuangan kononnya seorang pejuang bangsa seperti Tun M, yang akhirnya tubuh sendiri Parti Pejuang Tanah Air

Tetapi tidak 'PEJUANG' yang ini.. 

Prime Kopi Pejuang 3 in 1. - Foto AGENSI. 

Kerana Singapura telah beri amaran jangan beli, minum 'Prime Kopi Pejuang 3 in 1'! Oh, maaf, gurau gurau!

Perhatian: No telefon Ibnu Hasyim.com terkini 014-400 2015

1 comment:

Anonymous said...

Kalau parti kris terima zuraida, maknanya parti kris taklah cerdik.
Sebab zuraida boleh lompat lagi pada bila bila masa. Dan boleh kencing sesuka hati bila parti tak setuju dengan dasar zuraida.

Dia ni dah kencing gurunya si abam. Dia dah kencing atok. Dia dah kencing abah. Dia tunggu masa nak kencing pm. Jadi elok biarkan zuraida bersendirian.

Tiada keperluan zuraida berada dalam politik. Politik jadi celaru. Pendirian terumbang ambing bibit ketidak stabilan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails