Wednesday, November 11, 2015

K'tan: Amanah Nak Tumpang PAS, Parti Islamkah Dia?



SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) dilihat ingin menumpang Pas yang telah berjaya meletakkan asas Islam dan membina negeri yang lebih baik di Kelantan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  Amanah perlu fokus kepada negeri lain dan membina asas sendiri dari merampas Kelantan daripada Pas.

“Amanah seperti ingin menumpang apa yang telah dibina oleh Pas selama ini. Situasi di Kelantan sebenarnya sudah sangat baik. Tiada keperluan untuk tukar kerajaan baharu.
“Saya fikir seeloknya mereka cuba fokus di negeri lain yang masih teruk dan perbetulkan polisi dasar supaya menepati kehendak Islam,” katanya, semalam.

Kelmarin, Amanah melalui Presidennya Mohamad Sabu berkata sedia menggantikan Pas mentadbir Kerajaan Kelantan pada PRU14.
Kata Tuan Ibrahim lagi, kenyataan Mohamad itu juga telah menyebabkan matlamat asal penubuhan Amanah telah tersasar.

“Mereka perlu ingat asas mereka pada awal penubuhan Amanah dahulu ingin menewaskan Umno bukan menyerang Pas.
"Mereka sudah lari matlamat asal mereka dan parti tersebut hanya cakap tak serupa bikin,” katanya, semalam.

Namun kata Tuan Ibrahim, Pas tidak pernah gentar dengan kenyataan Amanah tersebut dan yakin rakyat di Kelantan masih menerima Parti itu.

“Semua orang boleh mendakwa bahawa parti mereka mendapat sambutan. Tetapi Pas sememangnya masih kukuh dan kuat di Kelantan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Pas menyerahkan keputusan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membenarkan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai hudud dibentangkan di Dewan Rakyat setelah mahkamah membenarkannya.

“Pandikar perlu menjadikan keputusan mahkamah itu sebagai satu rujukan dan memberikan laluan kepada pembentangan RUU itu,” katanya

Demikian lapor Sinar Harian.

Sementara itu ramai yang tertanya-tanya adakah Parti Amanah itu parti Islam? Ianyanya masih belum siap sepenuhnya, belum jelas samada parti Islam atau parti sekular seperti UMNO, DAP, PKR atau yang sekandang dengannya. (IH)

13 comments:

Anonymous said...

husam tanya aje ade tak UG dulu tu? jawab ya atau tidak aje... telor dalam serban ke?

Anonymous said...

Mengarut dah Pas la ni...
cakap mcm keling

Anonymous said...

Orang tua dan orang kampung PAS masih boleh kelentong, tapi pengundi luar Kelantan dah arif sangat,tengok saja keputusakn PRK Pengkalan Kubor.... berapa kerat orang muda balik undi PAS...

KAPOK TUPO said...

PAS berjaya di Kelantan dulu tu hasil kerja keras dan penat lelah siapa? Datuk Husamlah yang bersusah payah melaksanakan dasar-dasar Almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz setelah disepakati bersama.

PAS yang ada di Kelantan hari ini mengkucar-kacirkan pentadbiran setelah sekian lama dibina, dibentuk dan dijaga oleh TGNA bersama Datuk Husam. AMANAH sekadar menyatakan kesanggupan untuk bersama PAS menjaga Kelantan daripada terlepas kepada pihak lawan ekoran salah urus dan kecacatan pentadbiran yang membuka ruang untuk membolehkan pihak lawan kembali merampas Kelantan

Anonymous said...

Tunggu masa jer PAS ni..untuk dikapan dan di kuburkan..

Anonymous said...

Macam lah PAS ni islam sangat..duit guru2 YIK pun kau balun..lbh kurang perangai najis..tibai duit rakyat..

Unknown said...

Setuju dgn saudara. Pas membesar dan mula diterima ramai krn sumbangan dan buah fikir golongan spt husam. Apabila sudah bkuasa dan menapak kukuh golongan ostak bodoh politik cemburu dan dengki. Maka dibuang golongan pro ini. Tunggulah ... kakitangan awam dan kaum guru mula membenci pas kel.

Anonymous said...

cukup ke dgn asas parti islam perlembagaannya menjunjung Quran dan Sunnah

tapi perangai pemimpin mereka tidak islamik

kalu gitu syiah dan IS khawarij pun mengaku islam juga malah lebih tegas dlm menghukum

adakah mereka itu islam sebenar?


sebuah NGO yg membela org susah misalnya... tidak disebut pun menjunjung Quran dan Sunah.. adakah kebajikan yg mereka buat itu tidak islamik.

adakah islamik hanya apabila perjuang hudud saja? itu pun ponteng dan kena main dgn umnu saja.

sempit sgt kah islam dan amal soleh itu hanya kepada sebuah parti yg perlembagaannya sgt islamik? tp amalan tidak islamik.

maka bagaimana dgn sabda Nabi saw yg mengatakan membuang batu di jalan yg menyusah dn membahayakan org lalu itu dapat pahala juga.. adakah ini tidak islamik?

apakah sifat Amanah itu bukan dpd islam? maka buat apa kita penat2 bersifat amanah jujur tidak ,tidak zalim , tidak tipu rakyat. sia2kah sifat mulia ini hanya kerana parti kita tidak berpelembagaan yg textnya sgt islamik?

Anonymous said...

Seeloknya PAN pergi ke Penang dan berjihad di sana menjadikan Penang sebuah islamic state. Tentu tak de masalah sebab DAP kan ke rakan seperjuangan yg intim. LGE dan LKS boleh didakwah, kan ke PAN parti Islam yg tersohor di tanah air, lagi pun ustaz mat sabu kan ke ulama setaraf TGHA.

Anonymous said...

Kah kah kah mmg PAN amalkan konsep taqiyyah iaitu menyembunyikan sesuatu utk kepentingan mereka ....... ini mmg taktik syiah ! Depa cakap depa musuh umno tapi depa dok serang mati2an terhadap Pas ! Yang pasti depa proksi Dap yg anti Islam mcm syiah Iran yg jadi proksi gang anti Islam ahli sunnah spt Basyar, Russia dan juga Us

Anonymous said...

DULU PROGRESIF DITENDANG KELUAR DPD JAWATAN DLM PAS SECARA TIDAK BERMORAL

BILA MEREKA KELUAR PAS, MEREKA DIANGGAP PENGKHIANAT.

SEKARANG BILA PAS LEMAH DAN KELANTAN DALAM BAHAYA, PAN NK GANTI PAS DALAM MENYELAMATKAN KELANTAN DPD UMNU, PAS KATA PAN NK PERANGI MEREKA.

HATI YG SENGET PASTI AKAN BERCAKAP LARI DPD FAKTA SEBENAR. PANDAI PUTAR BELIT TAPI DIBELIT UMNU MEREKA TIDAK SEDAR

AMAT PENTING PAN MENGKAJI DAN BERSEDIA MENYELAMATKAN KELANTAN DPD UMNU YG RAKUS DGN PTEROL DAN GAS ALI KELANTAN....

AMAT PENTING PAN MENYELAMATKAN KELANTAN DLM KEADAAN PAS SEDANG KHAYAL KENA UBAT BATUK UMNU DI KELANTAN

Anonymous said...

Anon 1:31

Kenapa anggap Penang perlukan jihad. Hanya kerana Penang ditadbir dgn baik oleh bukan islam. bukankah jihad itu kerja sepanjang masa dan dimana saja umat islam. Adakah dikelantan sdah islam sgt maka tk perlukan jihad. Jenayah dah bersih ke dikelantan? tak perlu hudud dah ke di kelantan?

Apakah DAP menzalimi umat islam Penang? Kalau ada bawa ke mahkamah. Masa Penang diperintah kafir BN dulu kenapa PAS tknk jihad disana? Sebab Gerakan tu mualaf ke?

Jgn berfikiran sempit.. Penang negeri kafir.. Kelantan negeri sgt Islam.

Negeri2 diperintah umnu adalah negeri Mualaf kot bagi PAS.

Sebagai pentadbir negeri yg penting ialah tadbir urus yg cekap dan melaksana tanggungjawab terhadap rakyat dan tidak menyeleweng. Tak kiralah kalau ianya diperintah oleh bukan Islam selagi mereka tidak menzalimi rakyat islam.

Bukan label bukan teks perlembagaan bukan pakaian bukan jubah dan janggut bukan ceramah berdegar2 yg menjadikan sesebuah negeri itu Islam. kesejahteraan rakyat adalah tuntutan agama bukan imej semata2.

Yg pro syiah ialah hj hadi. pro iran syiah hezbosyaitan yg menyembelih umat islam.

Kerana itu hadi tidak boleh ditegur langsung kerana penyokong PAS percaya dia maksum dan kasyaf mcm ayatollat syiah. Walaupun tidak declare tapi itulah realitinya.


No Hadi said...

ni
.
.
.cuba tengok kat belah kiri ni
.
.
inilah orgnya yg mencipta sejarah menjahanamkan PAS
sebuah parti islam yg dulunya disegani tapi sudah jadi sampah
.
<---------------------------- tgk tu dia senyum ada makna
<---------------------------- sedang berangan nk sedikit dr 2.6b
<---------------------------- boleh pergi nippon bentang hudud sambil mutaah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails