Tuesday, November 10, 2015

Suu Kyi Bakal Bentuk Kerajaan Myanmar.

Pejuang demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, menuai kritik dari sejumlah organisasi penggiat hak asasi manusia. Itu terjadi lantaran pemenang hadiah nobel ...

YANGON – Parti peme­rintah Myanmar, Parti Kesatuan Solidariti Dan Pembangunan (USDP) mengaku kalah dalam pilihan raya umum negara itu semalam selepas pembangkang yang diterajui pejuang demokrasi, Aung San Suu Kyi hampir pasti mencatat kemenangan majoriti.

“Kami kalah,” kata pemangku pengerusi USDP, Htay Oo kepada agensi berita Reuters dalam satu wawancara sehari selepas negara rantau Asia Tenggara itu mengadakan pilihan raya umumnya yang pertama dalam tempoh 25 tahun.
Suruhanjaya Pilihan Raya masih belum mengumumkan keputusan penuh pilihan raya yang berlangsung kelmarin itu tetapi parti Suu Kyi, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) menyatakan bahawa pengiraan awal menunjukkan ia memenangi lebih 80 peratus undi di bahagian tengah Myanmar yang padat dengan penduduk.
Jurucakap NLD, Win Htein berkata, di luar rantau ber­kenaan, NLD telah memenangi lebih 65 peratus undi setakat semalam di negeri Mon dan Kayin.
“Keputusan di lima negeri lain masih belum diketahui,” katanya.
Perkembangan itu menjadikan peluang NLD untuk memenangi dua pertiga kerusi Parlimen yang diperlukan bagi membentuk sebuah kerajaan demokrasi pertama di Myanmar sejak tahun 1960-an amat cerah.
Sementara itu, NLD menyatakan semalam bahawa parti itu semakin hampir untuk memenangi lebih 80 peratus undi dalam pilihan raya umum Myanmar.
Pengiraan awal kertas undi memihak kepada NLD, kata jurucakap parti itu, Win Htein.
“Kami berada di laluan untuk memenangi lebih 70 peratus kerusi di seluruh negara tetapi kenyataan rasmi masih belum dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya.
AP - SUU KYI (tengah) berucap kepada para penyokongnya di Yangon semalam.
NLD memerlukan 67 peratus kerusi Parlimen untuk memperoleh kemenangan majoriti.
Jumlah tersebut sudah mencukupi untuk menumbangkan USDP yang mana sekutunya, tentera Myanmar diberikan 25 kerusi di bawah perlembagaan negara itu.
Sementara itu, Suu Kyi kelihatan lebih berhati-hati mengikuti perkembangan pilihan raya tersebut.
“Sekarang belum masanya untuk mengucapkan tahniah kepada calon-calon kita yang pada pendapat kita telah memenangi pilihan raya ini,” kata Suu Kyi kepada para penyokongnya dan wartawan dari balkoni ibu pejabat NLD di Yangon. – Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails