Wednesday, November 11, 2015

Kartun Hina Nahas Pesawat Rusia Ini Catat 100 Juta Pengguna, Paling Popular.

AGENSI - KEDUA-DUA kartun yang disiarkan dalam majalah Charlie Hebdo mencetuskan kemarahan orang ramai kerana mengutuk mangsa nahas pesawat Rusia di ...


MOSCOW – Rusia menduduki tangga teratas dalam ca­rian menerusi laman sosial pada minggu lalu selepas mengecam tindakan majalah satira Perancis, Charlie Hebdo yang menyiarkan kartun mengenai nahas pesawat Rusia yang terhempas di Mesir.
Majalah Perancis itu menyiarkan dua kartun selepas sebuah pesawat penumpang milik syarikat penerbangan Rusia, Kogalymavia terhempas di sebuah kawasan pergunungan di Semenanjung Sinai yang menyebabkan kesemua 224 penumpang terbunuh pada 31 Oktober lalu.
Karikatur pertama menunjukkan satu tengkorak manusia dengan kapsyen gambar ‘bahaya penerbangan tambang murah Rusia.’
Sementara karikatur kedua menunjukkan serpihan pesawat terjatuh dari langit ke atas seorang militan Islamic State (IS).
“Pasukan tentera udara Rusia menggiatkan sera­ngan udaranya,” tulis kapsyen gambar berkenaan.
Sebuah rangkaian laman sosial terbesar di Rusia, VK melaporkan kartun yang disiarkan dalam majalah itu antara topik paling banyak yang dibincangkan sekali gus mencatatkan 100 juta pengguna yang aktif sejak minggu lalu.
Rusia turut menduduki carian teratas di rangkaian laman sosial seperti Twitter menyebabkan orang ramai turut menyuarakan kemarahan mereka mengenai penerbitan kedua-dua karikatur itu.
“Ia adalah satu penghinaan terhadap mangsa-mangsa yang terlibat dalam tragedi itu, kata seorang pengguna Twitter, Anna Isayeva.
– Reuters

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails