Serbuan kira-kira pukul 11.30 malam itu dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Kontinjen Kuala Lumpur selepas mendapati pusat hiburan tersebut tidak mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Md. Isa berkata, turut diperiksa dalam serbuan itu ialah 22 pengunjung premis.
Ujarnya, hasil serbuan itu juga, pihaknya turut menahan seorang pengurus premis warga tempatan berusia 24 tahun.
“Selain itu, peralatan hiburan juga telah dirampas untuk tujuan siasatan. Kesemua tangkapan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah seksyen 4(1) AHWPKL, Seksyen 55B Akta Imigresen, Seksyen 39(b) Per Imigresen dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambah Rusdi, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai pusat hiburan tidak berlesen boleh menyalurkannya dengan menghubungi Bilik Gerakan Khas 24 jam Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0670 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999.-UTUSAN ONLINE
Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)