Wednesday, July 31, 2019

'Tanah Merah', Ini Bukan Di K'tan Tapi Di Australia. Mengapa?



Tanah Merah, Brisbane curi tumpuan
SIAPA sangka di Australia terdapat kawasan dinamakan Tanah Merah yang terletak 29 kilometer (km) dari Brisbane.
Persamaan dengan sebuah daerah di Kelantan itu bukan saja pada ejaan nama malah sebutannya juga sama dalam kalangan masyarakat setempat.
Kawasan itu di bawah pentadbiran pihak berkuasa tempatan Logan City di Queensland.
Jurucakap Logan City berkata, di kawasan pentadbirannya terdapat 327,000 penduduk dengan 217 budaya yang berbeza.
“Sekitar 50 peratus penduduk yang tinggal di bandar ini berusia 30 tahun ke atas, jadi bukan sesuatu yang luar biasa apabila kami dikenali sebagai antara bandar yang mempunyai kepelbagaian di Australia,” katanya menerusi emel kepada Harian Metro.
Sementara itu, nama Tanah Merah digunakan secara rasmi oleh Lembaga Penamaan Kawasan Queensland pada 1 April 1971, mempunyai sempadan tersendiri dan melalui beberapa fasa penstrukturan persempadanan.
Malah Logan City turut mengiktiraf nama Tanah Merah di Ipoh, Perak dan Tanah Merah di Sandakan, Sabah.
Kawasan itu sebelum ini bernama Slacks Creek namun diubah dua individu, Jim dan Mave McBride yang datang dari Tanah Melayu dengan nama Tanah Merah.
Menurut laman web Logan City, Jim dan Mave McBride berhijrah ke kawasan berkenaan membawa bersama nama yang digunakan dalam hartanah mereka di Tanah Melayu pada 1952.
“Tanah Merah means red earth in Bahasa (Tanah Merah bermakna tanah berwarna merah dalam Bahasa),” menurut laman web itu.
Menurut Queensland Times, kali pertama nama Tanah Merah digunakan oleh penduduk tempatan ialah pada Disember 1952 apabila keluarga McBride menghantar lembu ke pasar.
Bagaimanapun, hartanah milik keluarga McBride seluas 712 hektar itu terpaksa dilelong pada April 1955.
Hartanah itu dibeli dan dimajukan oleh syarikat hartanah Alan Real Estate.
Selain nama kawasan itu dikenali sebagai Tanah Merah, empat laluan di situ turut menggunakan nama yang diubahsuai dari Bahasa Melayu.
Ia bermula apabila kakitangan syarikat hartanah terbabit, Caspar Marius Vink yang baru berpindah dari Indonesia mengemukakan cadangan itu.
Laluan itu ialah Tingi Avenue daripada perkataan tinggi, Goenoeng Drive (gunung), Pintu Drive dan Abang Avenue.
Jumlah penduduk di Tanah Merah meningkat sekitar empat kali ganda antara 2001 hingga 2006 daripada 897 kepada 4,559 orang.
Pertumbuhan itu bersandarkan kegiatan pembangunan hartanah yang pesat di Barat Drews Road. (MyMetro)

Lihat lagi..
Ini Peluang Kerja Dan Jadi Usahawan. (1)


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails