Sunday, July 28, 2019

"KIMJAEHWAN in KL -Penyanyi Korea Selatan' Dibatalkan Saat Akhir. Ini Video Peminat Berang.

Peminat Kim Jae-hwan (gambar kecil) sepatutnya berlangsung hari ini di Stadium Malawati.
Peminat Kim Jae-hwan (gambar kecil) sepatutnya berlangsung hari ini di Stadium Malawati.

HALAMAN HIBURAN

SHAH ALAM - Peminat setia penyanyi Korea Selatan, Kim Jae-hwan hampa selepas acara bertemu peminat Kim Jae-hwan Fan Meeting [MIN:D] In Kuala Lumpur 2019 yang sepatutnya berlangsung hari ini di Stadium Malawati, di sini dibatalkan pada saat-saat akhir. 
Peminat yang telah datang dan berkampung di pekarangan stadium sejak pukul 12 tengah hari sepatutnya dibenarkan masuk pada pukul 6 tadi.
Selepas lebih setengah jam menunggu, wakil daripada penganjur kemudian tampil membuat pengumuman dengan memberitahu acara itu terpaksa dibatalkan sekali gus mengundang kemarahan peminat yang teruja untuk bertemu penyanyi tersebut.
Ada antara peminat yang melemparkan kata-kata kesat seperti ‘penganjur tidak guna’, ‘sampah’ dan meminta Jae-hwan, 23, tampil memunculkan diri.
Tidak kurang juga ada antara peminat yang datang dari jauh seperti Korea Selatan dan Thailand menangis kerana terlalu kecewa gagal bertemu dengan bekas anggota kumpulan Wanna One itu.
Kebanyakan daripada mereka kesal dengan pembatalan acara itu kerana sudah berhabis ratusan ringgit untuk membeli tiket selain kos-kos lain seperti pengangkutan dan penginapan.
Setakat ini penganjur masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan keputusan pembatalan acara itu.
Bagaimanapun timbul desas-desus mengatakan bahawa ia disebabkan kegagalan pihak penganjur mendapatkan permit lokasi daripada pihak berkuasa tempatan.
Sementara itu, penganjurnya, @MacpiePro melalui laman sosialnya menyatakan pembatalan itu disebabkan permohonan permit konsert tidak diluluskan dan pihaknya akan memulangkan semua wang tiket peminat yang telah dibeli. - K! ONLINE

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails