LONDON: Juruterbang MH370 berkemungkinan mendengar jeritan penumpang pada saat akhir pesawat malang sebelum ia hilang, menurut hipotesis yang digariskan seorang penyelidik penerbangan, Jeff Wise.
Wise mendakwa tekanan udara kabin diturunkan ketika misi rampasan oleh Russia yang dilakukan tiga penumpang pesawat itu.
Beliau mengemukakan teori tiga penumpang itu menerbangkan pesawat milik Penerbangan Malaysia berkenaan ke Kazakhstan, sebagai sebahagian usaha nekad menghapuskan berita kemasukan Crimea ke dalam Russia pada 8 Mac 2014.
Bagi melakukan perkara itu, Wise berkata tiga perampas berkenaan menggunakan topeng oksigen untuk bertahan sebelum mengambil alih kabin.
Wise, yang bab bertajuk ‘A Speculative Scenario’ daripada buku terbaharunya, ‘The Taking of MH370’, menulis, “Kemudian: kekecohan. Amaran kuat kedengaran.
“Atmosfera kabin rendah dan semakin jatuh. Badan kapal retak?
“Bunyi jeritan dalam kabin ditapis menerusi pintu kokpit.”
Beliau berkata, juruterbang dan pembantunya mencapai topeng masing-masing tetapi udara tidak mengalir.
“Apa yang berlaku? Tiada apa berfungsi. Pembantu juruterbang mendial frekuensi kecemasan, 121.5. Tiada balasan.
“Beliau mencari frekuensi bagi Radio Kuala Lumpur. Tiada.
“Telefon mati. Semuanya. Semuanya diputuskan,” katanya. — Agensi
No comments:
Post a Comment