Monday, September 10, 2018

Tiada Istilah Percuma, Rakyat Perlu ‘berkorban'. -G/ Eng.

Lim Guan Eng
KUALA LUMPUR – Rakyat diseru untuk bersikap lebih relistik dan bertanggungjawab terhadap negara dengan tidak begitu mengharapkan bantuan terutamanya wang percuma daripada kerajaan Persekutuan yang kini diterajui oleh Pakatan Harapan (PH) ketika ini. 

Media melaporkan, menurut Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, sejak PH mengambil alih daripada kerajaan terdahulu Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh mereka sejak 61 tahun lepas, pihaknya berdepan dengan pelbagai ‘komplikasi’.

Jelas Ahli Parlimen Bagan itu, kerajaan kini terpaksa merawat pelbagai penyakit yang telah ditinggalkan oleh BN sebelum ini.

“Kami harap rakyat dapat berkorban sedikit, beban hutang yang ditinggalkan kini menyukarkan kita memberi hadiah seperti wang percuma kepada rakyat jelata. Kita sangat berharap rakyat dapat berkorban seperti mana yang diperlukan.
“Gaji para menteri juga telah dipotong untuk bulan pertama dilantik. Kemampuan kewangan kita sangat terhada ketika ini,” katanya selepas majlis penerangan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) di Pulau Pinang hari ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohmad hari ini mendedahkan Bajet 2019 yang akan dibentangkan pada November  nanti sebagai bajet berhemah dan memerlukan pengorbanan seperti dilakukan beberapa negara yang berdepan krisis kewangan termasuk Greece. Dalam pada itu, Guan Eng turut memohon kepada para pemaju  mengkaji semula harga hartanah selepas Putrajaya mengecualikan perkhidmatan pembinaan daripada SST.

Jelas beliau, rata-rata pemaju ini memuji langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan kini namun pada masa yang sama tidak menurunkan harga lagi.

“Jangan sekadar cakap bagus-bagus sahaja, tetapi harga masih ditakuk lama. Saya tidak setuju. Saya mohon kaji semula oleh pihak anda,” ujarnya dalam taklimat itu.

Guan Eng memberi contoh pengilang kereta turut menurunkan harga mereka termasuk kereta mewah seperti BMW terhadap beberapa modelnya. Baru-baru ini, Guan Eng membuat pengumuman harga rumah dan pembinaan bangunan baru akan lebih murah selepas pemansuhan GST, dan pengecualian SST.

SST dikuatkuasakan pada 1 September bagi menggantikan GST yang diperkenalkan pada 2015 oleh BN sebelum ini. – MalaysiaGazette

6 comments:

ted manoff said...

Janji populis yg dibuat oleh ph memakan diri..bkn saja tk tunai janji malah rakyt disuruh berkorban kononnya hutang byk..ramai juga yg kecewa dgn pretasi ph sekarang..lebih baik terus terang dari buat janji tapi tk tunai..jgn jadi mcm pas dh klh pru pun masih ego..

ted manoff said...

Kes pegawai menteri rakam skrt amoi bila siar tuan ibnu..

Komen web ibnuhasyim pegawai terbabit adalah ahli pas..kikiki..

Anonymous said...

Ada beza ego dengan kebenaran. Cuma jahiliyah jer tak reti beza. Dok sokong guan eng, ilmu kafirun jer masuk.

Anonymous said...

Begitulah geng anti Islam sudah menyasau sasau. Geng anti Islam fikir dunia saja, menang PRU saja, sekular saja. Sedangkan perjuangan Islam dunia akhirat.
Sejak tahun 1951 PAS turut memperkenalkan Islam, berdakwah, Islam itu way of life.

Dari jahil agama sampai kepada Islan seluruh cara hidup. Ada poltik Islam, ekonomi Islam dan sosial Islam. Sebab itu dikatakan perjuangan Islam itu luas, bukan takat menang PRK Seri Setia saja. Perjuangan Islam juga Untuk Palestin, hapuskan penjajah Israel, dan sekutunya.

Meletakkan perjuangan serentak dunia akhirat sesuai dengan kehendak Islam tidak tempang sebelah, itu suatu kemenangan. Bukan macam PH menentang perjuangan Islam. Brkhalifahkan Lim Guan Eng dan Kit Siang di M'sia. Sanggup jadi babi tunggang si lebai kulup.

Ha ha ha.

Anonymous said...

Bekas ketua hakim Tun Abdul Hamid Mohamad mempersoalkan keputusan Pejabat Peguam Negara (AGC) melepaskan tanpa membebaskan dalam kes bekas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

adlan aini said...

Hihi.. Bnyk. lar alasan.. Msa bn segalanya berjalan baik jer..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails