Friday, September 14, 2018

PM 4 Nafikan Hak Rakyat K'tan. PH Salin Kulit, Biru Tua Ke Biru Muda.

Hasil carian imej untuk PM 4.0 pernah nafikan hak rakyat Kelantan

RAKAT benar-benar berharap Malaysia Baharu ada perubahan. Berubah cara berfikir, pendekatan dan strategi. Namun malangnya kata orang kampung ia sekadar mimpi siang hari.
Lebih-lebih lagi kaedah berpolitik. Ada orang sebut - sekadar salin kulit. Dahulu biru tua, sekarang biru muda.
Hasil carian imej untuk PH dari Bn
Kalau sebelum ini ada menteri BN asyik menjaja, kerajaan pusat banyak membantu Kelantan. Sekarang drama lama itu juga diulang-ulang.
Pada 21 Julai 2017 bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor berkata, kerajaan pusat komited membantu Kelantan demi kesejahteraan rakyat.
Menurutnya peruntukan terus disalur untuk pembangunan negeri berkenaan yang tertinggi dalam Rancangan Malaysia Ke-11. Jumlahnya RM12.7 bilion.
"Selama 27 tahun Barisan Nasional menjadi pembangkang di negeri tersebut tapi kita tetap berbuat baik dengan rakyat Kelantan,” katanya pada satu program di Ketereh.
Kenyataan Kelantan mendapat peruntukan pusat bukan sekadar dijaja menteri, sebaliknya pegawai di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) juga membebel isu serupa.
Nawaitunya jelas, mahu menggambarkan PAS tidak mampu mentadbir Kelantan. Dan babak-babak seperti itu diulang semula di bawah Malaysia baharu sekarang.
Lalu berkatalah Menteri Kewangan, bantuan kewangan pendahuluan daripada kerajaan pusat kepada Kelantan berjumlah RM913 juta.
Ia bagi tempoh 2013 hingga 2017, pemberian bagi negeri yang kekurangan wang dalam akaun mengurus.
Kata seorang pemimpin, samalah dengan seorang ayah mempersoalkan pemberian wang kepada anaknya. Lalu disebut tanpa bantuan ayah, anaknya berdepan kesukaran.
Sedangkan bantuan seperti itu disenaraikan dalam perlembagaan. Negeri yang menghadapi geran defisit perlu dibantu kerajaan pusat.
Kadang-kadang menteri PH masih terbawa stail pembangkang. Sejak merdeka sehingga 9 Mei lepas mereka juga pembangkang seperti PAS.
Mungkinkah adegan seperti itu menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad belum berpuas hati terhadap prestasi menteri-menterinya.
Nampaknya Lim Guan Eng menteri yang paling kerap membuat latah. Isu hutang negara RM1 trilion, silap baca titk perpuluhan dan harga rumah tidak turun mempopular menteri terbabit.
Guan Eng seperti tidak mahu diakronim lagi dengan Omar Abdul Aziz. Beliau dilihat seperti berbangga dapat memperlecehkan Kelantan.
Sedangkan sketsa seumpama itu sudah berpuluh tahun disebut menteri Umno sebelum ini. Menteri PH perlu ada anjakan baru, biar nampak ada wibawa.
Itu belum didedah lagi sebahagian bantuan kerajaan pusat tersebut dalam bentuk pinjaman dan bukan sumbangan.
“Yang kerajaan bagi RM550 juta itu hanyalah pemberian dalam bentuk pinjaman,” kata Timbalan Menteri Besar, Dato’ Mohd Amar Abdullah.
Selongkar
Isu pokok yang patut diselongkar mengapa Kelantan masih lagi berdepan kekangan sumber hasil. Semua orang pun tahu.
Kelantan tiada pelabuhan, airport bertaraf antarabangsa dan lebuh raya.
Permohonan pelabur membina pelabuhan di Tumpat diketepikan begitu sahaja kerajaan pusat.
Begitu juga jajaran Lebuh Raya Pantai Timur hanya berakhir di Terengganu. Pembesaran lapangan terbang juga tinggal di atas kertas.
Pulau Pinang, Selangor atau Johor pun senasib dengan Kelantan kalau tiada infrastruktur tersebut.
Menteri PH tidak perlu perah otak untuk mendamaikan ekonomi Kelantan. Bayar royalti milik Kelantan yang sekian lama tertunggak. Sedangan pengeluaran hasil di perairan Kelantan dipunggah sejak 2004.
Mungkin hasil maksum milik rakyat Kelantan itu dialir arwah kerajaan BN ke negeri-negeri lain. Malah isu royalti pernah menjadi perjuangan pemimpin PH yang bergelar pembangkang sebelum ini.
Lalu bersuaralah cendikiawan di pusat pengajian tinggi. Mereka mahu kerajaan PAS menerima teguran Guan Eng dengan dada terbuka.
Sebagai sarjana sepatutnya mereka cuba belek sejarah. Kelantan menjadi mangsa diskiriminasi sejak 1990 sehingga sekarang.
Sifir politik agak mudah. Kerajaan PH juga perlu menebus dosa Perdana Menteri (PM) 4.0 yang pernah menafikan pendaratan gas di bumi Kelantan.
Ini kalilah masanya. Jangan pula jadi macam si Tanggang, lupa segala-galanya selepas bermenantu anak raja. – HARAKAHDAILY 13/9/2018

15 comments:

Anonymous said...

Rakyat kelantan yakin pas boleh tadbir dan majukan kelantan..pas kena lah betanggonjawab...kerajaan persekutuan telah menjalankan tanggongjawab pendidikan keselamatan kesihatan dan yg berkaitan...tak reti jana ekonomi nak salahkan kerajaan ph plak...kerajaan persekutuan jugak telah beri bantuan kewangan 1 billion..pas beli kete mewah....salahguna wang...

Rakyat kelantan kena bukak minda....berapa lama mau ditipu oleh pas dgn topeng islam?

Anonymous said...

Rakyat kelantan telah bersedia untuk hidup dlm kemunduran....mereka tak kisah..lobai pas dan bani hasim yg buat2 bising..

Anonymous said...

Malangnya anjing-anjing buruk kepala ternakan pandap masih buta, pekak dan dungu kerana mereka masih membela penyamun-penyamun yang telah menyamun petroleum dan balak dll kepunyaan Kelantan dan Terengganu di pantai timur untuk membantu puak kaya di pantai barat termasuk PP.

Tanpa merasa malu dan segan L im Gonna End menasihatkan Kelantan dan Terengganu supaya berjimat cermat berbelanja sedangkan wang hasil dari negeri Kelantan dan Terengganu dibawa lari ke PP dll melalui KERAjaan persekutuan.

Pemimpin dan barua pakatun @ penyamun memang tidak bermoral !

Anonymous said...

Barua 11:58 AM dan 12:00 PM (barua yg sama) ternakan pandap adalah kepala bapak pembohong dan penjaja fitnah kerana barua ini suka menjilat sifu kulup roket dan membenci perjuangan Islam ! Semua dakwaan karut barua ini tidak mempunyai sebarang bukti !

Anonymous said...

Apa usaha Kelantan untuk tambah hasil negeri? TAK ADA ! Tambah mercedes baru ada ler....tambahlah zon perusahaan dll....jadi pemerintah fikir ler, ini tidak, asyik jual ayat2 al-quran untuk maki orang...sebiji macam syiah !

Anonymous said...

Ha ha ha dah meroyan.
Menyerang tanpa biji buah.. Babi tunggang Lebau Kulup..
Ha ha ha tempak lagi..

Anonymous said...

Orang Kelantan ni pun satu....konon sayangkan negeri. Kerja kat luar...bila ngundi berbondong2 balik...yang terima akibat yg tinggal dan bekerja di Kelantan. Yang kerja di negeri luar tak kisah apa jadi ttg ekonomi Kelantan asalkan kekal pemerintah.

Sure lps ni ada yg keluar maki hamun.....

Anonymous said...

Dia bagi kat anak2 jer. Sejak dulu mahathir double standard. Kalau dia melayu senang sikit, tapi sebab darah mamak, jadi sulit lah. Melayu jadi mangsa mahathir, tulisannya melayu mudah lupa adalah contoh meruntuhkan jati diri melayu. Projeknya banyak kat org cina.

Anonymous said...

KUALA TERENGGANU, 4 Muharram 1440H, Jumaat – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama empat bulan lebih teruk, berbanding kerajaan terdahulu, UMNO/Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama enam dekad.

Beliau berkata, ketika pemerintahan UMNO selama 60 tahun, ada juga menteri besar, menteri yang dibawa ke mahkamah disebabkan rasuah, malah ada juga dipenjarakan.

“PH baru memerintah berapa bulan? Bawa ke mahkamah diselesaikan begitu sahaja. Memerintah empat bulan dah ada masalah apa lagi kalau 60 tahun, lebih teruk daripada UMNO lagi, lebih dahsyat, ini yang kita alami,” katanya merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS kali pertama di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tommy Thomas didakwa menggunakan kuasa veto yang dimilikinya untuk membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Anonymous said...

Kelebihan pas ialah pemimpin tidak kaya raya bila jadi wakil rakyat. Beza dengan mahathir dan anak2, makin kaya selepas terpilih jadi wakil rakyat

Anonymous said...

Berita benar sungguh!!!hutang ptptn dah di hapuskan.tak perlu bayar lagi dah hutang ptptn ni sebab kerajaan pakaturn badut penipu harporn dapigs ni dah bg pendidikan percuma di semua institusi awam dan swasta.seronoknya!!!tahniah di tipu dan sokong perompak lama dan baru....

Anonymous said...

Sedikit kebimbangan secara peribadi saya melihat apabila munculnya dalam kalangan sebahagian masyarakat Islam yang tidak kisah jemaah apa yang mereka wakili? Wadah apa yang mereka perjuangkan?
“Tidak merasa berdosa melawan hukum ALLAH. Tidak merasa bersalah menentang peraturan ALLAH. Mengkritik sembrono seolah-olah lebih bijak daripada ALLAH yang menurunkan peraturan,jauhi kamu dr kemungkaran yg nyata,,jauhi jarakkan diri anda dr kerajaan pakatan/dap

Anonymous said...

Busuk hati betul puak ph ni. Tak boleh tengok ust2 kaya. Tak boleh tengok org islam kaya.

Anonymous said...

Busuk hati betul puak ph. Tak bagi ust2 kaya. Tak boleh pakai merce, alphat ke. Pelik betul semangat ph ni.

Dakota Anderson said...

sport detik atau dikenal juga dengan detik sport merupakan web sports terlengkap bagi Anda pecinta bola dan ingin selalu update dengan berita bola terkini, seperti detik bola dan detiksport. Hanya di sports-liputan6.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails