Wednesday, September 12, 2018

Kerajaan PH Mudah Melenting Bila Ditegur – TMJ


KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim menyatakan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan sekarang mudah melenting apabila ditegur, di laman sosial Facebook miliknya.
Hasil carian imej untuk Kerajaan PH Mudah Melenting

Hasil carian imej untuk tutup mulut
TMJ menulis tindakannya bersuara mengkritik kerajaan telah menyebabkan sesetengah pihak berasa kurang senang dan memberi kesan kepada dirinya dan keluarga termasuklah akan dipantau oleh kerajaan jika ia memudaratkan.
“Nampaknya dengan saya bersuara lagi sekali membuat setengah pihak kurang senang.
“Seorang penulis telah berkata, bahawa “tersesat dalam kancah arena politik” akan meletakkan keluarga saya dan diri saya sendiri berisiko menjadi ‘mangsa serangan’ dan status kami akan ‘direndahkan’,” tulis TMJ.
Dalam tulisan TMJ, beliau menyatakan adalah tugasnya untuk bercakap benar biarpun berdepan dengan pelbagai risiko atau kesan dan ia dikira sebagai tanggungjawab dan tugas untuk dilaksanakan kepada rakyat.
“Berdasarkan prinsip, saya tidak pernah mengambil jalan mudah. Saya percaya ia adalah tugas kami untuk bercakap benar dan tanpa mengira akibat dan kesannya.
“Apa yang penting kepada saya adalah rakyat saya. Status saya hadir dari khidmat saya kepada rakyat dan bercakap benar adalah salah satu tugas saya,” tulisnya lagi.
Kerabat Diraja ini juga menyatakan tidak kisah dipantau dan sanggup meletakkan egonya ke tepi demi memastikan rakyat mengetahui perkara yang benar dan salah mengenai kerajaan sekarang ini.
Tegas katanya, tindakan bersuara dan mengkritik itu bukanlah dilihat Polisi Johor sebagai menentang kerajaan tetapi sentiasa berwaspada dengan perkara yang salah yang terjadi dan tidak boleh dianggap remeh.
“Biar saya jelaskan disini – Saya bukan bercakap kerana ingin menentang kerajaan. Polisi Johor adalah menyokong mereka yang mentadbir negara. Walau bagaimanapun, ia tidak boleh mengambil sebagai perkara yang remeh. Kami mesti sentiasa berwaspada dan bersuara apabila ada perkara salah telah berlaku,” terangnya lagi.
Seorang wartawan veteran, A Kadir Jasin Ahad lalu merujuk kepada Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sedang dipantau oleh pihak kerajaan kerana tegas bersuara mengkritik pimpinan kerajaan Pakatan Harapan melalui laman sosial.
Jika ia berterusan, A Kadir berkata, ia akan memberi kesan kepada diri dan keluarga yang terlibat dengan dunia politik yang seterusnya menyimpang atau tersesat dari pejuangan politik yang sebenar. (Stv)
Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

18 comments:

Anonymous said...

pakatan haprak
rakyat duk tengok langkah depa yang dah nampak tempang
kalau tak mau kena tegur
sila undur

Anonymous said...

Babbit metal adalah campuran Tin Oghua 90& tapi antimoneu dan copperlayu hanyalah 10% (minoriti saja)... bab tu mudah melenting.

ted manoff said...

Teguran patutnya guna saluran dalaman bkn melalui facebook..forestcity hanya menguntung sesetengah individu saja..kenapa pula kita impot china beli rumah disini cina yg ada nii pun xdpt dikawal..tuan ibnu mmg sokong penjualan rumah pada china pasal nk cuci mata tgk amoi..kikkiki

Mohammad Azren said...

Jangan langgar Sempadan. Buruk padahnya. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Pakatan tidak bersifat maksum maka pakatun sepatutnya boleh ditegur dan dikritik oleh rakyat dan raja.

Adakah pakatun telah mencapai tahap Firaun sehinggakan pakatan tidak boleh ditegur atau dikritik oleh rakyat dan raja?

Mana slogan pakatan kononnya pakatan akan membentuk KERAjaan lebih terbuka?

Adakah semua slogan dan pelbagai janji pakatun telah ke laut? Atau longkang?

Bukankah ini mencerminkan dasar auta, putar belit dan u-turn pakatan?

Anonymous said...

Wah tard manoffik dan mat azrengay cuba menegakkan benang basah.

Anonymous said...

Jawatan awam tidak dicari menerusi pertandingan lawak popular. Untuk jawatan awam, kejambuan, keampuan, kegilapan, pertalian dan pilih kasih bukanlah kriteria. Meskipun dilantik menerusi kabel politaik, kelulusan, pengalaman, gred dan gaji adalah bidangkuasa PSD untuk tentukan. Usah gunakan kuasa kronism untuk buat benda yang tak betul dalam era deja vu.

Mohammad Azren said...

Adakah JEBAT yang DURHAKA, atau KESETIAN TUAH mengkhinzir buta?. Hehehekikikihahahakahkahkah

Mohammad Azren said...

Kalaulah Si JEBAT masih hidup.........Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

inferiority complex memang tak suka di tegur. kalau ditegur kuatlah lentingannya. kira masih bernasib baek bila Isa dah tak ada, taklah dapat tidur di Kemunting.

bunbinban said...

erkkkk? sejarah sebagai rujukan, so i rest my case...kahkahkah...

Cik Minah said...

Takda siapa kisah apa TMJ ni nak cakap, kecuali Ibnu Hasyim.
Kalau orang kisah, tentulah semua dah ikut 'NASIHAT' dia supaya
kekal dengan KAPAL BURUK dan LAKSMANA lanon. Paling pedih,
Jadi, biarlah dia nak cakap apa pun.
Sekarang kerajaan baru - semua orang beb as bercakap.
Bukan macam dulu, cakap sikit terus kena lokap!!!!

Anonymous said...

Tol tak hapus, petrol tak jadi 1.50 sen. Ramai tertanya-tanya, janji pi mana. Kini dah jadi defensif semacam. Silap hari bulan ada pungkok kena tendang masuk longkang.

Cik Minah said...

Kau je yang sibuk bertanya.
Kami PENGUNDI HARAPAN, tak kisah pun.
BUKTINYA, tiga PRK, HARAPAN TETAP MENANG!!!!!
HOHOHO....HAHAHAHAHAHAHAHA

ikan said...

ala macai mca kalau ditegur pun sama. sejak jadi macai mca ni apa pun boleh.. kereta mercedes pun boleh. dulu range rovers diskaun. korang tengok je la sebab keselamatan ko alasannya...

Anonymous said...

Kami kanak2 terencat akal r.b.a pakaturn badut penipu harporn DAPigs berjanji akan terus menunggu artikel baru dari tuan ibnu hasyim sebab kami akan komen dgn terencatnya.juga sebab kami dapat bayaran yg lumayan utk jd terencat.tahniah di tipu dan juga sokong penyamun lama dan baru.....

Anonymous said...

Tak sangka jurnalis toa boleh rasa terganggu dengan kritikan di laman sosial. Pergh!

Anonymous said...

Melenting pasal project forest city dan HSR kerana ada kepentingan perniagaan. Rakyat faham.

PAS panggil muwazanah, memilih mudharat yang ringan antara dua mudharat. Contoh Bikini utk Nonmuslim bagi kelangsongan industri pelancongan Negeri Terengganu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails