Monday, September 10, 2018

Tun M Kayuh Beca, Kit Siang Bosnya.. -Malaysian Malaysia.

Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?
Mahathir Alat DAP Dalam Melaksanakan Agenda Malaysian Malaysia

Melayu Screw Melayu : Bagaimana DAP Peralatkan Mahathir Untuk Realisasikan Malaysia Malaysia Di Republik Malaysia

Malaysia, Beruk Pun Terkejut?



Dalam kesibukan orang Melayu melayan cerita2 Mahathir dan Guan Eng menjalankan propaganda'Manipulasi Hutang Negara' untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu dengan mencipta angka negara muflis, memerangkap Dato' Sri Najib dengan mengaibkan dan membuat tuduhan2 jenayah malah menghidangkan 3 bulan tanpa GST untuk rakyat bergembira hingga terleka...
Tanpa orang2 Melayu sedari rancangan halus DAP telah pun bermula sejak dari hari pertama lagi Pakatan Harapan memerintah negara!!!
Tolong baca betul2 dan hadam dengan merenungkankan kepada apa yang sedang berlaku ketika ini...
Fikirkan tentang apa nasib Melayu Islam dan Raja-Raja Melayu nanti...
Dalam masa 5 tahun, DAP akan arahkan Mahathir membina NEGARA BARU yang kini telah di perkenalkan kepada rakyat Malaysia dengan nama MALAYSIA BARU berlandaskan Demokratik Liberal dalam membentuk dasar MALAYSIAN MALAYSIA  bagi menggantikan Negara Islam!!!
Ianya sedang dan akan di lakukan secara terancang, tersusun dan secara halus :
Kuasa Raja-Raja Melayu Hanya Tersurat Tapi Tak Dapat Di Laksanakan
Fasa ini telah di mulai dengan Kadir Jasin telah dan mula memberi isyarat dan amaran kepada Raja-Raja Melayu: Dia secara terang terangan membangkitkan isu  KONTRAK SOSIAL ANTARA RAJA2 DAN RAKYAT!!!

Lebih tepat lagi ianya berbaur HASUTAN...



Apa yang menyedihkan, orang Melayu sendiri yang tidak faham konsep Raja Berpelembagaan dan bersikap membuta tuli tanpa mahu menyemak kedudukan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan telah dengan sengaja dan sedar melemparkan panah2 fitnah dan kata2 nista terhadap Institusi Raja2...



Kepada anak2 muda pasca merdeka, ambillah sedikit masa untuk membaca dan memahami maksud Institusi Raja-Raja sebagai 'PAYUNG'  kepada ugama, tanah air dan bangsa Melayu sebagaimana yang tercatit dalam Perlembagaan Persekutuan...



Cuba selami apa yang tersurat dan apa yang tersirat kepada perjuangan menghapuskan kuasa dan Institusi Raja-Raja Melayu... Fikirkanlah secara matang dan rasional, apakah yang akan berlaku kepada status Ugama Islam sebagai Ugama Rasmi Persekutuan, kedaulatan dan hak2 istimewa bangsa Melayu sekiranya Institusi Raja-Raja di bawa ke muzium...


Mengapakah 'mereka' bersungguh2 ingin menghapuskan hak2 dan keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera...

Salahkah Kalau Kita Mempertahankan Hak Kita

Siapakah yang sebenarnya rasis?
Adakah bangsa yang mempertahankan hak2 dan keistimewaan sendiri seperti mana yang telah tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan di anggap rasis atau bangsa yang telah mendapat hak2 mereka dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam masa yang sama ingin merebut hak2 dan keistimewaan bangsa lain sebenarnya yang rasis!!!

Agenda Halus Yang Di Rancang Rapi Dalam Merealisasikan Malaysian Malaysia

Setiap gerakan atau usaha untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu terhadap pentingnya mempertahankan hak2 dan keistimewaan serta kedudukan ugama Islam sebagai ugama rasmi Persekutuan, kedaulatan Institusi Raja2 dan kedudukan serta keistimewaan bangsa Melayu dan Bumiputera akan di labelkan sebagai rasis dan tidak bertamadun...


Akhirnya kita malu untuk perjuangkan apa yang sepatut kita perjuangkan... Kita takut pertahankan apa yang patut kita pertahankan... Akibatnya bangsa Melayu berpecah belah dan berbelah bahagi antara golongan yang mahu pertahankan hak di bumi sendiri dengan golongan yang takut dan malu di label rasis... Tanpa kita sedari, gerakan merampas hak kita terus berjalan dengan rancak dan di labelkan dengan nama2 indah seperti liberalisasi, demokerasi dan integerasi antara kaum...



Kita dedahkan apa yang telah berjaya mereka lakukan dan fikirkanlah kesannya kepada kita dalam jangka masa panjang :

Menukar Ketua Pengarah SPRM

Fasa ini telah berlaku dengan sempurna di mana Mahathir telah di desak untuk melantik Mohd. Shukri Abdull sebagai KP SPRM... 

Malah telah berjaya melakonkan drama air mata di dalam satu sidang media untuk menjatuhkan hukuman terhadap Dato' Sri Najib sebagai bersalah dalam isu 1MDB sebelum Dato' Sri Najib selesai di soal siasat dan sebelum di hadapkan ke mahkamah... Apakah ini konsep 'rule of law' yang sering di laung2kan oleh 'mereka'...



Orang yang cuma baru di syaki, di aibkan dengan menjaja cerita yang belum pasti benar atau tidak ke seluruh dunia, di beri tekanan demi tekanan, harta benda di rampas, akaun peribadi di bekukan, hukuman di jatuhkan tanpa memberi ruang membela diri dan proses keadilan berjalan malah sebelum proses siasatan berjalan...



Sedangkan di Padang Mahsyar nanti, di Mahkamah Rabbul Jalil, tertuduh akan di beri peluang untuk memberikan penjelasan dan membela diri, proses keadilan akan di laksanakan seadil2nya dengan bukti dan saksi barulah Allah s.w.t. akan menentukan sama ada tertuduh bersalah atau tidak walau pun Allah s.w.t. Maha Mengetahui tapi Allah s.w.t. tetap memberi ruang kepada proses keadilan ealau pun pada makhlukNya sendiri maka atas alasan apakah kita sesama makhluk 'LAYAK' menjatuhkan hukuman sebelum perbicaraan???



Hakikatnya, proses ini lebih di lihat untuk mengalih perhatian rakyat dari melihat rancangan halus DAP dalam mengarah Mahathir membina negara baru berasaskan Malaysian Malaysia!!!



Penguasaan Bidang Legislatif Dengan Melantik Peguam Negara Bukan Melayu Dan DPP Kanan Bukan Melayu

Mahathir dengan arahan DAP telah mencalonkan Tommy Thomas untuk memegang jawatan Peguam Negara...

Siapa Tommy Thomas?
Tommy Thomas merupakan peguam yang membela kes Cheng Peng dari Parti Komunis Malaya...

Apakah seorang yang pernah membela mantan Setiausaha Parti Komunis Malaya di mahkamah, mendiang Chin Peng, layak menjawat jawatan Peguam Negara!!!
- Beliau juga pernah pertikaikan kedudukan Raja-Raja melayu...

Apakah seorang yang pernah secara terbuka mempertikaikan Institusi Raja-Raja Melayu boleh di amanahkan tanggungjawab menasihati SPB YDP Agong dalam memelihara hak dan keistimewaan ugama Islam dan bangsa Melayu seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Persekutuan!!!

Ini adalah langkah membahayakan kedudukan kedaulatan Islam dari segi Mahkamah Syariah dan undang-undang kecil Islam.

Ianya akan membawa perubahan ketara kedudukan Melayu Islam dalam membina Malaysia Baru Malaysian Malaysia bagi menggantikan negara Islam...

Tidakkah ini hanya ibarat 'SOKONG YANG AKAN MEMBAWA REBAH' nanti...

- Beliau juga merupakan peguambela kepada Lim Guan Eng dalam kes salah guna kuasa dalam pembelian satu unit banglo di Jalan Pinhorn, Pulau Pinang...

Sebelum dan peringkat awal perlantikan Tommy Thomas, Mahathir atas arahan DAP dengan tegas dan bangga mengatakan bahawa Tommy Thomas ialah seorang peguam yang berprinsip dan tegas...

Tapi apa yang telah berlaku sekarang?


Kes salah guna kuasa Lim Guan Eng, telah pun bermula peebicaraannya, separuh dari saksi2 telah pun di panggil di mahkamah untuk memberi keterangan, secara tiba2 kes itu di gugurkan atas alasan tidak kukuh...

Jelas ini bukan sahaja satu penghinaan ke atas SPRM malah ke atas prinsip Kedaulatan Undang-Undang di dalam Rukun Negara!!!

Apakah benar, pegawai penyiasat SPRM begitu lemah melakukan siasatan sehingga tidak ada bukti2 kukuh untuk kes itu di teruskan...

Apakah Kedaulatan Undang-Undang di dalam prinsip Rukun Negara hanya boleh di guna pakai oleh orang2 tertentu saja!!!


- Beliau juga satu2nya Peguam Negara di dunia yang bukan sahaja tidak fasih malah langsung tidak boleh menguasai bahasa kebangsaan...

Ibarat Peguam Negara Amerika yang tidak boleh berbahasa Inggeris, Peguam Negara Jepun yang tak tahu bahasa Jepun atau Peguam Negara China yang tak faham bahasa Cina, apa pandangan dunia pada mereka!!!

Mahathir juga telah di arahkan untuk melantik Richard Malanjum sebagai Ketua Hakim Negara...


Siapa Richard Malanjum?

- Kes Penggunaan kalimah Allah dalam kitab Injil

Pada tahun 2015, kes rayuan penggunaan kalimah ALLAH utk merujuk kepada Jesus oleh akhbar The Herald telah di tolak oleh keputusan majoriti hakim (4 berbalas 3)

Salah seorang daripada tiga orang hakim yang mengundi untuk membenarkan kalimah ALLAH merujuk kepada Jesus adalah Richard Malanjum yang sekarang ini menjadi Ketua Hakim Negara...

- Kes Murtad

Pada tahun 2007, dalam kes permohonan Lina Joy untuk menukar agama dari Islam ke Kristian, 3 hakim yang terlibat dalam proses kehakiman kes tersebut...

2 hakim (orang Islam) tidak bersetuju untuk membenarkan Lina Joy murtad, manakala seorang hakim iaitu Richard Malanjum mengundi untuk membenarkan Lina Joy keluar Islam...

Pada awal tahun 2018, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa penukaran agama tiga anak guru tadika, M. Indira Gandhi hampir 10 tahun lalu kepada Islam adalah terbatal dan tidak sah di sisi undang2...

Antara hakim yang undi membatalkan penukaran agama tersebut adalah Richard Malanjum yang menjadi Ketua Hakim Negara sekarang ini...


》Tekanan Terhadap Institusi Dan Jabatan Yang Menjaga Dan Melindungi Ugama Islam


DAP secara langsung dan berterusan memberikan tekanan kepada institusi dan jabatan yang bertanggungjawab menjaga dan melindungi kepentingan ugama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri...

Agenda itu mereka lakukan dengan melantik menteri2 dari parti Amanah (yang di ketahui berada di bawah penguasaan DAP)...

Individu yang berfahaman Islam Liberal seperti Mujahid Yusof di gunakan sepenuhnya untuk merealisasikan agenda mereka...

IKSIM

Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) adalah mangsa terbaru agenda mereka...

Dengan fitnah dan tuduhan yang tidak adil, IKSIM di katakan telah menggelapkan dana dari kutipan zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebanyak RM7.4 juta...

Penjelasan demi penjelasan di berikan namun di tolak mentah2 oleh Mujahid...

Apakah kita tidak pernah terfikir, sekiranya benar penyelewengan dana zakat betul2 berlaku, mengapakah Mujahid atau MAIWP tidak membuat lapuran polis supaya perkara itu di siasat dan seterusnya di bawa ke muka pengadilan...

Setelah membuat fitnah yang begitu besar terhadap IKSIM, mengapakah Mujahid secara tiba2 berdiam diri...

Mengapakah tiada tindakan susulan di lakukan?

Jelas terbukti, tuduhan dan fitnah ke atas IKSIM hanyalah semata2 untuk melumpuhkan dan seterusnya membunuh IKSIM dengan tindakan menghentikan serta merta saluran dana kepada IKSIM...


Akibat dari kelumpuhan IKSIM, maka golongan2 yang berbudaya songsang seperti LGBT di lihat semakin lantang dan berani bersuara kerana selama ini hanya IKSIM yang menjadi penghalang kepada kegiatan dan amalan songsang mereka...
JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga tidak terlepas dari tekanan mereka supaya di lumpuh dan seterusnya di hapuskan...

Hal ini telah di suarakan oleh Mahathir sendiri untuk mengkaji kedudukan JAKIM malah dari kalangan pro-DAP dalam Pakatan Harapan telah menyuarakan permansuhan JAKIM malah ada yang mengarahkan JAKIM menghentikan pembiayaan sekolah2 Agama dan Tahfiz...



Pembelaan Mujahid Terhadap Golongan LGBT

Dengan kuasa yang ada pada Mujahid, JAKIM dalam keadaan paksa rela mengadakan 'muzakarah' dengan golongan LGBT dengan alasan hak asasi manusia... Lebih mengejutkan lagi bila golongan LGBT di isytiharkan layak menerima zakat di bawah peruntukan asnaf Al Riqab...



Perkara ini di putuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor atas alasan supaya golongan ini tidak terasa di pinggirkan.. Kita akui memang terdapat hak zakat kepada asnaf Al Riqab sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah At Taubah ayat 60 :
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ

Mahfumnya : Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu'allaf yang di pujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yuang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang di wajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana...

At Taubah : 60



Jumhur ulamak bersetuju asnaf Al Riqab termasuk dalam golongan untuk memerdekakan budak...

Tapi apakah hanya LGBT termasuk dalam penakrifan asnaf Al Riqab?

Siapa asnaf Al Riqab

Berdasarkan senarai yang diterbitkan oleh Mufti Selangor, penerima asnaf al-riqab dibahagikan kepada dua bahagian iaitu mereka yang mengalami masalah sosial dan mereka yang menghadapi masalah akidah...

Mereka yang diletakkan di bawah senarai masalah sosial adalah :

  • Tebelenggu dengan dadah...
  • Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah...
  • Terbelenggu dengan amalan salah Islam...
  • Terbelenggu dengan gaya hidup songsang...
  • Terbelenggu dengan kes juvana...
  • Terbelenggu dengan penyakit kronik...
  • Terbelenggu dengan masaalah syirik dan khurafat...
Mereka yang di letakkan di bawah senarai masaalah akidah adalah :
  • Terbelenggu dengan masaalah syirik dan khurafat...
  • Memurnikan akidah orang Islam yang terpesong...

Dan syarat utamanya ialah mereka mesti sudah insaf dan mahu bertaubat serta ingin kembali ke jalan sebenar dan zakat itu di salurkan kepada badan2 atau NGO2 yang menjalankan aktiviti pemulihan...
Tapi mengapakah hanya golongan LGBT yang di war2kan layak menerima zakat dan seolah2 zakat itu di agihkan kepada orang perseorangan? Apakah ini caranya untuk menghalalkan aktiviti songsang golongan LGBT?
》KEMAS, JASA Dan BTN Di Bubarkan
Ini telah berlaku dengan sempurna dengan DAP bermatalamatkan untuk menghapuskan terus pengaruh Melayu dari bangkit dan menggangu rancangan halus DAP!!! Hakikatnya, orang yang mahu JASA di bubarkan ialah Lim Kit Siang!!!
Jangan Jadi Pengkhianat Bangsa
Sekali mereka telah berkuasa sampai kiamat mereka akan cari jalan untuk menghalang kebangkitan orang2 Melayu... Seperti kata Ustaz Kazim "Bukan kata 5 tahun, 5 jam mereka boleh buat macam2"... Ketika ini apa yang penting, orang2 Melayu harus bersatu mempertahankan hak2 Islam, Raja-Raja Melayu dan bangsa Melayu!!! Mereka tidak perlu menjadi perdana menteri sebab Mahathir rela menjadi kuda tunggangan mereka yang akan membawakan Malaysian Malaysia... Mereka tidak perlu menyuarakan kebencian keujudan Institusi Raja-Raja Melayu kerana Kadir Jassin akan patuh dan taat pada apa yang mereka suruh suarakan...
Mereka tidak perlu risau dengan setiap kes yang di bawa ke mahkamah kerana mereka sudah mempunyai Tommy Thomas dan Richard Malanjum... Mereka tidak perlu berkata apa2 utk mematikan syiar Islam di Malaysia kerana mereka dah ada Mujahid, Hanipa Maidin dan Siti Kassim... Mereka inilah kambing hitam yang akan di hukum oleh sejarah kerana telah dengan rela di peralatkan...

Sedangkan DAP akan kekal tak bersalah di mata rakyat Malaysia nanti... Usah kita terleka dengan permainan mereka lagi... Ini tanah air kita, di sinilah datuk nenek kita berjuang bermandikan darah, keringat dan airmata mempertahankan setiap inci permata nilam ini!!! Jangan sampai sejarah dan anak cucu kita menghukum kita nanti!!! Ingat, Temasek @ Singapura, satu waktu dahulu adalah hak mutlak orang Melayu tetapi di manakah Melayu Singapura sekarang!!!
Suntingan catatan asal :
Mohd Fadzil

37 comments:

Anonymous said...

Bani hasim masih sebar cerita fitnah yg dah tak laku lagi...

Sg kandis dan sri setia bukti rakyat malaysia dah bosan dengan cerita fitnah rekaan umno dan pas...

Negeri2 pas dan bn mengalami defisit kewangan yg teruk...
Kelantan boleh istihar muflis..

Hutang kerajaan2 ini dgn kerajaan persekutuan negeri2 ini tak mampu bayar...

Anonymous said...

Kerjasama PAS-Umno topik perbincangan muktamar, kata Halimah Ali

Nor Athirah Mohd Hanapiah - September 9, 2018
53
Shares

Dr Halimah Ali. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Halimah Ali berkata hala tuju kerjasama partinya bersama Umno akan ditentukan di mesyuarat agung di Terengganu minggu depan.

Beliau memberitahu pemberita pada sidang media pasca PRK DUN Seri Setia di TTDI Jaya hari ini bahawa kerjasama antara 2 parti itu akan menjadi topik perbincangan di muktamar nanti.

Terdahulu Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan akan menghadiri Muktamar Tahunan PAS yang diadakan pada 14 hingga 16 September ini sebagai tanda sokongan.

Zahid dilaporkan akan ke Kuala Terengganu bersama ahli jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri Umno selepas menerima undangan rasmi daripada PAS.




Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri beberapa hari lalu berkata delegasi berharap kehadiran mereka akan datang mengukuhkan kerjasama antara mereka, dan partinya sedia menerima delegasi PAS ke Perhimpunan Agung Umno 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hujung bulan ini.

Anonymous said...

Setakat mana kerjasama pas umno?..

Pas sanggup kongsi kuasa dgn umno di kelantan dan terengganu?...

2 parti hipokrit dan munafik nak jalin kerjasama tapi tajut nak bergabung..

Anonymous said...

Kununye Dap kuasai Harapan...kerusi dap baanyak di parlimen tapi bilangan menteri tak banyak....Dap akuur kpd Tun mahathir walopun tak puashati..

Anonymous said...

PAS parti gagal - Guan Eng

KETUA Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika sidang media di KOMTAR, Georgetown, Pulau Pinang. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

GEORGETOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, berkata Kelantan adalah sebuah negeri gagal dan muflis, berikutan ditadbir oleh PAS, sebuah parti yang gagal.

Sehubungan itu, katanya, kegagalan PAS mentadbir negeri itu menyebabkan rakyat Kelantan masih miskin dan berada dalam keadaan mundur.

"PAS tadbir negeri gagal, PAS adalah sebuah parti gagal yang tadbir negeri gagal dan bankrap di mana rakyat masih miskin dan mundur.

"Di mana mangsa banjir (selepas) tiga tahun masih belum dapat rumah, di mana 100,000 hektar hutan ditebang dan ditarah kerana (kerajaan negeri) tiada sumber wang, " katanya pada sidang media di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), di sini, semalam.

Terdahulu, Guan Eng turut menyelar Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang mendakwa berlaku campur tangan politik dalam proses pemilihan mufti dan urusan fatwa di negeri itu.

Guan Eng berkata, ketika ini Orang Asli di Kelantan turut berdepan masalah apabila mereka dihalang masuk ke kawasan mereka.

"Ini adalah negeri gagal, untuk menutup (kegagalan), mereka mainkan sentimen perkauman. Ini sesuatu yang jahat hendak lawan prinsip dan moral.

"Saya percaya Islam tidak benarkan sentimen perkauman, tetapi ini yang dimainkan PAS," katanya.

Anonymous said...

HOI!!

Jawab Tun M Kayuh Beca, Kit Siang Bosnya.. -Malaysian Malaysia. Jawab Mahathir Alat DAP Dalam Melaksanakan Agenda Malaysian Malaysia.

Tak usah pusing-pusing. Jawab!
Ha ha ha

Anonymous said...

Bagaimana Pas nak tangkis dakwaan lim guan eng sedangkan memabg ramai rakyatnye berpindah ke negeri lain kerana kimiskinan akibat pas tak reti tadbir dan jana ekonomi negeri...hutang tak mampu bayar...bergantung dgn kewangan kerajaan pusat untuk bayar gaji pekerja dan wakil rakyat...

Beli beca 10 buah pon dengan wang kerajaan pusat..

Anonymous said...

Nak jawab fitnah?...berape orang menteri kabinet dari dap yg dilantik oleh Tun mahathir?...poorah..

Anonymous said...

Coba ko plak jawab ape yg DAP dapat dari tun mahathir?...

Kerajaan pusat dah bagi hampir 1 billon kepada kerajaan pas kelantan yg muflis...memalukan..

cik siti said...

Ya, saya pon ak tahu juga..

Anonymous said...

DAP kini menjadi pak turut Mahathir

Shamsul Anuar Nasarah
30 Ogs 2018, 9:00 malam (Dikemaskini 30 Ogs 2018, 9:14 malam)

A A
ULASAN | Sebelum berkuasa pelbagai saranan dibuat oleh DAP melalui apa cara untuk menonjolkan diri. Merekalah kononnya jaguh memperjuangkan kebebasan media, bersuara, hak asasi dan sebagainya.

Namun apabila sudah berada di kerusi kuasa segalanya berubah, malah semakin nampak mula mencengkam bagi mengekalkan kuasa.

Justeru itu, Umno hairan kenapa tiba-tiba DAP membisu dengan keputusan kerajaan untuk menyemak semula dan mengekalkan Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Sedangkan suara merekalah yang paling lantang menentang akta itu selama ini, malah semakin lantang menjelang PRU14.

Persoalan saya adakah pemimpin mereka seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng leka dan terlena ketika ini apabila berada dalam kerajaan sekarang dan mengangguk saja kepada apa jua keputusan perdana menteri kerana impian berkuasa telah mereka perolehi?

OSA masih dikekalkan

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata OSA amat perlu agar jemaah menterinya 'tidak membocorkan apa-apa rahsia kerajaan'. Dalam erti kata lain, ia bertujuan menutup mulut anggota kabinetnya, termasuk lapan orang daripada DAP.

Ini bermakna tidak ada sesiapa pun, termasuk rakyat, boleh menjadi 'whistleblower' terhadap sebarang salah laku kerajaan. Oleh itu, banyak perkara ditutup termasuklah perkara yang berkaitan laporan yang sepatutnya dibentangkan oleh Majlis Penasihat Kerajaan selepas 100 hari Pakatan Harapan (HARAPAN) memerintah.

Kita pelik dengan sikap DAP ini kerana ia adalah sebahagian daripada janjinya kepada rakyat sebelum PRU. Namun, dengan kedudukan DAP sekarang, apabila mereka sudah berkuasa segalanya berubah demi kepentingan politik mereka

Anonymous said...

JASA tak ade jasa kpd rakyat malaysia...hanye habiskan boreh rakyat malaysia...

JASA di tubuhkan oleh najib untuk politik umno...JASA tak ade tugas untuk kerajaan malaysia yg bertindih dgn tugas kementetian penerangan...kenape pas sokong najib?..

Anonymous said...

Macai nak hidupkan semula cerita dongeng lapuk..

Mohammad Azren said...

Hadi tarik lanca. MCA bosnya. Hehehekikikihahahakahkahkah

ted manoff said...

Insaflah tuan ibnu😢☹😩..hentikn sikap adudomba dn pecahbelahkn masyarakat😩😩..mungkin tuan ibnu marah bila halimah klh pru..kikiki😬😬

Lihat ini tuan ibnu..tuan berahim tuan mangkok terus berpuas hati...kikiki..😝😝😜bodohh punya lowbaii..




Berita
Parlimen
Pilihan Editor
Sukan
Seni & Hiburan
Global
Kolum
Surat
Laporan Khas
Ulasan
Wawancara
Lensakini
TV

'PAS puas hati pencapaian di Seri Setia'
9 Sep 2018, 5:44 petang (Dikemaskini 9 Sep 2018, 5:49 petang)
A A
PRK SERI SETIA | PAS menganggap parti itu tetap mencatatkan pencapaian yang memuaskan dalam PRK Seri Setia semalam, walaupun gagal merampas DUN itu daripada Pakatan Harapan (HARAPAN).

Timbalan presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penilaian itu berdasarkan peningkatan undi yang tinggi diperolehi calonnya berbanding PRU ke-14.

"Pada PRU lalu, PAS sekadar mampu meraih 4,563 undi dalam pertandingan tiga penjuru melawan HARAPAN dan BN.

"Jika nisbah keputusan PRU dan peratusan keluar mengundi 44.1 peratus dijadikan sandaran, sepatutnya gabungan undi PAS dan BN hanya 6,368 dan HARAPAN mendapat 12,900 undi. (Tetapi) Di PRK ini, PAS dan BN berjaya meraih 9,698.

"Ini jelas menunjukkan ada peningkatan sokongan ketara terhadap PAS dan BN sebanyak 3,330 undi dan PH hanya meningkat 825 undi. Peratusan majoriti (yang dimenangi HARAPAN) juga berkurang sebanyak 38 peratus," katanya dalam kenyataan.

Beliau mendapat jumlah itu dengan mengkadarkan jumlah undi setiap parti pada PRU lalu dengan peratusan undi semalam.

Pencapaian PAS pada PRK kali ini memang lebih baik berbanding PRU ke-14, di mana calon ketika itu Mohd Ghazali Daud hilang deposit selepas mendapat hanya 4,563 daripada 52,650 undi, atau 8.6 peratus.

PRK Seri Setia dan Balakong yang diadakan serentak semalam mencatatkan peratusan keluar mengundi antara paling rendah dalam sejarah PRK, masing-masing dengan 44.1 peratus dan 43 peratus.

Justeru Tuan Ibrahim menyatakan penghargaan kepada pengundi DUN itu yang menurutnya menyambut baik kerjasama pembangkang - Umno, MCA dan MIC - yang telah membantu PAS, selain SPR yang menjalankan tugas dengan baik.

kkk said...

Berdassrkan prestasi PRU 14 sepatutnya UMNO yg bertanding. Dgn jumlah undi ketika itu sebanyak lebih 9 ribu undi berbanding PAS cuma 4 ribu lebih undi peluang utk UMNO mng lebih cerah berbanding PAS.

kkk said...

Berdassrkan prestasi PRU 14 sepatutnya UMNO yg bertanding. Dgn jumlah undi ketika itu sebanyak lebih 9 ribu undi berbanding PAS cuma 4 ribu lebih undi peluang utk UMNO mng lebih cerah berbanding PAS.

Unknown said...

Penulis ni MAKAN dedak juga

Anonymous said...

Chin peng didakwa mengikut undang2...undang2 jugak membenarkan peguam membela teruduh...

Kenape thomas tommy tak layak jadi peguam negara?...peguam pembela pembunuh dan prompak tak layak jugak jadi peguam negara...

Apandir yg tak mau dakwa prompak najib layak jadi peguam negara...

Anonymous said...

Bani hasim ni payah dah nak bertobat sebar cerita fitnah...lebih baik cepat mampos..

Anonymous said...

2 prk pas kalah kwrana malaikat enggan bantu undi parti penipu...sedarlah wahai walaun...jangan ikut bani hasim sebar fitnah...

Anonymous said...

Umno dah tak larat nak jaja fitnah....serah plak kpd Pas...yg pakai sorban mungkin pengundi percaya...tapi rupanye yg pakai sorban lah paling tidak dipercayai oleh pengundi melayu dan cina...

Anonymous said...

Ingat, Temasek @ Singapura, satu waktu dahulu adalah hak mutlak orang Melayu tetapi di manakah Melayu Singapura sekarang!!!

Ketika itu pemimpin Melayu buat apa ?

Dan sebab itu lah Mahathir berkeras bantah pembinaan Forest City ...

Jika orang melayu mahu selamatkan bukan sekadar mempertahankan hak melayu, maka kena lah memberi sokongan dan kepercayaan kepada PH yang di pimpin oleh Mahathir

Anonymous said...

Mahathir dulu gagal, kali ini potensi gagal juga. Tambah lagi dah jadi tunggangan dap. Harapkan sabu, sabu pun ditaja dap. Jadi eloklah balik kepada pas. Dan umno perlu sokong pas. Ahli biasa pan elok lah taubat dari menyokong dap. Kulup dap tak sunat, korang bersunat. Jadi pilih yg bersunat dan balik juga kepada raja2 melayu, institusi yang sedang cuba dilemahkan oleh dap. Takkan dap nak taat pada raja melayu kalau guan eng dah jadi the big boss

Anonymous said...

eeee takutnya...melayu terancam tolong tolong aku takut.

tp tkde satupun yg ditulis ibnu yg dibawa pembangkang ke mahkamah. klu benar ada bukti sila bawa ke mahkamah.

masa najib sibuk kembungkn perut melahap dedak secara berjemaah sampai kenyang terbuntang membuta bisu flm parlimen.

lepas kalah baru sibuk mcm2 isu direka utk menakutkn rakyat dn org melayu.

memihak kpd bn yg sedang mngadai negara kpd kuasa besar.. ooo itu baik utk org melayu..sebb dedak byk masuk perut.

sekarang dh kebulur dedak baru nk rasa terancam. bukan melayu terancam tp pas umno yg kelaparan tkde dedak. itu sebb nk tidor pun susah dlm parlimen sebb perut kosong.

sampai bila melayu nk disesat dn diajar syirik takutkn dap lbh dpd Allah. percaya sgt dap perancangan hebat lbh dpd Allah. membesarkn dap tiap2 hari lbh dpd membesarkan Allah.

dimana keimanan dn akidah puak pas dn umno? sudahlah sesat bodoh pulak. takat berdegar dlm ceramah.. dlm realiti hapah pun tk dibuatnya.

ruu355 bukan dh ke laut tp dh masuk lubang jamban rumah hj hadi. lagi mau sembang pasal negara.

sudah lah pi mengeramkan telur penyu lg baiklah.

Anonymous said...


Harap Mahathir patuh pada cakap DAP supaya jangan beri royalti pada Kelantan dan Terengganu.

Anonymous said...

kerajaan islam ph mesti dipertahankn dpd puak dedak melayu dn serban.

Anonymous said...

hahaha.. titm sentiasa puashati dgn kekalahan. dia pun tk rela pas menang sebb pas hj hadi dh rosak.

mknanya pas kena teruskn kekalkn jumlah undi itu jgn gatal nk tambah lg. titm dh puashati.

sedangin tun masih belum puashati walaupun menteri2 ph org2 yg hebat. bila belum puashati mkna akn sentiasa berusaha terus dn byk lg kerja nk dibuat. begitu tinggi wawasan seorg pemimpin yg hebat. klu menteri pas dok bawah tun mesti cirit birit sebb tk mampu nk bekerja seperti kegigihan menteri2 ph.

hadi pula bagaimana? sentiasa sakit hati...hahaha.

ibnu bagaimana? sentiasa hati kaciwa merana duka lara murung tak terkira... hnya kes rogol pengubat jiwa.

Anonymous said...

kosong takde hujah.. dungus

tahap tok mudim kg dok cita pasal bersunat. WTH!

Anonymous said...

ye sokong.. dap lbh hebat jg duit dpd walaun dn penyamun.

kelantan nk royalti buat apa.. tu semua duniawi. desaklah 355..barulah itu akhirat dan syurga menanti

Anonymous said...

errrrr lps ni sila walaun buat appointment dgn Senator YB Husam Musa ye untuk bincang royalti kelantan.

jgn lupa bawa sigagap singa cacat pas nasarudin daud bersama. husam tkkn lari.

Anonymous said...

lks banyak cakap lani
dia ingatt semau melayu boddo
denagn malaysia baru
matde pembelit yang mesti diawasi
amnao pakatan smam saja bab dunia ni

Anonymous said...

kalau Kit siang jadi bos, dah lama Nik Abduh masuk lokap....

Anonymous said...

Jurang Umno dan PAS bukannya lebar, kata ulama PAS

10 Sep 2018, 3:29 petang (Dikemaskini 10 Sep 2018, 3:37 petang)

A A
Seorang pemimpin dan ulama PAS membayangkan parti itu dan Umno dapat menawan Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang, sehari selepas mereka kalah di Seri Setia.

Anggota Jawatankuasa Pusat PAS Mokhtar Senik berkata untuk mencapai tujuan itu kedua-dua parti perlu lebih "dekat" dan usaha ke arah itu perlu diteruskan.

Malah Mokhtar menggambarkan proses berkenaan tidak sepatutnya rumit.

"Secara peribadi saya fikir usaha mendekatkan kedua-dua buah parti ini (PAS dan Umno) hendaklah diteruskan.

"Jurang antara keduanya tidak lebar. Cuma memerlukan sedikit jalin gabung yg membolehkan wujud permuafakatan dan taawun di atas titik Islam," katanya di Facebook.

Beliau yang juga ketua Dewan Ulama PAS Pahang turut menyarankan pemimpin parti itu jangan lagi mempedulikan tuduhan bahawa parti itu mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Jika Umno menerima kepentingan Islam itu sebagai titik penyatu dan kerjasama, maka PAS wajib menerima kehadiran Umno. Pedulikan tuduhan UG (unity government) dan sebagainya," katanya lagi.

Kalah pun dapat pahala

PAS dan Umno kini tidak berselindung lagi mengadakan kerjasama politik walaupun mereka sebelum PRU ke-14 dulu bertegas menafikan mempunyai kaitan dengan antara satu sama lain.

Sebelum 9 Mei, Umno menjadi sebahagian daripada kerajaan dan PAS bertegas mereka masih sebuah parti pembangkang.

Anonymous said...

Lobai2 pas sekarang banyak cerita pasal umno...pas boleh cerita pasal islam tapi kalo nak ajak umno buat undang2 islam sori laah...jadi pas yg kena ikut umno...

Tapi pas nak ikut umno dlm satu gabongan pon tak mungkin kerana pas dan umno berlainan arah walo sama bangsa dan ugama...

Jadi kerjasamalah....tapi bukan di kelantan terengganu dan kedah...pas dan umno akan jadi musuh..

Anonymous said...

Petanda pakatan akan lingkup dalam PRU15 dan PAS dan umno akan memenangi dalam PRU15:

Dari segi majoriti, margin kemenangan PH jatuh di Sungai Kandis dengan 5842 undi berbanding 12480 pada PRU14. Di Balakong juga sama apabila hanya meraih 18,533 majoriti berbanding 35,538 PRU14, dan 5,842 berbanding 19,372 pada PRU14 di Seri Setia.

Ini jelas membuktikan sebilangan pengundi pakatan telah hilang kepercayaan terhadap pakatan.

Mereka mungkin telah mengundi PAS dan UMNO dalam prk.

Anonymous said...

Ini sebab sebenar mengapa AG TT dicemuhi geng2 bela Najib Klepto kepala bapak Penyamun Negara termasuk PAS yg telah terperangkap dedak duit curi Najib ehsan broker Nasha.

Mahkamah Singapura semalam memberi penghakiman bersetuju memulangkan balik yg lot pertama RM46 juta duit yg dibeku dari akaun Jho Low hasil curi dari 1MDB. Mahkamah Singapura membeku USD250 m duit Jho Low dibeberapa bank2 diSingapura, menarik lesen2 dan mendenda bank2 yg terlibat, menghukum penjara pegawai2 bank yg bersubahat dgn Jho Low dan mengantung lesen bankers tertentu semua kerana jenayah curi duit 1MDB oleh Jho Low.

AG TT telah melantik peguam diSingapura utk mendapat failkan petision 1MDB mendapat balik wang2 yg dibeku ini. Inilah adalah instalment pertama yg di lulus kan Mahkamah Singapura dari USD250 m itu.

Pembekuan duit curi 1MDB juga ada pertalian dgn satu lagi scenario Najib Klepto dan geng2 yg membela nya termasuk PAS begitu mencemuh Kerajaan PH membeku projek2 Najib dgn Cina Komunis ECRL dan Gas Pipeline.

Pelbagai alasan muwazanah yg diberi kan oleh puak2 ni termasuk menindas negeri2 PAS Pantai Timur utk ECRL tetapi sebab yg paling Wahid yalah Najib Klepto telah up sekali ganda nilai2 projek ini dgn bayaran2 tertentu kpd Syarikat2 Jho Low. Bayaran dibuat oleh Kontraktor2 GLC Negara China dari disbursement hutang Kerajaan Malaysia dgn Bank Exim China direct diChina sbg ganti rugi beku duit2 curi 1MDB dan assets dari duit curi yg disita dan dituntut balik oleh DOJ US contoh Equanimity.

Mungkin 2 Projek ini tidak mencukupi tetapi jika Najib Klepto menang PRU14 hari itu, seluroh Malaysia akan di gadaikan dgn Cina Komunis oleh Najib spt Sri Lanka, Maldives, Pakistan dll.

PAS berpuashati dgn 1MDB dan bersubahat Najib Klepto yg sebenar bangsatkan Melayu, Islam dan Raja.

Kalau2 negara yg terlibat dgn hutang2 Cina Komunis dipanggil ekonomis dunia OBOR debt trap, PAS telah terperangkap dgn Najib dedak trap.

Masaalahnya bila dah makan duit curi, pendirian politik jadi sasau, serba tak kena hingga pilih nama PIGS, jilat balik semua kafir2 dan boleh berfatwa halal bagi PAS haram bagi PH.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails