Wednesday, September 12, 2018

Jangan Rebut PM Dari Saya. Anwar Perli Azmin.


Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir

KUCHING: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku kerusi Parlimen akan dikosongkan untuk memberi laluan kepada beliau bertanding dalam pilihan raya kecil. 

“Ya ada 2 atau 3 kerusi dalam senarai tetapi saya tidak tahu yang mana satu…tunggu sehingga diumumkan,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis bersama penyokong PKR di sebuah hotel petang tadi. 

Anwar yang menang jawatan presiden PKR tanpa bertanding sebelum ini mengetepikan kemungkinan akan bertanding kerusi Pandan yang kini dipegang oleh isteri beliau Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau kerusi Permatang Pauh, kerusi yang pernah beliau duduki dan kini dipegang anak beliau Nurul Izzah. 

Mengenai perpaduan parti, Anwar tidak bersetuju dengan tanggapan pihak tertentu kononnya PKR kini perpecah kepada 2 kumpulan menjelang pemilihan parti itu.

Sementara itu, Anwar meminta penyokong PKR supaya bersabar menunggu beliau mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. 

Beliau berkata rakyat perlu memberi peluang kepada Dr Mahathir untuk menyelesaikan banyak masalah negara, khususnya berkaitan kewangan. 

Katanya, Dr Mahathir sudah berjanji akan melepaskan jawatan perdana kepada beliau apabila sampai masanya dan sambil berseloroh beliau berkata: “Jangan pula ada orang lain yang rebut jawatan itu daripada saya.” (Ramai membuat anggapan ini perli kepada Azmin)

Turut berucap pada majlis itu ialah Nurul Izzah dan Ahli Parlimen Julau Larry Sng.

MINDARAKYAT

Di Malaysia, beruk pun terkejut..
Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk muka mahathir macam kondom?

13 comments:

ted manoff said...

Bkn perli tapi takot..politik malaysia mmg lawakkan tuan ibnu..ank beranak perintah malaysia..kikiki..

Sayed Noordin said...

Sesiapa yang masuk politaik.. dia mesti tahu dan faham kena sepak dan terajang .. mesti buat atau dikenakan oleh lawan..memasing ada konco konco.. tak kiralah..anak beranakke,suku sakat ke, apa apa ke.. janji naik...

Anonymous said...

Setakat anggapan dan andaian saja yg tiada bukti...saper2 pon boleh buat andaian...Bani hasim suka sebar cerita fitnah...

Kalo tanye saper yg buat anggapan ini?....jawapannye tak tahu..

Anonymous said...

Individu buat 4 laporan polis pada jabatan agama Islam K'tan

Bernama
11 Sep 2018, 6:14 petang (Dikemaskini 11 Sep 2018, 6:16 petang)

A A
Empat laporan polis dibuat terhadap Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), dipercayai susulan operasi jabatan berkenaan terhadap sekumpulan individu didakwa pengikut Syiah pada 30 Ogos lepas.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Din Ahmad ketika dihubungi mengesahkan mengenai laporan tersebut.

Beliau berkata kesemua laporan polis itu dibuat secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu pada 2 dan 3 September lepas.

"Berdasarkan laporan dibuat, kita mendapati pihak berkenaan menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap JAHEAIK selain beberapa individu tersebut kesal dituduh pengikut Syiah.

"Bagaimanapun, kesemua laporan yang diterima, kita rujuk kepada JAHEAIK untuk apa-apa tindakan susulan selepas ini," katanya.

Pada 30 Ogos lalu, JAHEAIK menyerbu sebuah premis dipercayai menjadi markas pengikut Syiah dan menahan 43 individu, termasuk kanak-kanak dalam satu operasi di Jalan Sri Cemerlang di Kota Bharu.

Anonymous said...

Tak sangka plok ted manoff boleh besetongkol dgn tuan ibnu dlm hal `politik anak beranak` nih!

Still blunder ghopenya ted ni yeee,? Betul ape kata syaed nordin tu!.....apa ada hal!.....

Ko kalu nak pon boleh, tapi syarat la, masuk betanding dulu, menang, jadi kerajaan, ko jadi pm, bini ko jadikan tpm, anak2 ko jadikan menteri2, atok2 ko jadikan speaker dewan, nenek2 ko timbalannya, sepupu sepapat kaum kerabat ko jadikan senator2, senang ko nak MEMERINTAH. Ana tak kisah! Janji korang jadi kuli batak RAKYAT, BAHAGIAKAN RAKYAT, JANGAN MENG`LEMBU`KAN RAKYAT!!! Macam najibmo1lanonumnobnpas dan konco2nya dulu tuh lah ana akan buat selagi belum munculnya alMahdi dan turunnya Isa A.S ke donia semula!

Ana tak harap parti Pas sebab sepa tu hamPas belaka!

Anonymous said...

Tak ade salah di disisi undang2 politik anak branak...yg salahnye merompak dan bersubahat dgn prompak...yg kayerkan anak2 dan kroni jugak satu kesalahan..

Bapak PM dan anak MB tak salah...sebab geng kita...bukan geng kita jadi salah...betul tak ted?...

Anonymous said...

Dulu anwar kata politik tun m hanya lantik keluarga dn rakn terdekat saja tapi dia pong sama

Anonymous said...

Mudahnya kerje nuar nak jadi PM. orang lain tolong bagi segala2nya.. tapi kena ingat kalau Allah tak bagi. Tsk dapat juga.. 2 tahun lama tu...

Anonymous said...

banyak janji tak ditunaikan dengan berbagai-bagai alasan. kalau itu dijadikan panduan makanya janji untuk melepaskan baton kepada Pelari Melayu seterusnya juga mungkin tidak akan ditunaikan. terlior beb.

Anonymous said...

ted manoff tiruan tu rasanya.. klu tak awal pagi lg tn ibnu dh kena prooot hihi

Anonymous said...

Kerusi dinasti dan kerusi MO-1

PKR--3 kerusi dalam 1
PPBM--2 kerusi dalam 1
Dap --2 kerusi dalam 1
Pan--1 kerusi dalam 1
Umno--1 kerusi dalam 1
Pas--2 kerusi dalam 1

Tanjak sangatlah dinasti PKR duduk di kerusi MO-1

Anonymous said...

klu ramai anak beranak anwar dlm kerajaan pun bagus.. senang anwar nk buat kerja.

yg salah anak beranak menyamun.

Anonymous said...

jgn rebut jawatan pm... sila duduk.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails