Saturday, September 15, 2018

Pemerintahan PH Teruk, Kata Presiden PAS



KUALA TERENGGANU, 4 Muharram 1440H, Jumaat – Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama empat bulan lebih teruk, berbanding kerajaan terdahulu, UMNO/Barisan Nasional (BN) yang memerintah selama enam dekad.

Beliau berkata, ketika pemerintahan UMNO selama 60 tahun, ada juga menteri besar, menteri yang dibawa ke mahkamah disebabkan rasuah, malah ada juga dipenjarakan.

“PH baru memerintah berapa bulan? Bawa ke mahkamah diselesaikan begitu sahaja. Memerintah empat bulan dah ada masalah apa lagi kalau 60 tahun, lebih teruk daripada UMNO lagi, lebih dahsyat, ini yang kita alami,” katanya merasmikan Konvensyen Dewan Himpunan Penyokong PAS kali pertama di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini.

Sebelum ini, Peguam Negara, Tommy Thomas didakwa menggunakan kuasa veto yang dimilikinya untuk membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan, Phang Li Koon daripada pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Pada awal prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan terhadap kedua-dua tertuduh mengikut Seksyen 254 (3) Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail, bagaimanapun tidak bersetuju dengan permohonan pihak pendakwaan supaya pertuduhan itu ditarik balik dan kedua-dua tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA).

Thomas sebelum ini mewakili Guan Eng dalam prosiding komital yang difailkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali pada 2016 di Mahkamah Tinggi.

Prosiding komital itu atas dakwaan Guan Eng telah menghina mahkamah dan campur tangan dalam pentadbiran keadilan.

Bagaimanapun, pada Ogos lalu, Tommy menerusi kenyataan Jabatan Peguam Negara mengumumkan menarik diri daripada semua pertimbangan berhubung kes rasuah Guan Eng dengan menerima prinsip konflik kepentingan yang diguna pakai terhadapnya.

6 comments:

tajnur said...

Selama hampir 30 tahun PAS memerintah Kelantan, apakah kebaikan yang didapati melainkan hutan2 habis digondol dan hutang kpd kerajaan persekutuan bertambah2. Nak kata maksiat dan kejahilan yang berlaku di negeri itu lebih baik dari negeri2 lain, tidak juga! Hanya yang nampak istilah2 yang kamu namakan yang di `make up` kan atas nama Islam (Surah AnNajmi:24)

Mohammad Azren said...

Contoh pentadbiran kerajaan yg teruk adalah kerajaan yg mengalami perbelanjaan defisit , menyebabkan gaji kakitangan Negeri pun tidak mampu dibayar sehingga terpaksa memohon bayaran pendahuluan peruntukan dari kerajaaan Pusat, TETAPI MASIH BERNAFSU UNTUK BERBELANJA MEMBELI MERCEDES sedangkan masih ada mangsa BAH MERAH yg terpinggir tanpa pembelaan. Lobai dah la makan pun tak cukup, ada hati nak buat jamban emas untuk melepaskan hajat. Bab kebutuhan untuk memenuhi hawa nafsu memang Lobai champion wooo. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Pabila lebai membuka bicara
MUNAFIQ NIFAQ mula bergema
Laksana macai tak tahu baca
Tahniq infaq manakan sama!

Laksana macai tidak tahu baca
Tibai dan infaq manakan sama!
PH perintah rakyat rasa ceria
Lebai pekak!PRK PH menang semua

4 bulan banding 60 tahun
Macan baby melawan atok
Tuan Presiden parti wala`un
Tak sedar diri dah tua kutok

Perbandingan bodoh lagi hamPAS
Masalah tinggalan umno yg dikuPAS
Hendak sanding umno itulah PAS
Selamat mampos parti pas HAMPAS

Anonymous said...

hadi dn walaun teruskn lah memburukkn ph dan menjilat punggung umno sehingga licin.

hadi ni sentiasa memilih benda yg salah. sokong syiah..terap khawarij. dlm keadaan umat islam semua sedar kezaliman bashar syiah laknatullah disyria..hadi blh pro bashar laknatullah.

ketika bn lbh baik semasa sebelum era najib..hadi pas jd musuh kpd bn bersama pr ketika itu. sepatutnya nk sokong bn ketika era paklah lah..bkn era najib.

ketika najib yg paling teruk memerintah..masa tu lah pulak hadi pilih utk pro bn dan kluar dpd pr.

sejarah pentadbiran paling teruk berada ditgn najib dan hadi.

najib dgn skandal yg pelbagai..harta wanita takhta semua complete. plus takut bini.

hadi paling teruk sampai pas berpecah..tersebar budaya takfiri. dan paling teruk ialah agama islam dipermainkn dgn alat ruu355 demi politik jht hadi dan pas.

dan kedua2 pas bn yg teruk itu kita nilai selepas beberapa tahun terakhir ini.. bukan beberapa bulan mcm hadi nilai ph.

hadi sesungguhnya tidak mngenal intan atau kaca. dedak telah membutakn hati hadi dn walaun. bila hati dh buta maka dtglah mimpi2 yg disangka dari Illahi..walhal boleh saja ia dtg dari yg bertanduk itu...utk menipu mereka yg taksub kpd pemimpin...kunun atas nama agama.

Anonymous said...

Kan dia munapik tegar. Ahli politik yg mendukung demokrasi. Sama je tarap dgn pemimpin parti lain.Ckp mana pernah betul. Tarak konsisten. Biasa laa. Ahlul politik

Anonymous said...

Sudah la hadi. Elok la ko mtk maaf dgn rakyat masa ko pecahbelahkan umat islam dgn dua imam melalui amanat ko tu. Pegi melutut dgn waris org kpg memali yg ko bodoh2kan dgn amanat. Mentang2 dorg tadak pelajaran

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails