Monday, May 23, 2016

Shamsul Ghau-Ghau, Pilih Jalan Dakwah, Tinggal Dunia Glamer. Al-hamdulillah!

Nama Shamsul Ghau-Ghau atau nama sebenarnya Shamsul Azahar Aliddin, 48, bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi kepada rakyat Malaysia.

Beliau kini dilihat sudah meninggalkan dunia glamernya di mana Shamsul kini telah memilih jalan dakwah sebagai perjuangannya.

Menceritakan pengalamannya yang dijadikan iktibar kepada orang ramai dalam aktiviti ceramah ternyata sungguh mengujakan, pelbagai kisah nasihat dan iktibar dari pengalaman hidupnya cukup berguna.

“Saya khatam al-Quran masa umur 12 tahun tapi tak mampu nak bacanya depan Kaabah ketika menunaikan umrah pertama pada 2001.” kata dengan sebak dan sedih hingga tidak mampu menahan air matanya daripada mengalir dipetik dari Sinar Online.

Beliau berkata demikian ketika berkongsikan pengalamannya di hadapan kira-kira 300 penonton terdiri kakitangan hospital sewaktu program Quran Hour yang diadakan di Hospital Sungai Buloh, Khamis lalu.

“Saya fikirkan apa akan terjadi sekiranya saya mati nanti atau sekiranya ibu saya sakit, mampukah saya membacakan al-Quran buatnya?

“ALLAH SWT mudahkan rezeki saya, bermula gaji RM300 sebulan semasa kerja sebagai polis sehingga pernah mendapat RM100,000 sebulan sebagai artis walaupun hanya ada SPM, tapi hati saya jauh dari-Nya,” kongsinya

Shamsul berkata beliau tidak menganggap apa yang terjadi sebelum ini sebagai titik hitam, sebaliknya ia adalah pembuka jalan baginya untuk memperbaiki dirinya sekarang.

Enggan menoleh ke belakang, beliau kini giat menjalankan aktiviti berdakwah dengan berkongsi pengalaman hidupnya bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat.


“Saya berpeluang menunaikan umrah pertama pada 2001 bersama rakan-rakan dan berdoa empat benda yang tak mungkin saya lupakan.

“Doa pertama saya nak kahwin, kemudian ada anak, ketiganya mahu ada rumah depan masjid dan keempat dibuka hati untuk mengaji serta mendekatkan diri dengan ALLAH SWT.

“Alhamdulillah, pada 2003 saya berkahwin dan dikurniakan anak setahun kemudiannya. Pada 2006 semasa beli rumah ditakdirkan lokasinya betul-betul depan masjid,” katanya.

Beliau berkata, walaupun diberikan jalan, namun disebabkan kesibukan kerja dan jadual harian masanya untuk ke masjid terbatas.

“Setiap hari saya dengar rakaman surah Ar-Rahman yang dipasang di masjid sebelum masuknya waktu Maghrib sampai sudah menghafalnya serba sedikit tapi tak tahu maksudnya.

“Ditakdirkan pada satu hari saya pergi ke kedai buku dan semasa membelek buku tafsir al-Quran, bukaan saya betul-betul pada surah Ar-Rahman yang salah satu maksudnya berbunyi, ‘nikmat mana satu yang engkau dustakan’.”

"Ketika itu hati saya rasa sungguh sebak dan teringat akan janji yang tidak dipenuhinya untuk mengaji semula serta mendalami agama."



“Sekarang saya berguru dengan tiga ustaz yang mengajar tajwid, taranum dan tafsir. Kita hidup sudah berpuluh tahun tapi kita tak tahu maksud bacaan dalam solat kita.

“Saya berharap perubahan ini dapat melapangkan kubur mak ayah saya yang sudah tiada. Saya tak menolak perubahan saya hari ini adalah hasil doa arwah mak saya yang tak jemu memberi nasihat semasa hayatnya,” katanya.

Beliau berharap dengan berkongsi pengalaman hidup atas tiket artis dapat menarik lebih ramai orang untuk berubah menjadi lebih baik.

“Al-Quran itu perlu dibaca, difahami dan diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Cuba tanya diri kita dalam sehari berapa banyak kita pegang al-Quran berbanding telefon pintar?

“Saya bukan mahu buka aib diri saya, sebaliknya mahu mengajak lebih ramai orang Islam mendekati ALLAH dan memberikan pahala kepada mak ayah saya yang sudah tiada,”katanya.  (IH)




3 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/05/ulama-pan-disingkir-daripada-kesatuan-ulama-sedunia-pimpinan-syaikh-dr-yusuf-al-qadrawi/

Ulama PAN disingkir daripada Kesatuan Ulama’ Sedunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf al-Qadrawi
May 21, 2016 Berita Utama, Pendapat, Utama 0


Ulama Parti Amanah Negara (PAN), Syaikh Abd Ghani Shamsuddin yang juga Timbalan Penasihat Umum parti berkenaan telah pun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara, lapor Norani AbgMarzuki BangiKuching

Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara yang diterajui Abd Ghani adalah salah satu cawangan Kesatuan Uama Dunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi.

Pemberitahuan tentang pemecatan Abd Ghani dimaklumkan oleh Wan Norhaziki Wan Halim yang melawat pimpinan Kesatuan Ulama’ Seduniat di Doha baru-baru ini.

Kenyataan lengkap Wan Norhaziki dilapirkan seperti di bawah :

Pesanan dan Amanat Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi, SU Agung Kesatuan Ulama’ Sedunia & Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah

Selesai mesyuarat Lembaga Syariah bersama Syaikh Dr. Ali al-Qaradaghi di sebelah pagi, saya telah meluangkan masa melawat Ibu Pejabat Kesatuan Ulama’ Sedunia serta menziarahi beliau di rumahnya sebagai memenuhi jemputan peribadinya.

Alhamdulillah, banyak isu semasa yang melanda ummah yang beliau kongsikan kepada saya, berserta beberapa pesanan dan amanat agar saya menyampaikannya kepada mereka yang tidak hadir.

Beliau memulakan pesanannya dengan menyebut tuntutan syarak ke atas nasihat-menasihati antara sesama Muslim tanpa mengira darjat, yang seharusnya diamalkan dan dihidupkan. Setiap insan sentiasa memerlukan nasihat termasuklah ulama’ sendiri, berdasarkan hadith Nabi SAW, “Agama itu (tertegak) dengan nasihat…”

Khusus buat umat Islam di Malaysia, beliau berpesan agar bersungguh-sungguh dalam memelihara aqidah ahli sunnah wa al-jama’ah dan berwaspada terhadap segala ancaman Syiah.

Beliau memberikan iktibar terhadap gerakan penghapusan etnik ahli sunnah yang sedang berlangsung dengan giatnya hari ini di Iraq dan Syria serta segala ketidakstabilan politik yang berlaku di lain-lain negara Teluk hari ini merupakan konspirasi puak Syiah yang berpusat di Tehran.

Mereka dikatakan mempunyai perancangan yang penuh rapi lagi strategik dalam merealisasikan misi Syiahnisasi dan Iranisasi.

Menurutnya, puak Syiah sanggup berbuat apa sahaja bahkan bekerjasama dengan kuffar demi memerangi ahli sunnah.

Tambah beliau lagi, Syiah kini sudah mula melebar luaskan pengaruhnya di Afrika bahkan di Indonesia.

Menurut beliau, salah sebuah parti politik di Indonesia hari ini telah dipimpin oleh para penganut Syiah dan kini menganggotai dewan permesyuaratan rakyat.

Justeru beliau memberikan peringatan kepada umat Islam di Malaysia agar jangan sesekali memberi ruang, peluang dan kuasa kepada mana-mana politikus yang disyaki cenderung kepada fahaman Syiah (tasyayyu’) kerana mereka amat ‘berbahaya’.

Bersabit isu Syiah ini juga, beliau menyatakan bahawa Syaikh Dr Yusuf al-Qaradawi (Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia) sedang dalam proses menyiapkan penulisan sebuah buku khusus berhubung penyelewengan fahaman Syiah. (Saya terlupa judul buku yang dinyatakannya)

Pesanan beliau yang kedua ialah agar umat Islam bersungguh-sungguh dalam menerapkan nilai-nilai Islam di dalam segenap aspek kehidupan, baik politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan sebagainya.

Berhubung isu-isu politik terkini di Malaysia, beliau ada menyatakan kepada saya bahawa nama beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah diputarbelit kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi telah memberikan sokongan dan pengiktirafan (mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia) ke atas penubuhan sebuah parti politik baru di Malaysia.

Anonymous said...

Sambungan

http://www.ismaweb.net/2016/05/ulama-pan-disingkir-daripada-kesatuan-ulama-sedunia-pimpinan-syaikh-dr-yusuf-al-qadrawi/

Ulama PAN disingkir daripada Kesatuan Ulama’ Sedunia pimpinan Syaikh Dr Yusuf al-Qadrawi


Ini bermula melalui program ziarah delegasi parti politik berkenaan ke rumahnya dan salah seorang dari delegasi tersebut telah bergambar kenangan dengannya.

Syaikh Ali telah mensyaratkan padanya agar tidak mendedahkan foto tersebut kepada umum kerana khuatir seandainya pertemuan tersebut disalah anggap dan diputarbelit oleh pihak-pihak tertentu.

Malangnya, pemimpin tersebut telah berbuat ‘khianat’ dengan mendedahkannya kepada umum, lalu diada-adakan cerita kononnya beliau dan Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi yang mewakili Kesatuan Ulama’ Sedunia telah memberikan pengiktirafan ke atas penubuhan parti tersebut!

Menurut beliau, Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi enggan bertemu dengan delegasi parti politik baru dari Malaysia itu biarpun telah dimohon.

Sehubungan dengan itu juga, Syaikh Ali meminta saya memaklumkan kepada sahabat-sahabat di Malaysia bahawa Syaikh Abd Ghani Shamsuddin, Timb. Penasihat Umum parti berkenaan telahpun disingkirkan dari jawatan Pengerusi Kesatuan Ulama’ Sedunia Cawangan Asia Tenggara atas faktor-faktor tertentu.

Syaikh Ali menegaskan bahawa pendirian beliau ini adalah persis sebagaimana pendirian Syaikh Dr. Yusuf al-Qaradawi serta pendirian rasmi Kesatuan Ulama’ Sedunia.

Sebelum pulang, Syaikh Ali telah menghadiahkan saya sebuah buku terbaru beliau yang baru diterbitkan dalam bulan ini berjudul, “Ijarah al-A’yan wa Tatbiqatuha al-Mu’asirah: al-Ijarah al-Muntahiyyah bi al-Tamlik wa Sukuk al-Ijarah”, berserta dua lagi buku beliau yang masing-masing berjudul “Hukm al-Istithmar fi al-Islam” dan “Ahkam al-Mabit fi Ayyam al-Tashriq”.

Sesungguhnya coretan ini adalah benar dan ianya merupakan amanat beliau kepada saya untuk disampaikan.

Wan Norhaziki Wan Halim
19/01/2016; 2:51 AM

Anonymous said...

Salam semua,

Korang ni dah check betul-betul ke berita ni???

Dah tengok ke laman web Kesatuan Ulama Sedunia yang pandai-pandai reka fitnah ni???

Lagi satu, korang ni tak ada laman web yang lebih berkredibiliti ke nak refer???

Hari tu hamba Allah ni bagi 10 bukti laman web Isma berkenaan DAP musuh Islam, saya buat cross-examined kantol!!!!

Sebab tu saya ska bertanya apa tahap kelulusan tertinggi geng-geng PAS ni.

Jangan tunjukkan diri sendiri bodoh!!!

Yang jahil,

Nobody

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails