Friday, May 27, 2016

RUU Hudud Telah Diusulkan, Tetapi... Namun Perjuangan Tetap Berjalan Terus!


Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang dijadualkan telah dibentangkan di dewan parlimen (26Mei), lapor Astro Awani.

Pembentangan RUU berkaitan Hudud berkenaan dijadualkan dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di dalam Parlimen

Namun, Rang undang-undang berkenaan telah disenaraikan sebagai item No 15, iaitu perbahasan yang terakhir sekali dalam kertas perintah itu, ini bermakna RUU berkenaan mungkin tidak sempat dibentangkan.

Ini kerana, mengikut jadual merupakan hari terakhir dewan parlimen bersindang.

Ini adalah kali ketiga Abdul Hadi yang merupakan Ahli Parlimen Marang itu mengemukakan rang undang-undang yang serupa ke Parlimen selepas dua cubaan sebelum ini pada 7 April dan 17 Jun 2015, bagaimanapun usulnya tidak dibahaskan di Dewan Rakyat dalam kedua-dua sesi tersebut.

Berdasarkan RUU Hudud yang bakal dibentangkan berkenaan meminta untuk meminda undang-undang persekutuan, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, untuk memberi laluan kepada pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan dan negeri-negeri lain.


Pada masa ini, Akta itu menghadkan Mahkamah Syariah boleh mengenakan hukuman maksimum penjara tiga tahun, denda maksimum RM5,000 dan enam sebatan rotan.

Iainya dikenali sebagai peraturan 3:5:6 iaitu penjara tidak lebih tiga tahun, denda tidak lebih RM5,000 dan enam sebatan rotan.

Jika pindaan akta ini berjaya, semua kesalahah jenayah syariah boleh dikenakan hukuman yang ditetapkan mengikut undang-undang Islam.

Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun lepas meluluskan usul pelaksanaan hudud dan qisas di negeri itu, namun tersekat kerana kedudukan undang-undang persekutuan yang tidak membenarkan hukuman melebihi daripada yang ditetapkan sekarang.


Lapor media semalam. 

KEMASKINI



RUU menambah bidang kuasa mahkamah Syariah di Malaysia telah dibentangkan di dewan rakyat.

Pembentangan Usul Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Ahli Parlimen Marang YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah dibacakan pada hari ini di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia.

Namun begitu, usul berkenaan terpaksa ditangguhkan dan akan dibawa ke sesi Dewan Rakyat akan datang untuk dibahaskan, lapor Sinar Harian.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana memberi peluang untuk meluluskan usul ini," kata Abdul Hadi kepada pemberita selepas keluar Dewan Rakyat.

Speaker Tan Sri Pandikar Aman Mulia membenarkan Usul Kerajaan untuk RUU Ahli Parlimen Marang didahulukan dalam senarai peraturan mesyuarat.

Rang Undang-undang (RUU) pindaan itu adalah untuk menambah bidangkuasa Mahkamah Shariah di Malaysia. (IH)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itulah nasib 'sistem perundangan Islam' di Malaysia, negara majoriti umat Islam. Umat Islam tidak bebas melaksanakan sistem perundangannya di negaranya sendiri, walaupun pasal 3 dalam Perlembahaan Persekutuan termaktub, Islam adalah agama bagi Persekutuan.

Ada ulama mengatakan, 'tidak sempurna iman seseorang itu selagi negaranya tidak menjadi negara Islam yang sebenarnya'. Na 'auzubillahi minzalik.

Oleh itu perjuangan menegakkan sebuah negara Islam merdeka tetap akan diteruskan hingga hari Kiamat! Allahu Akbar!!

10 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/05/kata-pedang-resam-dap-mca-menentang-pelaksanaan-hukum-allah/


KATA PEDANG: Resam DAP, MCA menentang pelaksanaan hukum Allah

syariah

APA boleh dikatakan lagi. Sudah menjadi resam apabila sesuatu undang-undang atau hukum Allah hendak ditegakkan, pastinya akan ada halangan, sama ada daripada mereka yang beragama Islam sendiri atau orang kafir.

Macam-macamlah alasan yang mereka berikan, termasuk tidak sesuai dengan negara yang penduduknya pelbagai kaum dan agama atau tidak mengikut semangat Perlembagaan Persekutuan dan lain-lain.

Sebab itu, Allah Taala memperingatkan kita di dalam banyak ayat al-Quran mengenai orang kafir ini yang akan menentang apa saja yang disarankan demi kebaikan umat Islam dan manusia keseluruhannya.

Mereka yang menentang ini, termasuk orang kafir, bukannya tidak tahu bahawa ada alam lain selepas kematian dan dunia ini adalah tempat ujian dalam menggapai kegembiraan di akhirat.

“Mereka sentiasa berusaha hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (Surah As-Saf ayat 8)

Demikian Allah memberi peringatan kepada kita mengenai sikap orang kafir terhadap umat Islam dan peraturan yang ditetapkan-Nya.

Lalu, adakah kita sebagai umat Islam, khususnya pembuat dasar yang mewakili rakyat di Parlimen, masih juga hendak menurut kehendak orang kafir yang memberi alasan bahawa hukum Allah tidak sesuai di Malaysia – negara yang diuar-uarkan kepada orang Arab sebagai negara Islam, tetapi kepada Barat diberitahu bahawa Malaysia sebuah negara liberal?

Lantas, Pedang tidak terkejut apabila parti yang mewakili kaum Cina – MCA dan parti rasis DAP – bersekongkol menentang sekeras-kerasnya usaha PAS untuk mengemaskini undang-undang Syariah dengan dimulakan di Negeri Serambi Makkah – Kelantan.

khutba

Pedang tak nak kata “mati hidup semula pun mereka tak akan menyokong undang-undang Islam”, sebab apabila mereka mati dan menerima pembalasan, barulah mereka mengetahui kebenaran dan kesucian agama Allah ini. Seperti yang Allah terangkan dalam al-Quran yang bermaksud:

“Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari neraka ini (serta kembalikanlah kami ke dunia); setelah itu kalau kami kembali lagi (mengerjakan kufur dan maksiat), maka sesungguhnya kami orang-orang yang zalim.” (Surah Al-Mukminun ayat 107)

Tetapi, kedua-dua parti berasaskan kaum Cina itu, walaupun ada umat Islam yang menjadi ahli DAP, terang-terang tidak suka kepada Islam. Jika suka, pastinya mereka tidak menentang undang-undang Syariah yang hendak dikuatkuasakan ke atas umat Islam.

Pastinya mereka setuju dan menyokong Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat, yang dibentangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam.

Tetapi, orang kafir menentangnya. Yang Islam juga menyokong yang kafir. Rang undang-undang itu bagi mereka tidak penting dan dilewat-lewatkan sehingga bertahun. Diletakkan pada aturan mesyuarat yang terakhir, sedangkan sudah lebih 1,400 tahun undang-undang itu wujud.

Pedang rasa pelik juga di dalam parti cauvinis DAP itu ada umat Islam. Malah, yang bertudung litup yang nampak mata sahaja pun ada. Apa tujuan mereka menyertai sekumpulan puak yang ternyata menentang hukum Islam, Pedang pun hairan. Tidakkah mereka menyedari:

“Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu daripada mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina,” (Al-Mujadila ayat 5)

Dan, kedua-duanya – MCA dan DAP – dalam menolak undang-undang Syariah itu juga mengatakan bahawa ianya tidak bertepatan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/05/mca-senada-dengan-dap-tak-sokong-rang-undang-undang-hudud/

MCA senada dengan DAP tak sokong rang undang-undang hudud

BANGI, Jumaat – MCA mengulangi pendirian parti itu untuk tidak menyokong apa saja rang undang-undang ‘yang memberi kuasa untuk melaksanakan hudud’, lapor The Star yang memetik Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sebagai berkata.

Memetik laporan itu beliau berkata, Rang Undang-Undang Persendirian (RUU) oleh PAS didorong oleh penetapan parti itu untuk melaksanakan undang-undang Syariah di Kelantan adalah tidak selaras dengan prinsip Barisan Nasional (BN).

“MCA kekal dengan pendirian tegas untuk menolak apa-apa rang undang-undang yang membolehkan pelaksanaan hudud di Malaysia.

“Sebagaimana yang sering kami tegaskan, pelaksanaan undang-undang hudud adalah bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan dan akan merosakkan hubungan antara kaum di negara ini,” katanya, semalam.

Oleh itu, katanya, MCA tidak akan menyokong apa-apa rang undang-undang yang memberi kuasa untuk pelaksanaan hudud di negara ini.

“Kami mahu kerajaan mengekalkan struktur undang-undang sedia ada yang direka berdasarkan semangat Perlembagaan Persekutuan – keadilan untuk semua tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang dalam masyarakat sekular,” katanya.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul RUU iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat.

Ia bertujuan meminda Seksyen 2 bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas umat Islam dan dalam hal-hal kesalahan di dalam perkara yang disenaraikan di butiran 1 Senarai Negeri, mengikut jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah mengikut Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan mengikut seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Berikutan itu, parti rasis dan cauvinis DAP yang senada dengan MCA dalam isu ini, menuduh PAS dan BN bekerjasama membentangkan usul berkenaan di Parlimen bagi tujuan dan kepentingan politik.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berterusan menentang usul itu dengan menyifatkan bahawa RUU yang dibawa Abdul Hadi tidak mengikut Perlembagaan.



Anonymous said...

Ingat PAN ingat DAP. PAN khadam DAP dan DAP pila anti Islam

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral


KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

KHUTBAH AIDILADHA PAHANG 2015
APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai bukti-bukti tersebut. Hakikatnya, Islam adalah suatu sistem cara hidup yang mencakupi amalan rohani peribadi sehingga kepada sistem keadilan, sosial, ekonomi dan politik.

DAP tidak boleh mengehadkan Islam hanya kepada amalan peribadi dan paling tinggi ekonomi sedangkan menolak juzuk-juzuk Islam yang lebih menyeluruh yang menyentuh isu kenegaraan, perundangan, politik dan pelbagai aspek dalam kehidupan.


Anonymous said...

Wahai PAN, mengapa kao sanggup jadi Khadam DAP. DAP tu anti Islam taooooo. Jangankan Syariah, Khutbah pun DAP tentang!!!!!!!!!!!!!!!! Jom flashback khutbah 2015

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-sokong-ketegasan-mufti-amaran-untuk-puak-dap/

KATA PEDANG: Sokong ketegasan mufti, amaran untuk puak DAP

NSTITUSI agama Islam sekali lagi diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Kali ini khutbah Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Pahang menjadi sasaran berikutan isi kandungannya yang menjelaskan kebenaran sebagai panduan umat Islam.

Malangnya, ada orang Melayu Islam sendiri yang membuat kenyataan mewakili puak kuffar dalam parti rasis dan cauvinis DAP.

Lihat, beginilah cara orang Melayu dipergunakan oleh parti anti-Islam itu.

Ketegasan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman yang tidak mahu memohon maaf apatah lagi menarik balik khutbah itu amatlah dihormati.

Pendirian itu disambut pula oleh mufti di negeri lain dan juga Isma sendiri.

Inilah satu sikap yang kita mahu, saling menyokong antara satu sama lain apabila terdapat usaha yang mahu menjejaskan kedudukan Islam dan institusinya di negara ini.

Kepada puak DAP sama ada Melayu atau tidak, berhenti daripada masuk campur urusan agama Islam jika tidak memahaminya dengan jelas.

Anonymous said...

Bila DAP menghina Khutbah di Pahang PAN Senyap. Bila soal Islam PAN tentang. Inilah bukti PAN adalah khadam DAP

http://direktoripolitikmalaysia.blogspot.my/2015/09/ahli-parlimen-parti-amanah-sedia-undi.html

SUNDAY, 6 SEPTEMBER 2015 Ahli Parlimen Parti Amanah Sedia Undi Tolak Hudud - Mat Sabu
OLEH DESMOND DAVIDSON Published: 6 September 2015 5:34 PM

Pengerusi Parti Amanah Negara Mohamad Sabu berkata, ia akan bergantung kepada konsensus yang dicapai antara Amanah dan rakan lain dalam gabungan parti pembangkang yang akan ditubuhkan kelak. Bekas ahli Parlimen PAS, yang kini menyertai parti baharu Parti Amanah Negara (Amanah), sedia mengundi menolak rang undang-undang hudud di Dewan Rakyat, sekiranya ia sampai ke peringkat itu, kata pengerusinya Mohamad Sabu.

Ia akan bergantung kepada konsensus yang dicapai antara Amanah dan rakan lain dalam gabungan parti pembangkang yang akan ditubuhkan kelak, katanya. "Kami akan berunding dengan rakan dalam gabungan terlebih dahulu," kata Mohamad, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu. "Kalau mereka kata 'Tidak', maka kami tidak akan menyokongnya," katanya di Kuching, Sarawak hari ini ketika ditanya pihak media pendirian parti itu mengenai hudud.

Beliau berkata demikian pada majlis memperkenalkan Amanah, kumpulan serpihan parti Islam PAS, di negeri itu hari ini. Beliau berkata, pendirian parti itu mengenai hudud akan dibuat berdasarkan proses perundingan, pendekatan demokrasi dan peruntukan yang termaktub di bawah Perlembagaan. “Kami akan bincangkan dengan rakan kami.

Anonymous said...

Kesetiaan Parti Amanah Negara (PAN) adalah gambaran hubungan seekor anjing dengan tuannya.

Itu sebab walaupun DAP anti Islam tapi PAN masih menjilat2 kaki DAP.

http://www.ismaweb.net/2015/09/sisi-rasisme-pada-dap/

Sisi rasisme pada DAP

DI sana terdapat satu lagi sisi DAP yang ramai orang tahu dan sedar tetapi jarang sekali dibuat kempen secara besar-besaran, iaitu sudut rasisme yang terdapat di dalam parti sosialis evangelis ekstremis tersebut.

Apa sahaja perkara yang bersangkut paut dengan Islam atau Melayu pasti akan ada kenyataan-kenyataan melampau daripada pimpinan atau pengikut mereka dari semasa ke semasa. Sama ada perkara itu melibatkan isu agama Islam, kepentingan umat Islam atau bangsa Melayu, mereka akan gunakan berbagai-bagai alasan untuk menunjukkan kedengkian, ketidakpuasan hati, kecaman, tuduhan seolah-olah ia melanggar hak asasi mereka, melanggar Perlembagaan, pencabulan terhadap agama lain, tidak sama adil atau sama rata dan seumpamanya.

Apabila sebahagian masyarakat malaysia mempertikaikan agenda rasis dan anti-patriotisme yang terdapat pada sekolah-sekolah vernakular Cina (SRJKC), mereka akan segera melenting, melompat dan berteriak sakan, seolah-olah satu penghapusan etnik secara terancang sedang berlaku dan dipaksakan ke atas mereka! Isu diskriminasi terhadap etnik dan kaum akan dimainkan kembali.

Apabila melihat bibit-bibit kesepakatan dan persefahaman mula terjalin di antara parti-parti politik Islam dan Melayu (yang melibatkan keahlian dan penyokong yang jutaan), DAP sudah gelabah dan umpama dirasuk Syaitan. Maka bermulalah racun-racun syak wasangka disuntik pada suasana kesepakatan atau persefahaman ini. Atau mereka (DAP) akan mengadu-domba sesama umat Islam dan bangsa Melayu.

Sekiranya beberapa usaha ini gagal, mereka akan menggunakan taktik dan strategi lain pula. Antaranya dengan memperlembukan kumpulan-kumpulan penyokong atau sahabat mereka di kalangan NGO-NGO (termasuk NGO Islam) atau tokoh-tokoh masyarakat secara selektif sebagai jurucakap tidak rasmi mereka.

Kumpulan pemain-pemain selamat (play safe) dan pak turut ini kadang-kadang lebih bersemangat pula dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Barangkali kerana mereka merasakan berkhidmat kepada DAP merupakan satu AMANAH yang tidak sanggup dipikul oleh makhluk lain.

Ataupun mereka (DAP) akan menonjolkan anak-anak muda Melayu yang bengap sebagai Cover Girls dan Poster Boys mereka sebagai testimoni kononnya parti mereka bukan rasis sebab sudah diminati dan dianggotai oleh semakin ramai orang-orang Melayu. (Ramai yang tidak sedar bahawa insan-insan malang ini hanya ditugaskan untuk membancuh teh atau menjadi peon pejabat sahaja).

Parti rasis yang melampau ini juga gigih merekrut para penulis atau anak-anak muda dari latar belakang pendidikan Islam (khususnya dari Asia Barat) untuk diserapkan ke dalam takungan penulis harapan mereka. Ini kerana perangkap mereka akan lebih berkesan kalau agenda dan ideologi DAP dipromosi dan dikembangkan sendiri oleh graduan-graduan “Islamik” ini.

Kenapa kita harus benarkan “penjajahan minda” dan penyakit rendah diri ini berkubang di dalam batang tubuh kita?

Anonymous said...

Sambungan


Mengapa kita selalu beralasan untuk menjaga hati dan perasaan DAP (termasuk MCA dan Gerakan) lalu kita membiarkan kehormatan, ketinggian, kedaulatan, izzah dan kemuliaan harga diri dengan mudah sahaja dipijak dan dilanyak?

Kenapa kita terlampau melebih-lebihkan kehendak para cuavinis ekstremis itu mengatasi setiakawan dan persaudaraan sesama Muslim yang memiliki lebih banyak persamaan dan yang lebih utama untuk diperjuangkan?

Saya tidak terkejut apabila terbaca satu petikan dan komen ramai Netizen bahawa bangsa not-yet-Muslim dan bukan Melayu ini perangai mereka tidak ubah seperti karektor penjajah dan penindas Yahudi Zionis. Bukan semua, akan tetapi segelintir daripada mereka yang begitu tebal jiwa cauvinis dan kiasu mereka. Yang menduduki tangga teratas dalam kategori spesis ini adalah di kalangan pemimpin-pemimpin parti politik mereka (dan disokong oleh ahli-ahli parti dan para penyokong secara membuta tuli).

Apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam, bangsa Melayu dan rakyat mereka secara umum adalah dengan MENOLAK parti dan kepimpinan parti yang rasis, cauvinis dan ekstremis seperti ini.

Inilah salah satu cara untuk mengembalikan maruah, keyakinan dan izzah bangsa dan umat.

Pilihan di tangan kita dan DAP tidak berhak mendapat mandat dan kepercayaan kita lagi.

Kita juga perlu tolak mana-mana pihak yang bersekutu dan bersekongkol dengan DAP!

Muhammad Luttfi Abdul Khalid

jamkho said...

good share

biolo asli import said...

nice blog

obat pelangsing ampuh said...

pilih pemimpin yang islami

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails