Saturday, May 28, 2016

Sejarah Penubuhan PAN, Hingga Sikap Tentang Hudud..


PAN: Menyusur Ke Terowong Gelap Akidah?

BERMULA
dengan fitnah UG lalu terbentuklah PASMA. Mereka marah kerana kononnya TGHH ingin membawa PAS bersatu dengan UMNO. Kemudian terbentuk G18 yang terdiri AJK PAS Pusat yang kalah dalam Muktamar. Akhirnya terbentuklah PAN dengan dakwaan merekalah parti Islam yang menggantikan PAS yang mula hilang sokongan.


Terpulanglah kepada mereka organisasi apa yang mereka nak tubuhkan. Ini negara demokrasi. Lebih baik mengundur diri daripada membuat onar macam Husam Musa dan Mahfuz Omar. Aku tak kisah yang ini. Yang aku kisahkan ialah akidah mereka. 

Aku tidak menuduh mereka kafir. Aku bimbang mereka tergolong dalam kalangan manusia munafik. Mereka tahu status golongan munafik di sisi Allah. Tak perlu diajar. Mereka tahu kerana mereka pernah diasuh dalam usrah dan kuliah.

Bermula dengan membuat fitnah UG, mereka mula menyerang ulama sendiri. Apabila si kafir Lim Guan Eng menyerang dan menghina TGHH mereka berada di pihak Lim Guan Eng. Bagi mereka Lim Guan Eng benar dan berintegriti. Yang buruk ialah ulama yang didakwa menyimpang dari perjuangan TGNA. 

Mereka angkat TGNA dengan maksud merendahkan TGHH. Inilah politik adu domba mereka. Tujuan mereka tidak lain hanyalah supaya PAS berpecah-belah. Sebahagian ikut mereka. Tinggal yang ekslusif  dan jumud sahaja mengekori TGHH.

Kemudian mereka nanar lagi. Kali ini mula menyentuh akidah. Sikap mereka terhadap hudud mula menjengkelkan. Ketika mereka masih setia bersama PAS dan ketika TGNA masih ada, tak pernah terkeluar daripada mulut mereka sesuatu yang tidak selari dengan tuntutan Allah terhadap huhud. Mereka mula beralasan. Alasan tak sesuai untuk masa kini. Dulu tak ada pun alasan begitu. Alasan biar memerintah dulu, baru fikir tentang hudud. Seolah-olah apabila Pakatan Rakyat sudah memerintah, DAP bagi izinlah buat hudud. Cit!!!

Akhir-akhir ini program dan penampilan mereka pun sudah ala-UMNO; parti yang mereka alergik itu. Dalam PRN Sarawak, ada calon wanita mereka sudah berpakaian macam wanita UMNO. Ada pula acara joget-berjoget. Ada acara baling mikrofon. Dalam alam siber apalagi, cai-cai mereka sakan menabur fitnah dan ejekan. Pakaian sedondonlah walaupun mereka tahu pakaian disediakan oleh pihak penganjur. 

PM Najib melawat TGHH yang terlantar di hospital juga jadi bahan sendaan. Pendek kata, PAS dan pemimpin tak boleh langsung bertemu dengan UMNO dan pemimpin mereka. Mereka sebarkan kepada rakyat bahawa TGHH mahu jawatan Penasihat dengan gaji beribu hanya semata-mata kerana TGHH ingin menasihati pemerintah. Apa buruk perangai macam ini?

Terkini, mereka pertikai apabila private bill yang dibawa TGHH berkaitan undang-undang syariah didahulukan. Mereka marah ‘mengapa bentang tapi tak bahas’. Mereka bercakap macam suara DAP yang anti-Islam itu. Ada pula pemuka mereka berkata TGHH jual hudud untuk PRK yang akan berlangsung. Ulama yang puluhan tahun memperjuangkan hudud itu mereka tuduh mahu jual hudud sebagai perniagaan pilihanraya. Apa ke sesat manusia begini?

Sebelum ini, Presiden PAN, Mat  Sabu berkata parti itu bersedia mengundi untuk menolak rang undang-undang berkaitan hudud  sekiranya ia merupakan keputusan konsensus pembangkang. Subhanallah. Di mana ulama PAN? Di mana Ustaz Ahmad Awang? Di mana Ustaz Ghani Shamsuddin?

Perjalanan PAN seterusnya akan kita lihat nanti. Adakah mereka akan menentang dalam undian di Parlimen nanti bersama-sama DAP dan para kafirun? Apakah mereka sama-sama mencarai jalan untuk menggagalkanya. Apakah hujah dan sikap mereka akan menjadi modal untuk para kafirun menentang hudud? Aku berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada mereka. Janganlah begitu jauh tersesat jalan sahabatku.

Motif tulisan aku kali ini ialah sebagai satu peringatan kepada ahli, penyokong dan pemimpin PAN agar ambil masa bermuhasabah sebelum tenggelam dalam terowong gelap akidah.

Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh:
 BayangDiAir
 (Disiar semula oleh IH)

37 comments:

Anonymous said...

Fikiran mereka pun dah jd sama cam fikiran najib bab hudud.ruu bkn hudud.mereka ingin menafikan itu jlnnya.road to hudud bkn ke sama mcm hudud juga.road to syuga adalah syurga la.sama mcm org menempah jln keneraka juga.buat dosa tak kan nak kata mereka tu menuju ke syurga

Anonymous said...

Lu org jawab lah...

Sembang hudud...mende?
Gua tk nampak potong ban potong tangan, bab balas bunuh, bab rejam, bab sebat.

Yang gua nampak, naikkan bilangan sebatan adalah...

Kalau itu lu orang panggil hudud..pastu tuduh org lain tak sokong sebagai segala ham jad...

Gua kasi jari tengah tangan kiri gua sebagai salam ukhwah...

Anonymous said...

Alhamdullilah ustaz ustaz pun skg byk senang lenang dan kaya raya kerana mereka belajar agama, hihihi

Unknown said...

10:59 amat memalukan PAN.. sy cadangkan fahami btl2 dulu hujah 10:42.. mujurlah kau bukan PAS.. kalau ya kau PAS, aku malu yg aku ni PAS..

Unknown said...

Yg penting belajar agama dgn ulamak yg muktamar bkn dgn ulamak setuju tolak hudud kalau DAP tolak hudud!

Anonymous said...

Alhamdulillah.. itu namanya org ramai telah bnyk menerima kesedaran ttg agama islam sehingga ustaz2 mendapat tempat dan menaikkan taraf hidup mereka.. tak salah pun mereka kaya.. soal ikhlas atau tidak bukan hak kita utk menilai..
Kenapa golongan profesional ko tak pertikai mereka menjadi kaya??

Anonymous said...

Salam semua Encik Anonymous di atas,

Road tu hudud tu kalau dikaitkan dengan usul pindaan ruu Haji Hadi minta maaf cakap itulah benda yang paling bangang yang saya pernah dengar!!!

Pertama, speaker suruh hurai Haji Hadi terkial-kial cari teks lepas tu lari minta tangguh macam pondan, kalau tak hurai macam mana nak tahu road to hudud ke tak???

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam semua Encik-Encik Anonymous di atas,

Korang pernah ke baca RUU akta 355 tu yang diterima pakai sekarang???

Bukankah membaca jambatan ilmu???

Bukankah tidak membaca jamban ilmu???

Kalau tak baca kemudian kata road to hudud bagai, memang bangang tahap jamban hahaha!!!

Yang jahil tetapi rajin membaca,

Nobody

Anonymous said...

Salam En. Anonymous 12:48,

Bila Encik cadangkan suruh fahami betul-betul hujah 10:42 saya betul-betul tak faham!!!

Apa nilai akademik dalam hujah tu???

Apa rujukan ayat al-Quran, hadis dan sebagainya???

Hujah tu tahap sampah sarap nak difahami betul-betul buat apa???

Buang masa je!!!!

Yang jahil tapi tak faham,

Nobody

Anonymous said...

Salam En. Anonymous 12.50,

Bila Encik kata ulama muktabar tu agak-agaklah, mana tahu yang sebenarnya muktabar tu geng yang lagi satu???

Siapa rujukan Encik berkenaan ulama muktabar?? Imam Syafie???

Imam Syafie kalau pemerintah tanya tak adanya lari macam pondan!!!

Kalau speaker suruh hurai terkial-kial cari teks lepas tu mempondankan diri lari minta tangguh muktabar apa???

Kalau Encik nak tahu Ulama Encik tu muktabar ke tak Encik suruh dia masuk blog ni saya tunggu!!!

Saya bukan nak cakap besar tapi kalau dengan saya pun tak lepas jangan berani-berani cakap muktabar!!!

Yang bukan muktabar tapi berani,

Nobody

hasbull said...

Ala.. nobody, ko faham tapi buat2 jahil sbnrnya.. nk tunjuk TGHH lemah..
Paham betul2 yer.. RUU Hudud perkara terakhir spttnya di bentang dlm parlimen tp di PERCEPATKAN mengatasi perkara2 yg lain.. so TGHH tak jangka benda akhir dipercepatkan.. mcm khalid samad cakap la... knp ruu hudud yg tak penting diutamakan dari benda2 yg lebih penting utk negara dibentang dlm parlimen?
Mmg la TGHH minta tangguh utk dia prrpared utk beri yg terbaik..

Yg boleh nilai baik dan buruk.

Bodybuilder

hasbull said...

Ala.. nobody, ko faham tapi buat2 jahil sbnrnya.. nk tunjuk TGHH lemah..
Paham betul2 yer.. RUU Hudud perkara terakhir spttnya di bentang dlm parlimen tp di PERCEPATKAN mengatasi perkara2 yg lain.. so TGHH tak jangka benda akhir dipercepatkan.. mcm khalid samad cakap la... knp ruu hudud yg tak penting diutamakan dari benda2 yg lebih penting utk negara dibentang dlm parlimen?
Mmg la TGHH minta tangguh utk dia prrpared utk beri yg terbaik..

Yg boleh nilai baik dan buruk.

Bodybuilder

Anonymous said...

Salam En. Hasbul,

Ok, kalau nak prepare yang terbaik, setuju tak saya cakap dia nak bentang usul RUU akta 355 tu daripada tahun bila???

Kalau dah bertahun-tahun tak boleh prepare yang terbaik, tak payah tunjuk. Dah tentu-tentu TGHH tak terbaik!!! LEMAH!!!

Lepas tu bila masa RUU ni RUU Hudud???

Tunjuk bukti kepada saya RUU ni RUU Hudud???

Nak berhujah sokong Haji Hadi pun pergi buat homework. Baca dulu.

Karang jadi macam Haji Hadi speaker suruh hurai pun lari macam pondan!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam En. Hasbul,

Minggu lepas sahaja saya kena buat 3 presentation kepada timbalan menteri dan pegawai-pegawai daripada kementerian-kementerian yang berlainan.

Diorang minta buat huraian saya buat huraian!!! Tak ada pula saya minta tangguh!!! Sebab saya dah prepare!!!

Itupun saya tak cakap saya yang terbaik!!!

Yang bertahun-tahun tak prepare-prepare tu apahal??? Tak lemah namanya???

Korang ni tak malu ke ada presiden parti yang tak terbaik dan lemah??

Yang tak berapa boleh menilai baik dan buruk,

Nobody

hasbull said...

Terpulang la pada ko nk kata TGHH..
Tapi... jgn pulak kata ruu hudud tak penting mcm si khalid samad.. kesian makpak dia.. so seperkara lg.. akta tu utk menaikkan kuasa mahkamah syariah.. bukan ruu hudud seperti lim guan eng war2kan.. dah lama tau pasal akta tu tp saja mau bikin org lain panas.. kalau akta mahkamah syariah pun ko tk sokong baik ko menyelam dlm loji taik..

hasbull said...

Terpulang la pada ko nk kata TGHH..
Tapi... jgn pulak kata ruu hudud tak penting mcm si khalid samad.. kesian makpak dia.. so seperkara lg.. akta tu utk menaikkan kuasa mahkamah syariah.. bukan ruu hudud seperti lim guan eng war2kan.. dah lama tau pasal akta tu tp saja mau bikin org lain panas.. kalau akta mahkamah syariah pun ko tk sokong baik ko menyelam dlm loji taik..

Anonymous said...

Salam En. Hasbull,

Terpulang kepada Encik tak dapat terima hakikat TGHH presiden yang lemah dan tak terbaik, bila orang suruh hurai lari mempondankan diri minta tangguh!!! Patutlah Husam cabar diam macam bacul!!!

Saya tanya Encik ada bukti ke RUU yang dibawa RUU hudud??? Encik baca akta 355 pun tak pernah!!!

Kata orang membaca tu jambatan ilmu!!!

Kata orang tak membaca tu jamban ilmu!!!

Kalau Encik tak baca, tak tahu pun RUU tu hudud ke tak, membaca pun tak nak, tahap pun macam jamban, jangan suka-suka suruh orang menyelam dalam loji taik!!!

Dah bukan RUU Hudud jangan salahkan Khalid Samad!!!

Baik Encik kesiankan makpak Encik, membaca pun malas tak ada ilmu!!!

Yang jahil,

Nobody

hasbull said...

Makpak aku bangga dgn aku sbb apa2 pun undang2 yg memartabatkan islam kat mysia ni aku sokong . Bukan mcm korg phuii...

Aku nk ko terus terang je kt sini ko sokong atau tak apa yg dibawa TGHH?
JGN CAKAP PUSING SANA PUSING SANA PUSING SINI..

Anonymous said...

Salam En. Hasbull,

Saya rasa Makpak ENcik takan bangga dengan Encik sebab apa-apapun Encik tak tahu pun undang-undang tu betul-betul memartabatkan Islam ke tak lepas tu Encik sokong???

Phuii tu apa berludah ke???

Bukannya kena dengan saya pun!!!

Saya nak Encik terus terang je kat sini Encik sebenarnya tak tahu pun pasal RUU tu???

Saya nak Encik terus terang Encik tak tahu lepas tu sokong membabi buta, Encik rasa Encik ni sebenarnya diperbodohkan ke tak???

Encik pun jangan suruh saya je, Encik pun JANGAN CAKAP PUSING SANA PUSING SINI....

Yang rasa bodoh kalau menyokong tak ada usul periksa,

Nobody

hasbull said...

Aku paham pun aku takkan bgtau kt ko.. aku tnya kat ko td.. kalau ko tk sokong gie mampos la.. ada aku kisah.. ada dua jenis manusia yg marah kalu melibatkan agama islam..
1. Kafir
2. Munafik
Ko dok mana agaknya??

Anonymous said...

Salam En. Hasbull,

Kalau faham kenapa taknak beritahu??? Ada ke dalam Islam kita kena sembunyikan ilmu???

Yang selalunya sembunyikan ilmu ni ajaran sesat!!!

Encik tak mengamalkan ajaran sesat kan???

Saya tanya Encik kalau Encik tak tahu sesuatu perkara, tak ada huraian pun, orang suruh hurai lari macam pondan minta tangguh, Encik nak kaitkan dengan Islam secara membabi buta ke???

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

En. Hasbull,

Saya beri contoh, di dalam perniagaan Islam mestilah tidak mempunyai tiga unsur di bawah :-

1. Riba' (Usury atau faedah)

2. Maisir (gambling atau judi)

3. Gharar (uncertainty atau ketidak pastian)

Kalau mengikut Islam unsur ketidak pastian ni sepatutnya tiada.

Sekarang ni huraian pun tak ada, yang ada gharar atau ketidakpastian je, Islam apa???

Ada 2 jenis manusia yang Encik cakap tu, dua-dua bukan saya sebab saya tak marah pun!!!

Kalau yang dikatakan marah contohnya memaki hamun suruh pergi mampos, Encik lah yang marah!!!

Yang bagusnya, Encik nak kategorikan saya di bawah dua jenis tu Encik tu siapa???

Ulama, Wali Allah, Nabi Muhammad???

Yang masih jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam En Hasbull,

Sepanjang kita berkomunikasi ni, tiada satu pun Nas, contohnya ayat al-Quran, Hadis, prinsip perundangan Islam dan sebagainya Encik boleh keluarkan!!!

Encik ni minta maaf cakap jahil muraqab!!!

Dah tahu jahil, pergilah belajar ilmu Islam dan macam-macam ilmu lagi!!!

Janganlah jadi bodoh dan diperbodohkan orang!!!

Saya cadangkan begini, Encik suruh pemimpin PAS yang Encik boleh jumpa sekarang ni, masuk dalam blog ni saya tunggu.

Encik memang tak berilmu saya tahu!!!

Yang jahil tapi tau la sikit-sikit asas agama,

Nobody

Unknown said...

Syukurlah RUU dah masuk parlimen.. walau byk rintangan dari si kafir dan munafik tapi tetap Allah permudahkan jua...

hasbull said...

Betul tu.. kata banyak ilmu tapi dok pusing2 roundabout tk jmpa jalan betul.. hebat la konon present dgn menteri.. ada aku kisah.. aku guna bahasa pasa je dlm ni hujah.. kalau tu pun dh pening2 nk jawab hahaha

Anonymous said...

Salam En Anonymous dan En. HAsbull,

Saya terima bahasa pasa, yang saya tak terima membodohkan diri tak nak baca RUU???

Lepas tu satu ayat quran, hadis atau prinsip Islam pun tak boleh bagi itu dikatakan hujah ke???

Belum lagi menyembunyikan ilmu macam ajaran sesat hahaha!!!

Sebenarnya cakaplah jahil, bahasa pasa pun jahil muraqab nak buat apa???

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Encik-encik di atas,

Kalau nak bersyukur pun tunggulah Haji Hadi yang pondan tu hurai dulu!!!

Nanti bila datang pondan dia sampai dia berhenti daripada jadi presiden baru korang dapat laksanakan RUU yang tak hudud pun tu!!!

Yang selalu tengok Haji Hadi menipu,

Nobody

Anonymous said...

woit, hang jgn suke bogel la....pakai spender ngn bigel sama x agak2?... kikikiki

Anonymous said...

Salam En Anonymous,

Kalau pasal bogel baik Encik terbiah kawan Encik Haji Ibnu Hasyim dulu!!!

Penyokong PAS tapi taruk gambar-gambar seksi!!!

Agaknya selalu sangat tengok yang Encik suka sangat perkataan bogel ni!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

bukan ke ko yg yg bodoh dan selalu diperbodoh bodohkan org..

Anonymous said...

memang bodoh...kata pandai tp pemahaman pun lansung tiada...memang yang jahil sungguh....

Anonymous said...

Salam En. Anonymous,

Yang selalu bodoh dan diperbodohkan orang tak semestinya saya, mungkin Encik!!!

Ok lah, saya cabar Encik kita keluarkan satu isu , kita berhujah guna al-Quran dan Hadis dan sebagainya!!!

Kalau setakat nak berhujah, sepanjang malam ni saya tunggu!!!

Jangan lah Encik ikut Haji pondan presiden Encik tu pula, bila orang suruh huraikan Tergagap-gagap minta tangguh!!!

Tetapi minta maaf cakaplah, saya rasa Encik tak boleh sebab selalu tengok gambar bogel website pak Hasyim hahaaaaa!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

sebab yg bogel tu hang...

Anonymous said...

Sebab yang selalu tengok bogel tu En. Anonymous,

sebab tu tak boleh keluarkan satu isu kita berhujah guna nas dan dalil!!!

Tak boleh ingat asyik tengok blog pak Hasyim, tak berkat!!!

Nasihatkan Pak Hasyim, Islam tu bukan RUU je, gambar seksi pun tak boleh tau!!!

Takkanlah geng satu parti cover, orang lain kutuk!!!

Nak buat RUU konon, maksiat geng parti sendiri pun tak berani tegur!!!

Yang jahil,

Nobody

Rose said...

Sanggup tunggu sepanjang malam semata nak berhujah.hebat ke kalu dapat berhujah?

Anonymous said...

Salam Cik Rose,

Sebenarnya saya gertak je hahahhaaa!!!!

Lepas tu saya tidur, letih la, banyak kerja pejabat dan bisnes nak buat!!! Saya dah tahu mesti diorang tak berani kahkah10X!!!!

Anggaplah saya seorang yang fakir, pahala sikit, ilmu sikit, apa pun tak ada tetapi dosa banyak!!! Di depan Allah nanti tak tahu nak jawab macam mana. Dengan pengomen-pengomen ni sengaja saya nak tunjuk kepada diorang, cakap tu biar berfakta, jangan fitnah, jangan buat seolah-olah Allah tiada!!!

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

RUU ni bukan hudud dan wajar di huraikan kalau mahu dilaksanakan.kerana penjelesan perlu dilakukan supaya perlaksanaan tidak menimbulkan fitnah.PAS tolong act as pplitical party dan please jangan buat kerja tuhan jatuhkan hukuman sesuka hati pada akidah orang yang tak selari dengan kehendak kamu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails