Monday, May 23, 2016

Galakkan Zina, 450,000 Kondom Beredar Di Perkampungan Olimpik

450,000 Kondom

SUKAN
BRASILIA – Kira-kira 450,000 kondom akan diedarkan semasa Sukan Olimpik Rio de Janeiro, jumlah yang tiga ganda lebih tinggi berbanding ketika Sukan Olimpik London empat tahun lalu, kata Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).
Ini kerana buat kali pertama 100,000 kondom wanita akan disediakan, bersama-sama 350,000 kondom untuk lelaki.
Dianggarkan 175,000 paket minyak pelincir juga turut dibekalkan. IOC berkata, kondom akan menggalakkan 10,500 atlet, kakitangan untuk mengamalkan seks selamat. Tidak dapat dijelaskan jika peningkatan itu ada kaitan dengan wabak virus Zika yang menular di Brazil.
Virus Zika adalah bawaan nyamuk, tetapi boleh dijangkiti melalui hubungan kelamin. Virus ini dikaitkan dengan microcephaly, satu keadaan bayi dilahirkan dengan saiz otak dan tengkorak yang terlalu kecil.
Kondom akan diedarkan secara percuma di klinik di Perkampungan Atlet, atau dari mesin layan diri. Kampung Sukan akan dibuka pada 24 Julai manakala pembukaan Sukan Olimpik adalah pada 5 Ogos.
Akhbar Brazil Folha de S Paulo berkata, antara 100,000 hingga 150,000 kondom sudah dibekalkan kepada Sukan Olimpik sejak tahun 2000 di Sydney.
Sebuah akhbar Sao Paulo yang memetik IOC dan penganjur tempatan sebagai berkata, jumlah besar kondom yang disediakan di Rio tiada kaitan dengan virus Zika. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukti-bukti di atas menandakan bahawa sukan antara agenda yang menggalakkan perlakuan zina.
Video: 

Zika virus-proof condoms to accompany Australian team for Rio Olympics


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails