Wednesday, May 25, 2016

Kebijaksanaan Gadis Muslim Ini Menakluk Kumpulan Ekstrim Anti Islam?

dp

SEORANG gadis muslim mencuri perhatian dunia apabila bergaya ‘comel’ dengan mengambil selfie di hadapan kumpulan penunjuk perasaan anti-Muslim di Belgium, baru-baru ini.

Zakia Belkhiri, 22, bertindak demikian setelah mendapati kumpulan ekstrim Vlaams Belang, membantah cara hidup Islam. Metro.co.uk melaporkan, tindakan itu membuat sebahagian penunjuk perasaan yang membawa poster menolak tudung, masjid dan berteriak “Hentikan Kebangkitan Islam” turut tersenyum.
pic11

demo

pic33

pic44
Walaupun 15 peratus penduduk Belgium beragama Islam, insiden bom di Brussel baru-baru ini menyebabkan peningkatan sokongan terhadap golongan anti Islam.

Seorang pemberita yang bertugas berkata, kemunculan Zakia menjadikan protes itu yang pada mulanya hambar bertukar menarik. Menurut Zakia, dia sebenarnya mahu mengelak pihak media kerana tidak mahu dilihat sebagai gadis yang mahukan perhatian.


“(Apa saya buat) ini bukan tanda protes sama sekali, sekadar berkongsi kegembiraan dan keamanan,” ujarnya. (Sumber: Metro.co.uk)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu hebatnya gadis muslim itu, ditengah-tengah  tunjuk perasaan kumpulan ekstrim Vlaams Belang, yang membantah cara hidup Islam, beliau seorang diri berjaya mencuri perhatian dunia mengambil selfie menakluk lawannya dengan cara bijaksana.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails