Thursday, May 26, 2016

Kes Banglo Guan Eng: SPRM Serah Kertas Siasatan Kepada Peguam Negara

Post Pic
SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan kertas siasatan kes melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, kepada Peguam Negara, petang tadi.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, dokumen yang telah lengkap itu akan diteliti Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebelum membuat keputusan untuk tindakan selanjutnya.

"Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.

"Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil," katanya.
Menurut Azam lagi, perkara tersebut adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara.

Pegawai SPRM pda Ahad lalu berkunjung ke rumah Guan Eng untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya yang dikatakan pada harga di bawah nilai pasaran.

Sebanyak lapan pegawai SPRM dalam tiga kenderaan dilihat masuk ke perkarangan banglo Lim kira-kira 3 petang dan beredar kira-kira sejam kemudian.

Penasihat Undang-Undang Ketua Menteri Ramkarpal Singh  berkata Guan Eng telah diminta memberi keterangan di Pejabat SPRM negeri pada 10 pagi ini.

Pada 6 Mei lepas, Guan Eng dan isteri Betty Chew diminta memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung kes sama dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin. (Antarapos)

2 comments:

Hadi Al-Tahi said...

isu balak di kelantan sprm tak siasat. pas dah jadi kawan umno sekarang. itulah sebab kenapa sprm tutup mata isu balak di kelantan walaupun ada pendedahan dari YB Husam. ingat pas ingat umno. pas dan umno kini umpama taik dan langau yang tidak boleh dipisahkan. di mana ada taik di situ ada langau. parti langau yang dipimpin oleh ulamak taik! syabas pas! syabas umno! syabas sprm!

Unknown said...

Semoga kamu diberi hidayah oleh Allah jua.. bukannya seperti skrg i.e. oleh tokong dan pesuruh2nya i.e TGLGE dan ayah baginda TGLKS.. hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails