Wednesday, May 25, 2016

Rasuah Wanita: Ini Keputusan Mesyauarat PKR..

Post Pic

PETALING JAYA: Mesyuarat Biro Politik PKR malam ini memutuskan pendedahan Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli mengenai dakwaan 'permintaan perempuan' dalam urusan kerajaan Selangor perlu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut memberitahu mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam itu langsung tidak membincangkan nasib Rafizi sebagai setiausaha agung seperti yang dijangka banyak pihak.

Rafizi sebelum ini dihambat kontroversi apabila perbualannya menerusi aplikasi WhatsApp 'SOLIDARITY FOR ANWAR' tersebar di internet.

Perbualan itu secara jelas menunjukkan Rafizi berkata beliau menerima aduan bahawa terdapat salahlaku melibatkan pegawai kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR, meminta rasuah dan 'perempuan' jika mahu berurusan. 

Rafizi kemudiannya mengesahkan pendedahan itu dan berkata akan merujuk Azizah terlebih dahulu sebelum membawa isu itu ke SPRM.

"Biro politik telah membuat ketetapan bahawa saudara Rafizi Ramli perlu membawa bukti-bukti yang ada pada beliau terus ke pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Pada masa yang sama, Biro Politik akan meneliti dakwaan tersebut dan sekiranya ia melibatkan anggota parti, anggota tersebut akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin parti," kata Wan Azizah kepada pemberita selepas mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat parti tersebut berakhir kira-kira jam 11.30 malam ini.

Terdahulu ramai yang menjangka nasib Rafizi di dalam parti akan ditentukan malam ini susulan pendedahannya kontroversinya minggu lalu. 

Selain dakwaan wujud permintaan habuan, Rafizi juga mengakui didatangi beberapa individu yang melahirkan kebimbangan mengenai beberapa isu bersabit amanah dan tata kelola secara umum dengan memberi contoh tuduhan salahlaku. (Antarapos/IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails