Saturday, May 28, 2016

Halau Wanita Muslim, Perkauman Anti Islam Donald Trump Makin Melampau.


SEORANG wanita Muslim yang menghadiri satu perhimpunan penyokong Donald Trump telah dihalau oleh penyokong calon Republikan berkenaan gara-gara dikatakan menggangu majlis kerana berdiri senyap dan bertudung.

Wanita berkenaan, Rose Hamid, telah diiringi pengawal keselamatan untuk keluar dari dewan berkenaan sambil dicemuh penyokong Trump selepas wanita itu melakukan protes senyap.

Pengarah Eksekutif Kebangsaan CAIR Nihad Awad telah menuntut supaya calon presiden tersebut memohon maaf dengan berhubung tindakan berkenaan yang dianggap keterlaluan dan menunggu jawapan Trump sehingga kini.

"Kami hanya ingin mendengar jawapan Trump mengaenai perkara ini, Kami hanya mahu beliau menunjuk bukti bahawa Rose telah mengganggu majlis berkenaan sehingga beliau dihalau dan dicemuh." katanya dipetik laporan The Associated Press.

Trump dalam satu perhimpunan di Iowa bersama pengikutnya telah melancarkan kempen untuk mempertahankan cadangannya mengharamkan sementara orang Islam dari memasuki Amerika.

Selain meminta Trump memohon maaf, Awad turut meminta calon presiden dari Republikan berkenaan untuk bertemu dengan pemimpin Islam Amerika bagi membantu membendung sentimen anti-Islam yang sedang dihasilkan oleh retorik beliau dan calon presiden Republikan lain.

Tindakan berkenaan telah mendapat kecaman hebat daripada penduduk Amerika yang lain di mana mereka menyifatkan tindakan berkenaan amat memalukan dan tidak bertamadun.

Ashley Lauren dari Illinois berkata, ia adalah cara yang amat menjijikan untuk mewakili Amerika, Trump dan penyokongnya sepatutnya berasa malu dengan diri mereka sendiri.

Vadyn Scherba pula berkata, jika Trump menjadi presiden, dunia akan melihat Amerika sebagai bahan jenaka, Manusia tetap manusia, anda perlu terima tidak kira siapakah dia, itu yang Amerika telah usahakan sejak berabad lalu, Trump adalah noda bagi masyarakat Amerika.

(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails